Monday, February 9, 2015

Makan Asam Pedas Ikan Patin Di D'Laila Mee Udang SupPower

Hi Korang,


Memang seronok pi makan kat MMA Santai Corner Nilai ni. Alah kat kedai D'Laila Mee Udang Suppower lah mane lagi. 

Hari ahad hari tuh, tak de menda nak buat petang coz Mr Big pi bike ride ke Melaka so haruslah tak masak kan. Sudahnya FOODBLOGGER melayu sibuk ajak aku ke kedai kat D'Laila Mee Udang ni. 

Of courselah mesti bukannya jauh dengan rumah pun.

Sesampai tak tau nak makan apa, rasanya macam semua dah cuba kan. Mee Udang pun sudah. 


Tup-tup ternampak ikan patin sg Pahang ni.

Ermm nak cuba ke tak ek sebab aku tak pernah makan sebelum ni. Biasalah ikan patin ni orang akan masak dengan tempoyak kan, so aku kan tak makan durian jadi tak dapatlah nak merasa kesedapan yang diperkatakan ramai ni

Aku mintak tolong kak Laila masak asam pedas dengan ikan patin tuh. Siap pesan, masak sedap-sedap sket kan, agak melampau di situ ek hahahhahaa. Memintaklah sedap macam drama ASAM PEDAS UNTUK DIA tu ek. Ewah kemain lagi ek.

Hampir 10 minit menunggu sampai Hazman punya daging salai masak lemak cili api sampai dulu dan dia dah mula makan then baru sampai asam pedas aku ni. 

Jeng jeng jeng...



Inilah dia Asam Pedas Ikan Patin




especially untuk Cik Lily Putih yang first time nak makan kan. Memula hirup kuah dulu, of course sedap dan pedas. Kemudian rasa isi ikan patin tuh, mak oi lembut sungguh walaupun ada rasa cam berminyak sket kat kulit ikannya.

Dapat makan seketul pun jadilah janji rasakan. 


Terima kasih kak Laila coz sedap segala jenis lauk pauk kat sini. Next time nak makan menda lain plak kan. Terima kasih kat Blogger Masuk TV jugak coz sudi ajak aku pi makan lagi ke sini.

Jomlah ke sini ek:


D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Contact : 017-2253337 ( kalau nak special request tau)

Facebook : D’Laila Suppower

Landmark : masuk toll nilai, terus ke arah Giant tuh. Sebelum sampai Giant ada traffic light belok kiri then sampai ke roundabout amik simpang yang pertama kiri. Dari situ dah nampak MMA Santai Corner alah yang ada kepala kereta tersangkut tu ek.

Next time nak makan seafood plak ek...


8 comments :

Nuriesya Nadia said...

Okay , next nak order asam pedas pula. Memang muka blogger jela yang duk ulang alik makan dekat sini. Hahahaha.

Siti Rohaida Yusof said...

bilalah gaknya dapat jejak kaki ke sini..nak rasa kesedapan asam pedas kak laila ni..

Hanim Hashim said...

Asam pedas ikan patin?? perghhh ... menangkap hidung kalau makan tu ... sedappp! My feveret ... oh man! bila nak sampai sana ni hukhuk~

Maria Hasun said...

teringin tp jauh :(

Diana Rashid said...

Selalunya patin memang buat masak tempoyak..Tapi saya tak suka masak patin tempoyak..saya lebih suka buat asam pedas..tak pun masak lemak cli api..kalau saya masak tempoyak ni saya suka buat dengan ikan kembung je..heheh

tiga lalat said...

Salam. Hee asam pedas pun sedap.

hazman fadzil said...

hurmmm.... pasal post entry nie la yang buat aku singgah kedai kak laila nie lepas abis kerja... hahahaha

Anonymous said...

Tuan/puan...saya mohon menggunakan gambar