Thursday, September 23, 2010

Tisu Pun Nak Berkira Ke?

Korang,

Aku nak citer sket nie.


Malam tadi aku dengan mr Big pi makan kat area Bangi nie. Dengan tiba- tiba teragak nak makan sate. So ada satu tempat yang dekat dengan umah ktorg lah. Even ktorg duk sempadan Kajang-Bangi but still ktorg prefer hang out di Bangi dari Kajang. Maklumlah Kajang tu dah start congested sket.

So sampailah ktorg ke satu kedai nie. Amik order 10 ayam 10 daging + nasi yang tak berapa nak himpit. Service pun cepatlah jugak. Daging satenya besar. Memang sesuai masuk ke mulut mr Big cuma aku yang terkial-kial sket nak gigit sebab mulut aku kecik. Memang mantop lah. Nasi himpit tu plak diorg balut dgn daun pisang. Aku tengok dah macam lepat pisang pun ada. So bedal jugaklah.

Yang sedih tu, kuih kacang tu diorg bagi dalam masuk kecik nau. Bagi aku sangat kecik lah. Lepas tu tak penuh plak. Setengah je diorg letak. Cubalah korang bayangkan. Lepas 2 cucuk aku bantai, kuah pun kering so aku mintak tambahlah. Muka budak pelayan tu senyum lah sket. Tapi sampai 5 minit mr Big plak mintak tambah kuah. Mamat tu still ok lagi. Kali ketiga aku panggil, member dah muke herot dah. Tunjuk muka masam. Lepas mamat tu blah, mr Big cakap dahlah makan apa je yang tinggal. So aku pun telanlah semampu yang boleh macam ular sawa telan kambing. Slow dan still tapi tersekat2lah sebab kuah dah licin.


Korang pun faham kan, bila makan sate confirm2 kuah menitik2 kan bila cicah tu kan. So aku pun dengan selambanye jerit,

Aku : Dik, mintak tisu sket.
Mamat herot : Tisu abislah kak.
Aku : (Dalam hati cakap, eh sebelah nie bukan kedai runcit ke? kan boleh je ko beli)
Aku : Dah tak de lagi ye. Ermm..
Mamat herot : Bos tak de lah kak nak mintak duit beli tisu. 
Mr Big : Aik, tisu yang tak sampai 5 hengget tu, kena mintak duit dari bos ko ke? Meh sini amik 5 hengget nie pi beli.
Mamat herot : Ermm tak perlah bang. Jap saya cari tisu.

Tup tup aku tengok lenggang lenggok dia keluar dari belakang bawah tisu. Ala rupanya malas nak pi amik kat stor. Ishk aku dah kecik besar tengok muka mamat herot nie. 

Masa nak bayar tu,

Aku : Nie kira dengan tisu tadi tu ek
Cashier : Eh takperlah kak, dia tu tengah berangin tadi. Mintak maaf ye.
Aku : Kalau berangin, jangan keje. Berhenti je senang. Bos ko pun tak rugi lah hilang pekerja cam tu. Kang akak hebohkan kedai ko nie tak bagus service kang baru tau. (Padahal tengah menghebohkan kat blog nie kan)
Cashier : Jangan cam tu kak. Saya mintak maaf ye..

Nasib baiklah budak cashier tu ada budi bahasa sket. Geram betul rasanya tapi nasib baik kenyang gaklah makan sate.

Kalau korang kan, apa perasaan korang masa tu? Rasa cam nak hentak tak periuk kuah kacang tu kat muka dia. Ishkk.. Macamana melayu nak maju kalau perangai cam nie kan. 

13 comments:

tifa said...

Tu la Cik Lily ..Tifa kalau service macam tu , sekali jer pergi lepas tu dah tak mau pergi lagi...makan pun tak senang , sebab sakit hati ...

tifa said...

Tu la Cik Lily ..Tifa kalau service macam tu , sekali jer pergi lepas tu dah tak mau pergi lagi...makan pun tak senang , sebab sakit hati ...

Fid said...

1. derang jimat so tak provide tisu
2. derang environmental friendly tak support penggunaan tisu
3. mereka malas layan hahaa

apakata cikliliyputih bawa sapu tangan macam ahkak ..ke nak order ngan ahkak?kakakakakak

Hidayah Ismawi said...

tulah.. kadang2 makanan dah sedap .. harga dah ok .. tapi service... aduh.. tu yg buat malas nak pergi a second time... siapa yg rugi (mereka jugak- kita boleh cari tempat lain kan? hehe)

MY LATEST ENTRY: Hooray!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sate tuu mengancam jiwaa..nmpak sgt best...haiyya, klu tisu pun kdekut mcmna nk beniaga?? haha

- zuriey - said...

ada gak orang camtu..memang jelas nampak kemalasannya..sabau jela

isabelle said...

wahaha..sungguh garang si lily & mrbig.
tapi i tabik spring lah.kekekeke

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

pemalas tapi nak keja..cam na tu??

New n3

ADA APA DENGAN 10-10-10?

encHIx laNDax said...

aiyyoo~ini macam pnyer orang pun ada lagi ke dalam dunia ni~hampeh~
emosi je lebeh~

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nasib baik satenya sedap kalo tak kalo tak siap

SD said...

bengang betul la kalau kedai camni...sd la orang yg paling tak tahu malu klu bab2 camni. melenting habes(klu kwn sd yg lain duk sibuk mempertahankan ke'malu'an diorang---sengal + bajet ) memang sd ni jenis main sembur je.....

Rozita said...

hahahhaha
ini macam kes pun ada ya

HaniCheLat said...

sebab tu suka baca sini.. entri tak puas hati , tapi saya terkekek2 gelak sorang2 depan pc nih!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails