Wednesday, February 25, 2015

Kentang Boleh Kurangkan Berat Badan Jugak

Hi Korang,


Semua orang yang tengah berdiet takut nak makan kentang kan!!

Itulah…


Ramai orang bijak pandai dalam fitness ni yang cakap cam tu, sebab kentang kan karbohidrat kira cam menambah berat lagi ade lah. Aku pun fikir cam tu gak.


Bila hari tuh aku ke US Potato Board POTATO Appreciation Night di Nathalie’s Gourment Studio Publika ni terus terbukak mata aku pasal kentang ni. 

Ni aku sharekan sedikit kat korang ek


Berita baik untuk penggemar kentang! Semakin banyak penyelidikan mengesahkan bahawa kentang memainkan peranan positif dalam diet sihat. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN) menunjukkan bahawa kita boleh makan kentang dan masih boleh mengurangkan berat badan. Satu lagi penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA), menunjukkan bahawa indeks glisemik, iaitu asas bagi kebanyakan diet popular, kemungkinan tidak lagi penting sebagai pengukuran muktamad bagi mereka yang telahpun mengamalkan diet sihat.



Kajian pengurusan berat badan yang diterbitkan dalam JACN adalah hasil usahasama antara University of California di Davis dan Illinois Institute of Technology, dan dibiayai oleh United States Potato Board. Tujuan utama adalah untuk mengkaji peranan indeks glisemik dan penurunan kalori dalam regimen mengurangkan berat badan yang mengandungi kentang. “Sesetengah pihak mempertikaikan peranan kentang dalam amalan mengurangkan berat badan kerana dikelompokkan dalam aras makanan berindeks glisemik tinggi. Akan tetapi, hasil kajian ini mengesahkan apa yang selama ini dinyatakan oleh para profesional kesihatan serta pakar nutrisi : ini bukan mengenai penyingkiran sesuatu makanan atau kelompok makanan tetapi hakikat sebaliknya adalah mengurangkan kalori,” jelas Dr. Britt Burton-Freeman, PhD, ketua penyiasat kajian.


Hasil-hasil kajian ini merupakan berita baik bagi penggemar kentang dan juga para konsumer yang mengidamkan kepuasan dalam menikmati pilihan hidangan yang sedap, berkhasiat dan selamat dimakan. Setiap hidangan kentang US Potato saiz medium, (5.3 auns) beserta kulit, mengandungi hanya 110 kalori, lebih banyak pottasium (620g) daripada sebiji pisang, membekalkan hampir separuh daripada nilai harian vitamin C (45 peratus) dan tidak mengandungi lemak, sodium atau kolesterol. 


Aduiyai haruslah suker bila dengar berita baik ni kan. Terus berkobar-kobar nak buat sup kentang nanti, katanya.





So pada malam tuh, Chef Nathalie Arbefeuille tuan punye Nathalie Gourmet Studio menghidangkan pada ktorang 3 hidangan menarik iaitu

Potato Salad in a Skinny Potato, 63 Degrees Egg and Gherkin Emulsion



Potato Gnocchis Leek Cream, Shaved Aged Parmesan, Leek Emulsion


Chicken Cordon Bleu, Potatoes in Three Ways

Aku nak cakap apa lagi, memang unik ketiga-tiga menu makanan tuh. Penggunaan kentang dalam pelbagai cara, teknik persembahan makanan yang cantik. Of courselah chef mestilah nak perfect dari semua segi. 

Alah tak reti nak describe cam no lagi kan, so makan jelah.


Thank you US Potato Board coz sudi menjemput Cik Lily Putih ke makan malam special ni. Sesuatu yang pengalaman yang baru dan unik sekali..

Dah-dah lepas ni makan kentang balik cam biasa ek..



9 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

kalau gitu nak makan kentang jelah..hehehe

ummialyaanas said...

woww...gud info..kena search menu kentang je pas nih..hehehe

Amanda Suria said...

Erm sedapnya...sup kentang campur tauhu pucuk letak suhun...letak telur...uishhhhh sodap tekau...

Amanda Suria said...

Erm sedapnya...sup kentang campur tauhu pucuk letak suhun...letak telur...uishhhhh sodap tekau...

Nuriesya Nadia said...

Okaylah taknak makan kentang dah. Hahaha. Nanti tinggal skeleton je. Lol. :P

lina said...

wah mmg suka makan kentang....

Diana Rashid said...

anak2 saya suka kentang jadi saya dengan suami memang makan je la kentang..memang ada orang kata makan kentang boleh gemuk la..boleh kena kanser la..tapi kalau la betul bahaya sangt kentang tu dah lama diharamkan kentang dalam masakan..kan??macam rokok tu la..

Anonymous said...

menarik...kentang memang sedap..hehe cuma cara madak tu bole bezakan high kalori atau tak kan..

zuerieybeautysecret.blogspot.com

hainom OKje said...

Semalam buat mashed potato dgn black paper sos. Ada lagi semangkuk dlm fridge....Nak begger jadi apa pulak lepas ni tak taulah hihi