Monday, September 27, 2010

Semalam Yang Santai

Korang,

Semalam merupakan hari yang paling santai sekali. Sebab ktorg langsung tak de apa-apa event. No open house, no kenduri kawin, no birthday party no nothinglah.

So pagi dimulakan dengan bukak segala pintu dan tingkap supaya angin masuk dan juga bawak semua baju sidai kat luar sebab malam kelmarin asyik duk hujan je kan. Lepas on pc dan bertweet2 kejap. Buat cekodok kentang plak, sebab udang geragau dah abis. kejut mr Big suruh sarapan coz dia duk melingkau kat katil tu dah macam huruf U gamaknya.

Lepas breakfast sambung masak untuk lunch sambil kemas umah. Sapu dulu then mop lantai sambil berfikir2 nak masak apa hari nie. Akhirnya dapat jugak solution. Nasi tomato dan ayam masak merah. Resipi plak ingat2 lupa. So search resipi dalam blog k ina KL dan lady elle. Dah dapat info trus berperang dengan periuk belanga kat dapur.

Nasi tomato yang dah setengah periuk licin kena bedal dengan ktorg

Ayam masak merah yang dah tinggal sket je.

Udang goreng yang dah licin dan telur rebus tinggal 2 biji je.

Dah siap masak dan kemas umah, lepak tengok tv dulu. Layan a few slot kat Astro Warna. Sambung main komputer lagi. Main sampai bosanlah.

Petang plak, ktorg pi mencuci mata ke IOI Mall Puchong. Konon nak cari baju untuk pi party Sabtu nie. Ermm nak cari benda lain dapat benda lain plak.  Last2 lepak kat Wendy's. Apa lagi makan lah. Kemudian jalan lagi sampai shopping complex tutup. On the way balik, terpandang Mc Donalds plak. Singgahlah plak, pekena nuggets dan ice-cream je.

Then trus balik, tengok tv lagi dan baru tido.

So santai kan?

p/s: aku perasan banyak sangat aku tulis makan dalam entry nie. Patutlah spare tyres nak 1/2 inci pagi nie.

6 comments :

gadisBunga said...

cekodok kentang? nak resepi!!!

hamzah ian said...

fuh2..

JAI said...

Wah..Mr.Big Membadak nampak..hehe..taknak join group kitaorang ker? GengBadak.Com..hehe

h4ni3 said...

syok gilerr kan kalau boleh santai2 camtu sampai tepu.. hehe.. bila dah tepu, baru cari kerja semula

Lady of Leisure said...

sedapnya menuuuuu...

Liza said...

mesti sedap giler udang sampai tak sempat ambik gambo