Saturday, September 25, 2010

MAGIKA! Dendangan Fantasi & Reality. Sangat Magiklah

Hi Korang,


Malam tadi, sempat jugak aku book tiket untuk tengok citer nie. Nasib baik maybank2u ada. So process book dan bayar tiket berjalan lancar.


Ktorg pi tengok ala dekat je, kat Alamanda Putrajaya. Ingatkan tak ramai orang la rupa-rupanye berlambak manusialah. Kecik besar tua muda semua adalah. Ktorg tengok show pukul 11pm. Seat pun dapat cantik. Belakang sekali.

Magika!

Sebuah muzikal filem arahan Edry KRU, buatan pertama kat Malaysia nie. Wah gah gitukan!.Nak korang baca sinopsis sket citer nie.

Filem ini mengisahkan dua beradik, seorang lelaki yang bijak dan kakaknya (lakonan Diana Danielle) telah tersesat dalam hutan belantara. Di situlah mereka termasuk dalam dunia Magica dan bertemu dengan pelbagai karektor popular dalam cerita dongeng dan mitos Melayu.Antaranya Badang ,(lakonan Mawi), Bawang Putih & Bawang Merah (Sharifah Amani & Aleya), Puteri Gunung Ledang ( lakonan Ning Baizura), nenek kebayan ( lakonan Ziana Zain) dan bermacam-macam lagi watak lakonan cameo ramai superstar Malaysia. Syabas diucapkan kepada KRU dan Edry kerana mampu mengangkat watak-watak terkenal dalam dongeng Melayu ke layar perak kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengalih seketika tumpuan daripada Sleeping Beauty, Spider-Man, Cinderella, Zorro, Peter Pan dan macam-macam lagi watak rekaan Hollywood.


Ini di antara lagu dalam filem Magika nie. Aku suker sebab kelakar lah. Majoriti lagunya sedap. Tapi aku suka bila pokok menyanyi, ada muka lagi tau.


Aku rasa baik korang pi tengok citer nie. Memang sesuai untuk tontonan semua golongan. Bebudak kecik bagus. At least diorg boleh kenal watak2 citer dongeng kita dulu. Tapi aku tau ramai yang tak berapa minat tengok cerita melayu kan. But filem nie tak melewe tau.

Pas nie nak tengok citer nie plak.

I recomend la kat korang!

6 comments :

waveX said...

mcm best je..nk tgk jgk la..

velasrizal said...

i dpt tiket free tgk movie ni hehe

Syigim said...

ala...........ingatkan bila balik msia ari tu sempat tgk movie ni. tp dah seminggu balik dubai br dia nk klua ye....

xpe la..nmpaknye kena tunggu dvd dia klua.. :P

hamzah ian said...

lama dah ku tidak tngk wayang..

gadisBunga™ said...

salam singgah...
magika ni dgr2nya mmg best. mmg nak tgk. lepas baca entri cik lili ni, lagi laa rasa nak tgk. :)

transformed housewife said...

mmg dah baca sinopsis filem ni.mcm menarik. bolela bawak anak2 tengok ni.