Thursday, September 23, 2010

Episod Akhir Epilog Syurga Cinta - Memang Di jangka!

Hi Korang,


Aku baru je abis masak lepas tengok episod akhir citer Epilog Syurga Cinta nie. Memang dah di jangkakan kata mr Big. Mesti happy ending. Eventho 1/2 jam yang pertama tu menampakkan Siti Syuhadah masih lagi dengan egonya yang tinggi.


Lepas je Irham berterus terang dengan Mia yang dia adalah ayahnya, Mia menangis tak henti2 sebab takmau percaya tentang hakikat itu. Tapi akhirnya beralah dan terus mengajak Irham mencari Cikgu Siti.


Sebelum Cikgu Siti pulang ke teratak untuk berkahwin dengan Ustaz Ryan, sempatlah jugak dia ke rumah Irham untuk berjumpa kali terakhir sebelum dia menjadi isteri. Tapi sampai disana, dia dengan tidak sengaja terpandang gambar Irham sewaktu kecil dan dia teringat bahawa Irham inilah yang dicari2 selama ini. Apakan daya, janjinya kepada Ustaz Ryan harus di kotakan. Dia terpaksa jugak berkahwin dengannya.


So di terataklah segalanya terbongkar, kisah cinta Irham dan Xeera yang lalu, pertemuan Cikgu Siti dan Irham di jeti dan segala2nya lah. Setelah atuk memberi kata2 nasihat kepada mereka berempat, so dapatlah kata sepakat.



Seperti yang mr Big cakap, mesti happy ending. So memang happy ending pun, Irham disatukan dengan Cikgu Siti dan Suhaila dengan Ustaz Ryan dan yang paling bahagia sekali Mia lah.

That's all geng!

9 comments :

mrs adam said...

nasib baik ciklilyputih bagitau apa ending cite ni,tadi dah nak abis cite tak sempat tgk sbb anak saya wat onar tukar tv lain!huhu

kak ina kl said...

wah rajin ambik gambar ek..akak terlepas nak ambil tadi..

nanti gi open house kat umah member minggu ni ataupun gi open house umah aus (dia jemput ker idak)..ambiklah gambar masa makan..kan lama lagi nak habis contest akak tu

hadiah dah top up dah..ada org sponsor..

Rozita said...

cerita ni kadang2 sy tengok, kadang2 lupa..sy suka tengok tudung yg di pakai..cantik2

e.l.i.s.s.m.i.e said...

laa dah abes ker? semalam aku tak tengok plak sebab balik lambat :p

Matjoe said...

suker oo ini citer.

encHIx laNDax said...

wah~~siap amik pic lagi~uhuhu~btol nak mnyampaikan berita ni~heee

h4ni3 said...

weh.. ko snap gamba kat tv ke tuh? rajinnya... hehehe

Liza said...

sedikit predictable except part yg mia anak irham and xerra, pandai mia berlakon, bersungguh2 dia menangis

Anonymous said...

Useful blog website, keep me personally through searching it, I am seriously interested to find out another recommendation of it.