Wednesday, January 20, 2016

Prebiu Ekslusif Pelancaran Ais Krim Terbaharu MAGNUM ‘Pink’ & ‘Black’

Hi Korang,

Wei ais krim tuh, of courselah sedap kan.

Walapun harga cam pricey sket tapi kesedapannya mengalahkan harga ais krim tu tau hauhauahuahu

Yang penting, i likeeeeee....


Last week, aku dapat jemputan ke prebiu ekslusif ais krim ‘MAGNUM’ yang terbaru iaitu MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK di Magnum Café Mid Valley. Ingatkan dapat rasa ais krim cam tu je rupanya ada ‘fine dining’ dinner sekali di mana 2 flavour ais krim ni di jadikan bahan utama di dalam menu dessert ‘fine dining’ ni ek.


Apabila berbicara tentang citarasa dan nikmat penuh kemewahan, reputasi ais krim MAGNUM di kalangan penggemar ais krim mewah adalah yang terbaik di dalam dunia. Terkenal dengan keunikan dan kemewahan rasanya, MAGNUMingin terus memberikan para Pleasure Seekers pengalaman nikmat coklat terhebat.

Sejajar dengan visi ini, MAGNUM dengan bangganya memperkenalkan MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK dua perisa ais krim terbaharu dari jenama ini. Kedua-dua ais krim ini boleh didapati di dalam dua warna yang berbeza, setiap satu dicipta dengan penuh ketelitian, khususnya untuk melengkapkan personaliti berbeza setiap individu pada detik-detik berbeza dalam sehari.




Majlis yang eksklusif itu dimulakan dengan sesi MAGNUM Moodology - satu ujian mood / personaliti yang menyeronokkan direka khusus untuk membantu para Pleasure Seekers mengenal pasti warna MAGNUM Mood mereka pada waktu tersebut.



Seterusnya para tetamu diperkenalkan kepada keunikan seni gastronomi molekular yang menakjubkan oleh Chef Isadora Chai, seorang chef dan pemilik restoran yang terkenal. Beliau berkongsi bagaimana personaliti dan mood berbeza setiap individu yang dipersembahkan oleh MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK memberikan inspirasi kepada beliau untuk mencipta dua pemanis mulut yang menyerlahkan setiap personaliti tersebut.

Sempat rakam demo dari Chef Isadora Chai

Melalui demonstrasi teknik kulinari molekular yang digunakan oleh beliau, kombinasi seleksi bahan -bahan eksotik telah dipadankan dengan nikmat citarasa penuh kemewahan Coklat Belgian MAGNUM yang ikonik bersama Coklat Tanzania, sebuah khazanah bernilai tinggi dan eksotik yang terhasil dari bijian koko yang dituai dari Afrika.


“Coklat Tanzania adalah sejenis coklat eksotik yang berasal dari Tanzania. Mereka terkenal dengan coklat gelap yang memberikan rasa coklat yang kuat dan elegan bersama sedikit rasa pahit dan kandungan asid yang rendah. Ada yang berpendapat ianya kompleks tetapi seimbang – dengan rasa yang menarik! Seperti yang kita semua ketahui, Coklat Belgian adalah diantara coklat yang terbaik, dicipta khusus untuk para kerabat diraja dan bangsawan. Keunikan coklat ini dizahirkan melalui seleksi bahan –bahan berkualiti tinggi, teknik pemprosesan yang eksklusif serta kawalan kualiti yang ketat”, ujar Shawn Tan, Ketua Kategori (Ais Krim) Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Chef Isadora mempersembahkan dua hidangan istimewa yang menggabungkan keunikan dan kemewahan rasa Coklat Belgian dan Coklat Tanzania dengan sentuhan rasa tersendiri menggunakan bahan–bahan seperti buah Delima dan Espresso. 

Hidangan ais krim berasaskan buah delima

Hidangan aiskrim berasaskan kopi espresso dan coklat Tanzania

Kombinasi keunikan rasa Coklat Belgian dan buah Delima menyerlahkan personaliti yang ceria, mesra dan menarik, manakala nuansa kombinasi rasa Espresso dan Coklat Tanzania pula menyerlahkan personaliti individu penuh keyakinan, elegan dan sofistikated.

sedap ooo

yeah nampak? ini ais krim espresso saya yang punye

untung duduk dengan orang yang tak minum kopi ni ekk hehehhee

Menu 'fine dining' yang dihidangkan pada kitorang para media pada malam tu adalah:

Canape

Classic bocconcini skewer with tomato, sweet basil, aged balsamic vegetables crudité, hummur dip

Appetiser

Miso tofu & pumpkin salad, pickeld shimeji mushroom, roasted sesame dressing

Main Course

Pan-fired chicken confit, butterbean stew, lemon & tyme

Dessert

Chilled coffee mouse cake, pomegranate, dark chocolate soil, petite pink meringue

Sehingga hari ini, reputasi terunggul ais krim MAGNUM sebagai peneraju jenama ais krim mewah dipersembahkan melalui kepakaran coklat mereka kepada penggemar ais krim seluruh dunia dengan pilihan pelbagai jenis seleksi rasa dan saiz. Pelancaran kedua-dua variasi terbaharu ais krim MAGNUM yang dinanti-nantikan ini pada Mac 2016 akan menjadi sebahagian dari sejarah pengalaman nikmat citarasa mewah MAGNUM serta terus memperhebat keutuhan dan keunikan jenama ais krim ikonik ini. Para Pleasure Seekers akan dapat menikmati keunikan citarasa mewah coklat dan ais krim melalui penganjuran beberapa siri aktiviti pengguna, peraduan digital serta promosi di dalam kedai.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK serta warna MAGNUM Mood anda, sila layari www.MagnumPinkandBlack.com.my.


Untuk informasi terkini dan secara langsung, sila layari laman Facebook rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.facebook.com/MagnumMalaysia dan laman Instagram rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.instagram.com/Magnum_My/.

6 comments :

Luqman Zakaria said...

boleh try ini..last time makan magnum bila ntah ..dah lama sangat.haha

Raihanah Ahmad said...

saya minat magnum aiskrim, tak sabar menantikan kemunculannya di pasaran

Raihanahahmad said...

hari tu ada nampak teaser magnum pink, ingatkan dah ada di pasaran

mama tisya said...

dapnye eskrem tu yummm...dlu kalo tgk yg pink ni tkde kt msia..so skarang dh ada dijual dh ke kt supermarket?

Kakzakie Purvit said...

Walla-walla... CikLily sayang... kakak tengok aiskrim yg meleleh-leleh dah kakak ikut meleleh sama tau. Nikmatnya dpt kakak tahu.

Ini kalau DS Vida tahu mesti dia beli bebanyak kan. Sebab wana pink hihi...

Fyda Noh said...

Sedapp.. tu je mampu cakap