Saturday, February 26, 2011

Cerita Sebenar Mengenai Tune Talk Mobile Prepaid

Hi Korang,

Inilah cerita sebenar mengenai Tunetalk Mobile Prepaid. Kita ikuti cerita ini.


Dewasa ini penggunaan telefon bimbit semakin meluas ke seluruh dunia. Tak kira tua muda, besar kecil even kanak-kanak sekolah pun semua ada telefon bimbit. Di kesempatan ini syarikat-syarikat telekomukasi bersaing di antara satu sama lain untuk mempromosikan talian postpaid dan prepaid mereka dengan menawarkan pelbagai tawaran yang sangat menarik. Kebanyakan pengguna tidak tahu atau faham tentang apa yang mereka bayar setiap bulan untuk perkhidmatan Telco ini, mungkin banyak yang terselindung dari yang benar. Kita sebagai pengguna harus bijak memilih tawaran yang bersesuaian dengan kehendak kita.

Sehubungan dengan ini, Tune Talk Mobile Prepaid telah menyediakan tawaran tarif Telco yang bersesuaian untuk semua golongan lapisan masyarakat.

Betul ke Tune Talk menawarkan kadar terendah?


Hanya 16 sen untuk setiap panggilan, 5 sen untuk SMS ke semua nombor dan 5 sen untuk setiap 1MB Data, ianya 50% lebih murah berbanding telco lain. Kadar rata terendah di seluruh negara! BETULLL...

Kadar IDD pulak macam mana?


Kadar rata IDD Tune Talk bermula dari hanya 14 sen seminit. Ianya 50% lebih murah dari Telco lain!

Apa yang best dengan Tune Talk Mobile Prepaid ni? Selain dari kadar terendah ek?

a) Perlindungan Insuran Kemalangan


Satu-satunya Telco yang menawarkan perlindungan Insuran Kemalangan Peribadi PA yang ditaja jamin oleh Etiqa bernilai RM100,000 secara PERCUMA. Tidak perlu bayaran tambahan hanya topup RM30 setiap bulan untuk layak.

b) Tiket Penerbangan Air Asia Dengan Percuma


Satu-satunya Telco yang menawarkan tiket penerbangan Air Asia dengan PERCUMA! Hanya topup, kumpul Tune Talk Point dan terbang ke mana-mana destinasi pilihan anda. Mata ganjaran ini tidak mempunyai luput.

c) Boleh Tukar Nombor Telefon


Satu-satunya Telco yang membolehkan anda menukar nombor bila-bila masa, di mana-mana tempat tanpa memerlukan kad SIM baru. Anda hanya perlukan akses internet sahaja.

d) Nikmati kadar panggilan dan SMS TERENDAH ke SEMUA RANGKAIAN pada BILA-BILA MASA, DI MANA SAHAJA ke SELURUH NEGARA dengan Tune Talk!

e) Top Up Lebih Lama

Dengan Tune Talk, top up RM30 untuk 50 hari, RM50 untuk 75 hari tempoh sah. Ianya 50% lebih dari Telco lain.


Setelah menggunakan Tune Talk Mobile Prepaid ini, aku rasa ianya sangat bersesuaian dan menepati citarasa kehendak aku daripada Telco yang aku guna selama ini. Dengan menggunakan rangkaian Celcom, Tune Talk mempunyai liputan terluas dan terhebat di seluruh negara. Aku rasa walau macamana aku berbual lama pun still baki kredit tak habis-habis lagi. Even aku telefon ke luar negara pun still baki kreditnya tidak banyak terjejas.


Yang paling aku suka apabila melayari internet, walau macamana lama pun aku gunakan penurunan baki kredit tak banyak. Dalam setiap 1MB Data pun aku hanya menggunakan 5 sen sahaja.

Semua jenis Telco mana ada servis yang sempurna segalanya. Yang penting Tune Talk Mobile Prepaid ni memang yang terbaik dan sesuai sangat dengan orang yang inginkan penjimatan yang maksimum. Apa tunggu lagi dengan hanya RM5 dengan RM4 keredit masa berbual anda boleh mendapatkan Tune Talk.

Mesti korang teruja kan dengan Tune Talk Mobile Prepaid ni kan? So kat mana nak dapatkan. Ermm..

Dimana-mana!

- Pengedar Tune Talk

- Kedai 7-Eleven di seluruh negara

- Stesen minyak, kedai serbaneka dan kedai-kedai yang mempamerkan logo E-PAY

- Mesin ATM (Maybank,CIMB, EON & RHB)

- Online Internet Banking



So fikirkanlah dan bertukarlah ke Tune Talk Mobile Prepaid. Lebih banyak faedah yang kita boleh perolehi dari Telco ini.

Untuk lebih lanjut, click ke tunetalk website

12 comments :

ftrhd said...

tune talk memang banyak kelebihannya tapi kebanyakan kita masih belum bersedia nak berubah kot..

- Fitrihadi.com -

JULIA JAMIL said...

yeah...i dah pakai sejak 5 bulan lepas, sungguh3 memang murah gile, ase nak buang nombo lain...

papabear said...

nice review cik lily! last week tak boleh masuk site cik lily sebab google chrome bagi malware warning. hari ni dah ok :)

aku ekynn said...

credit to freelance model also!

Lieynanilaz said...

kena buat pilihan yg tepat niii...

Azeri said...

Review yang baik. Berbesar hati rasanya setelah menukar perkhidmatan dari telco Celcom kepada Tune Talk.

Beza....

Memang berbeza dan ia bertambah baik pulak.

Unknown said...

Mcm mna nk buat credit advance tune talk?

unknown said...

Klu nak byk lg benefit, tukar tune talk tone excel. Mengunakan tune talk line , benefit cash back, komisyen top up, yearly bonus et. Tune talk tune excel mmg best.

Anonymous said...

dptkn simkad kad tune talk drpd sy..berbaloi..sms 0132643039

Mak Jemah said...

tp asal call idd ke oversea lg murah dr domestik ah? cena bnda ni boleh jd? bukan ke oversea lg jauh kalau kira jarak? x caya ce tgk celcom xpax idd rate.. call ke indonesia 12sen je seminit.. ke bangladesh 8sen seminit.. kita yg call dlm negara pon tak dapat rate mcm gini.. huhu

Ismail Ahmad said...

Banyak aje Kelebihan tune talk prepaid ni.. Jika rajin skit bleh buat income tiap bulan..

Ismail Ahmad said...

Best kan...banyak kelebihan pakai tune talk nih.. Boleh buat income tu penting.. Haha