Tuesday, December 3, 2013

Matic Fest 2013 Meriah Sangat

Hi Korang,

Last weekend, sempat aku ke Matic Fest 2013 di Jalan Ampang.


Ini kira first time aku jejak kaki ke sini. Yelah kita bukan pelancong so buat apa nak kemari, itu pada pendapat aku. La memacam rupanya yang ada kat sini ek.

Ishkk rugi tak ke sini selalu lah


MaTiC Fest 2013 ni bertujuan untuk mempromosikan MaTiC sebagai 'One-Stop Centre' untuk kemudahan pelancong dalan dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. MaTiC Fest ni merupakan acara tahunan dan penyertaanya terbuka kepada orang ramai serta pelancong asing.


Di antara aktiviti yang telah pun di sediakan

i. Paint Ball Tournament – Juara (RM 2000 & medals)

ii. Cat Show Exhibition & Competition – Juara (Trophy & gifts)

iii. Treasure Hunt – Juara (RM 600 & 2 medals)

iv. Karaoke Competition – Juara (RM1000 & hamper)

v. Batik Painting Competition – Juara (RM 150)

vi. Citizen Sports Challenge – Juara (RM 500)

vii. Colouring Contest – Juara (RM 150)

viii. Arm Wrestling Competition – Juara (Male: RM1000 & medal; Female: RM200)

ix. Tamiya Competition – Juara (Tamiya cars, trophy & hamper)


La ingat join sesuka je, rupanya siap ada hadiah lagi wokeh. Sape yang tak mau kan.

Mehlah tengok aksi-aksi diorang ni ek

Tamiya Competition




Memang ramai orang, tapi bukan bebudak ye. Mereka yang dah berumur pun minat dengan hobi comel ni. Ini first time aku tengok. Syiok gak

Cat Show Exhibition & Competition






Best best best sebab aku suka kucing. Boleh duk berjam-jam kat sini menengok telatah kucing. Yang besar yang kecik yang hitam yang putih. Ada plak gerai jualan barangan kucing macam makanan, vitamin, pasir ermm semualah.

Paint Ball Tournament




Pepagi dah start, ramai betul team yang main. Siap penuhlah khemah kat situ kan.

Arm Wrestling Competition




Ini pun kira first time aku tengok. Ingatkan lama diroang main, rupanya sekejap je. Lepas referee releasekan ikatan tangan yang diorang gengam tuh, time tulah diroang struggle nak jatuhkan lawan memasingkan.

Batik Painting Competition




Khas untuk kanak-kanak je. Pandailah diorang ni. Pihak penganjur dah siapkan kain yang telah pun di canting, kemudian anak-anak ni just mewarna je. Tapi kemas tau kerja diroang, like ak pro gituh.

Karaoke Competition



Ini best coz sambil ktorang duk lepak makan-makan tuh, sambil layan karaoke ni. Ramai betul yang masuk bertanding. Lagu-lagu plak up to date ye.





Aku sempatlah mencuba makanan yang di gerai-gerai yang di sediakan. Ada nasi kerabu, menu dari Sarawak, sate, keropok lekor, laksa dan memacam lagi. Hah ko makan sepuas hati kat sini.


Pada hari tu gak, ada beberapa artis yang turut memeriahkan acara tersebut seperti Hyper Act, Kumpulan Estranged, Lan Typewritter, Amanda Imani, M Daud Kilau dan Ezlyn. Tapi aku tak sempat nak tunggu coz ada hal lagi plak kan. Ermm rugi plak rasanya.


MaTiC Fest 2013 ni jugak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah Concorde Hotel, KFC, Ribena Malaysia, Secret Garden, Cocoa Boutique, Saloma Bistroda Happy World Resources serta kerjasama erat dari Sekretariat Visit Malaysia Year 2014, Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Memang seronoklah dapat pi Ke Matic Fest 2013 ni. Tak sangka plak aku memacam ada, kalau dapat bawak family lagi baik coz pelbagai aktiviti disediakan tak kira umur pun.


Jomlah ke

Malaysia Tourism Centre 
109, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur. 
Contact: 603 9235 4800 / 4900
Fax: 03 2162 1149
Facebook: fb.com/PPMMaTiC

Probably next year kalau ada lagi, haruslah aku join kan. Hangkut semua yang ada kat umah tuh.


8 comments :

Unknown said...

wah..meriah!kene bwa family nim..

Unknown said...

shark mmg xleh tgk kucing2 tu..
comey2 jer..
kalau pergi fest tu mmg g tgk kucing jer.
hehe.

sitirohaida said...

macam macam event yang ada kat kl tu kan..kalau saya duduk sana pun,saya xkan lepaskan peluang untuk menyertainya...

msredcheesecake said...

Sy pon suka kucin.... Chomel....

JMR said...

lama lak tak layan Tamiya dash yankuro tu..

Maria Firdz said...

wah.. bestnya.. :-)

akubiomed said...

Cadang hendak turun bawa famili sekali hujan.

hazman aka species1980 said...

Dua event yang bertembung hari... rugi pulak tak pegi...hope diorang ada buat lagi bulan-bulan akan datang