Wednesday, September 8, 2010

Cik Lily Si Pembuat Kuih Bahulu Tradisional

Hi Korang,


Korang perasan tak live blogging entry aku minggu lepas. ala hentak telur tuh. Hah, sementara ada free time sket nie. Aku bolehlah tunjukkan kat korang camne nak buat kuih bahulu style tradisional nie. aku sebenarnya malas nak amik pot pasal buat kuih nie. Tapi disebabkan ayah aku duk bising2 suruh aku belajar so kenalah. Kang jadi anak derhaka plak aku nanti.

So project berjalan lepas sahur sampai ke tengahari. Berpeluh2 lah ktorg duk depan 2 dapur nie


Bab sukatan nie mak aku cakap kena agak2 sendiri. Yang kitaorang buat satu mangkuk telur (lebih kurang 20 biji cam tu) campur satu mangkuk gula. Tepung gandum korang kene jemur dulu kat matahari so lagi superb lah rasanya kan.


Memula kena kasi telur dan gula bersatu dan menjadi kembang. Korang ingat 10 minit dah boleh kembang ke? Aku hentak telur dalam 15 minit pas tu dah penat dah. Nasib baik mak aku mempunyai muscle lengan yang kuat untuk menghentak telur tuh. Lebih kurang dalam 1 jam lebih telur tu pun kembang. Bila dah kembang automatically warna pun bertukar. Korang tengok lain kan.

Mak aku marah betul, biar aku amik gambar dapur nie.

Acuan dah ready dengan api membara kat bawah tu tau.

Bila telur dan kembang, bolehlah set up kan dapur untuk bakar. Kalau orang dulu pakai dapur arang. Tapi mak aku nie dah improvised sket. Dia guna dapur gas tapi yang atas tu still guna bara api lagi. Sebab tak payah nak jaga api atas bawah coz api dari dapur gas tu static je. Senang nak control. Cuma yang bara tuh kene pandai2 jaga.


So bila dapur dah cun setting, telur pun dah bertambah kembang dan bolehlah campurkan aduanan telur dan tepung tu sket2. Kacau sebati. Cara nak check cun ke tak, bila angkat adunan tu dengan sudu dia cam likat2 gitu.


 
Apalagi masukkan adunan dalam acuan yang disediakan. Mak aku ade mould yang nie je, yang bentuk ikan dan udang besau tuh dia dah tak ingat letak mana.

Bawah sekali api dapur gas, Kemudian tudung periuk yg tak pakai letak pasir sket, then acunan kuih, then cover acuan yang atasnya letak bara api. Mencabar tak?

2 besen besau aku dapat bakar tau.

Dah sejuk sket, trus masuk dalam tin. Kalau tak kucing aku sibuk nak bedal kuih nie. Sedap agaknya kot!

So process pembakaran cukup senang, once dah bubuh adunan dalam acuan. Cover atasnya dengan tutup yang ada bara api tuh. Nanti sekejap2 intailah tengok dah kuning ke belum. Jangan sampai hangus dah lah.
Bila dah betul2 kuning, keluarkan je dari acuan tu. Sambunglah dengan bancuhan adunan yang lain. Buat sampai habis. Betul mak aku cakap, buat kuih2 tradisional ni kena banyak bersabar, rileks. Mesti kuih tu jadi punyalah.

Terasa mencabar betul buat kuih bahulu. Yelah, kalah buat Autocad drawing kat opis tu tau. Now aku betul2 really appriciate bakat yang mak aku ada okeh. Raya nanti korang mesti rasa kuih bahulu yang aku buat nie tau.

Hah, korang rasa2 boleh challenge aku tak?

7 comments :

LiFe KaMi said...

Ni yang tk sabar nk beraya rumah cik lily..hehe ,
Kami pn gemar mkn bahulu cuma tkde alatan nk buat..

Hanz said...

Lily, lepas ni..boleh me nak gi berguru ngan u buat baulu ya..me suker makan baulu..buatnyer tak reti..

h4ni3 said...

pehhh
aku angkat bendera putih
kompem takleh challenge
hahaha

Liza said...

gebu nyer baulu tu, best! nak skit boleh?

transformed housewife said...

rugi kalau kit generasi skrg tak belajar buat kuih2 tradisional ni kan. Tabik spring kat Lily sbb kalau sy pun rasa tak mampu nak pukul telur dgn gula tu selama 1 jam. huhu

kusut said...

baulu!
suke la kuih ni.. reminds me of kat kampung mase kecik2 dulu. panjat tangga rumah nenek, makan kuih baulu dgn teh-o panas

Iza ~ LaB coRNer said...

hah! wpun entry ni aku baca pas raya n kemungkinan besau baulu ko tuh dah abis...trasa gak aroma kt air liur..nyum! nyum!