Tuesday, February 24, 2015

PhotoBook Dari FOTO-ZZOOM, Album Digital Ktorang Yang Pertama

Hi Korang,


Aku perasan betul mak-mak blogger ni citer pasal photobook. Ermm photobook? Alah print gambar secara online tu dan di compile menjadi buku. So gambar pun tak delah rosak dan tahan lama dan cantik je sepanjang masa.


Bila tengok diaorang post gambar pasal ni, rasa teringin jugak aku nak buat. Alah saje suka-suka je bukan apa pun. At least ade jugak kenangan yang boleh disimpan secara fizikal. Kalau semua gambar dalam computer je, tak pun kat facebook dengan Instagram kan.

Browse punye browse ternampak plak ada special promo dari FOTO-ZZOOM

Apalagi belek satu persatu cam ne nak buat kan. 

Rupanya banyak template yang korang boleh pilih. Aku ni sampai pening-pening dibuatnya sebab tak tau nak pilih yang mana satu. Ishkk menda-menda kecik ni dah sakit kepala inikan kalau ada menda besar cam no lah nanti. So kesudahannya bila aku dah tetapkan gambar apa yang nak di masukkan so barulah timbul idea nak pilih photobook theme yang mana satu.

Disebabkan hujung bulan ni birthday Mr Big, aku ingat nak present kat dia photobook nilah. 

Aku teringat ktorangkan banyak bergambar berdua so why not aku masukkan gambar-gambar tuh ke dalam satu album which is semuanya gambar yang orang-orang lain TAG di social media macam facebook ke, Instagram ke kan. 

Dengan gigihnya, aku korek balik album kat Facebook yang mana diorang TAG ktorang kan. Cari semua gambar berdua, tak kisah lah comot ke comel ke, tengah berpeluh ke janji berdua. Dekat 2 jam gaklah aku buat semua tuh. 

Sebab apa aku pilih FOTO-ZZOOM?

Sebab ianya sangat covenient berbanding dengan service photobook yang lelain yang ada kat Malaysia ni. Memang pun makan masa nak design photobook sendiri, yelah nak buat design satu hal, nak susun gambar lagi satu hal, nak cari kualiti printing satu lagi masalah kan. 

So dengan FOTO-ZZOOM ni, dah masa sekejapan je korang dah boleh upload gambar dan design sekali kan, terus je laju tekan buat payment untuk buat bayaran. 

Itulah sebabnya aku pilih FOTO-ZZOOM tau!!

Dah dapat, terus je ke website FOTO-ZZOOM http://www.fotozzoom.com ni ek.

Memula pilih theme yang mana aku nak


Kemudian, masukkan details mengenai saiz photobook http://www.fotozzoom.com/photobook-designs.html idaman hati. 

Nak simple ke, premium ke, bila aku klik-klik keluar jugak sekali harganya. Ermm lagi senang nak budget.


Kat sinilah baru aku boleh masukkan segala details mengenai album aku tuh. Nak tajuk apa, pilihan warna dan jugak details payment dan shipping info jugak.


Klik-klik dan settle!!

Tunggu jelah photobook sampai ke tangan.


Tak silap aku, 4-5 hari jugak shipment sampai sebab ada cuti sabtu-ahad kan so mana ade delivery. Dengan aku tak de kat office lagi, dan akhirnya sampai jugak


Simple je packaging siap berbalut kertas minyak ek, sangat menjaga kualiti sungguh. 

Tada….


Inilah photobook saya yang simple tuh






Simple je tapi gambarnya cantikkan. 

Inilah kenangan ktorang dari sudut pandangan orang lain. Terima kasih korang tau coz sudi ambil gambar ktorang ni.

To FOTO-ZZOOM you’re the best !!!

Korang pun boleh cuba gak tau, simple dan senang nak membuatnya. Nah, just klik di http://www.fotozzoom.com/photobook/






8 comments :

mama tisya said...

mmg best ada photobook ni...cumanye kdg2 tkde ms nk mendesign..kalo takat upload je senang je...tp now baru ada 3 koleksi photobook..slalunye bli time promo murah2..aritu ada dpt free tp blum buat lg

sw33tdarling said...

aku pun memang menggila dengan photobook ni. hmmm next time leh try photo zzomm plak

Wak Lat said...

Salam. Hee photobook yang chantek itu untuk kenangan cucu cicit.

Unknown said...

so sweet muweet tuweeeett sgt akk n abg.mg berbahagia bsama hingga ke jannah insyaAllah.

Wanie Samani said...

waawwwwwwww suke suke suke! nak buat jugak le :D

Unknown said...

cantik..saya pun suka buat photobook je..tk pyah nak album2 dah macam duu..kan??gambar pun tak hilang..:)

Farah Deeb said...

Okeh first time tau foto zzoom pun ade benda alah ni! Selama ni dok pakai photobook malaysia jek! Hiuhiu... Jemput Singgah: D.A: Kambing Bakar & Salad siap dalam 15 min jek!

Suhardi Alias said...

cantiknya gambar cover..wow..cantiknya photobook...good job..