Monday, February 16, 2015

Makan Guna Voucher di TGI Friday's @ Alamanda Putrajaya

Hi Korang,


Kan aku menang food voucher hari tuh, masa join Nuffnang contest kan. Ermm yang tu lah.

Memang hajat hati nak bawak kengkorang bebudak bloggers ni makan tapi rasanya nak arrange time tu payah coz expired date tu dah nak dekat so sudahnya ktorang je yang guna pi makan ek


Petang sabtu tuh, dah tak tau nak makan kat mana so aku suggest dengan Mr Big ke sini je coz expired date dah dekat kan. So start je enjin #DakOren tu terus jalan ke Alamanda.

Orang tak ramai dah petang-petang tuh or may be tengah bulan agaknya but still every section ada je orang duduk makan. Ktorang plak mesti akan dapat table yang ada kusyen sandor tuh bile ke sini. Mesti punyalah, potong jari kaki ayam ek hehehehe

Sebab dah biasa, order yang biasa makan dan yang tengah duk promo time beef ribs. Ini hah aku tunjuk kat korang

Appetizer

Three For All RM42.90

Loaded potato skins, fried mozzarella, spicy buffalo wings, sour cream, marinara sauce, celery sticks. Makan share je, cukup ni share 3-4 orang pun boleh

Main Course

Beef Bacon Crusted Ribs RM59.90

yang merah tu beef bacon yang di goreng garing, di tabur atas beef ribs lembut ni. Sosnye BBQ, tak delah pedas mana pun

Tennessee Steak RM59.90

ya ampun, lembut dagingnya. Masak medium well gituh kan. Sos tennessee ala-ala macam teriyaki sos pun hado aku rasa. Mashed potato awesome, sampai Mr Big mintak sket ek

Dessert

Fridays Sundae RM16.90

inilah dia ais krim sedap sekali. Walapun dah kenyang but still tekak tu teringin jugak nak makan kan. Nasib baik share, kalau sengsorang jenuh nak mengabiskannya

Drinks

Chocolate Milkshakes RM11.90

Ice Lemon Tea Bottomless RM9.90

Hah amik ko, makan sampai lebam. Tadi masa memula sampai tadi semua nak order coz perut lapar kan. Bila masuk main course jelah, memasing dah slow makan. 

ok selfie dulu jap

ini dia daging yang di masak MEDIUM WELL

Dear, nak sket ribs ek

#DakUban pun belum tentu nak makan tulang ni kan heheheh

sedap wei, sampai ke langit ketujuh

Sambil makan sambil borak, sambil tengok tv, sambil perati orang, sambil main tepon ermm semuanya sambil-sambil lah. Itu yangn Berjaya jugak mengabiskan semua makanan.

So far service memang tak jadi masalah bagi kitaorang. Samada staff tuh dah kenal ktorang ataupun memang nasib ktorang baik. Makanan hantar on time, refill air senantiasa, siap Tanya how’s the food?, do you need anything, ermm berbagai soalan lah.

But its ok for us.

Nak cuba lah tu kan, mehlah ke sini

TGI Friday @ Alamanda
Lot P05, Plaza Level, 
The Hub, Alamanda Shopping Centre, 
Putrajaya


Sekali sekala nak makan sedap apa salahnya ke mari kan. Nak meraikan birthday ke, anniversary ke, nak makan suker-suker ke, naik pangkat ke kan. Tak salah de. 

Kira berbaloi jugak aku masuk Instagram contest ari tuh ek.. hehehhe itulah rezeki kalau tak kemana, lagipun rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit pun kan. 

Ini pun di namakan rezeki jugak..







7 comments :

Nuriesya Nadia said...

Tengok yang medium well tu , kenapa rasa macam meleleh air liur. Hahaha.

p.s : resepi asam pedas untuk saya please. :D

Diana Rashid said...

eskrem dia...saya ingatkan gelas kecik je..bila tengok gambar Lily tengah makan eskrem tu rasa.wah!!!besar rupanya..dah la tengah paas nih..heheh

nur anis said...

fuhh....sedap tengok..alhamdulillah..rezeki perut..

Irna Nurasikin said...

Amboi...sis Lily..Berselera makan..Murah rezeki sis ya...

yana yassin said...

Alahai, sodap eh .

tiga lalat said...

Salam. Hee nampak menyelerakan steak medium well itu.

hazman fadzil said...

TGI punya ribs pun sedap jugak tapi tang buffalo wings tu memang sedap ratah 4-5 ketul sekali hadap....hehehehe