Monday, July 18, 2016

Nak Sihat, Makanlah Guardian Mixed Grains & Oats 30+

Hi Korang,

Sebelum raya hari tuh sempat aku hadiri event yang bermanfaat bagi mereka yang sedang dalam proses menguruskan badan dan juga menjaga kesihatan kan. 

Meh kita baca beberapa info yang menarik ni ek.

tengok lah tahap kesihatan aku ek

Rakyat Malaysia kini berada dalam krisis kesihatan yang kronik memandangkan seramai 9.6 juta orang mempunyai tahap kolesterol dalam darah yang tinggi [1], 6.1 juta orang menghidap tekanan darah tinggi (hipertensi) dan 3.5 juta [2] lagi menghidap diabetes. Sementara lebih 100,000 orang [3] lagi menderita akibat penyakit kanser setiap tahun. Jumlah ini hanyalah angka-angka yang dilaporkan. 

Adalah dipercayai bahawa lebih separuh daripada penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan tahap kolesterol yang tinggi tidak menyedari masalah kesihatan mereka [4].

amik darah untuk check kolesterol

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang disiarkan baru-baru ini menunjukkan bahawa peningkatan NCD seperti tahap kolesterol yang tinggi, diabetes, obesiti dan penyakit kardio-vaskular berkait rapat dengan tabiat pengambilan makanan dan senaman yang tidak sihat [5].

Lebih mengejutkan lagi apabila kajian selidik Kementerian Kesihatan menunjukkan 94% orang dewasa di Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang mencukupi. Sedangkan serat adalah penting untuk kesihatan dan diet yang seimbang. 

Pepatah lama yang menyatakan “mencegah adalah baik daripada mengubati” memang tepat sekali. Pengambilan diet yang kaya dengan serat mungkin menjadi kunci untuk menghalang dan mengurus beberapa masalah kesihatan. 

Sebagai rantaian runcit farmasi, produk kesihatan dan kecantikan yang terbesar di Malaysia, Guardian berusaha memberi perhatian kepada aspek nutrisi dan kesejahteraan para pengguna.


Guardian Mixed Grains & Oats 30+ merupakan kombinasi serbuk bran oat, diimport dari Sweden yang padat dengan nutrisi dan kaya dengan serat, selain mengandungi lebih 30% oat beta-glucan.

Beta-glucan ialah sejenis serat boleh larut yang boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol [6] dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. [7]

Produk ini bebas dari lemak trans, tidak mengandungi pewarna dan sesuai untuk vegetarian. Ia akan larut dalam air suam lalu memberikan anda minuman kaya serat bersama rasa bijian yang sedap. Ia juga dapat membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama. 

Setiap hidangan Guardian Mixed Grains & Oats 30+ mengandungi lebih 30% oat beta-glucan.

Kolesterol yang tinggi dalam darah merupakan salah satu faktor risiko penyakit jantung, walaupun ia tidak menunjukkan sebarang tanda. Ramai yang mempunyai kadar kolesterol tinggi tidak sedar mengenai tahap kolesterol mereka walaupun tahap mencecah tahap bahaya [8].

Jumlah oat beta-glucan (serat boleh larut) yang dicadangkan untuk menurunkan kolesterol dengan berkesan ialah 3gm setiap hari [9].


Pengurus Kanan Perniagaan Serantau, Bahagian Kesihatan dan Kecantikan , The Dairy Farm Company Limited, Elyse Lee berkata, “Kadar Kolesterol yang tinggi dalam darah yang dialami oleh hampir separuh golongan dewasa di Malaysia sangat membimbangkan. Kami di Guardian Malaysia ingin membantu menghasilkan perubahan positif. Inisiatif itu membawa kami kepada beta-glucan yang terbukti mampu mengurangkan kadar kolesterol. Situasi ini juga membuatkan kami sedar tentang kepentingan pengambilan lebih banyak serat dalam diet harian untuk kesihatan yang lebih baik. Guardian Mixed Grains & Oats 30+ yang mudah digunakan dan murah sememangnya boleh menjadi sebahagian daripada rutin harian seseorang.” 

Ia boleh digunakan di dalam minuman, smoothies atau perasa tambahan pada salad dan yogurt. Selain daripada itu, ia juga boleh menjadi salutan untuk daging dan sayur-sayuran goreng atau panggang. Korang juga boleh menggunakannya untuk memekatkan sup dan bubur, tanpa perlu kehilangan nilai nutrisinya serta dapat memastikan pengambilan serat harian yang mencukupi. 

Kini korang boleh mengambil jumlah beta-glucan yang diperlukan dengan Guardian Mixed Grains & Oats 30+ dengan cara yang mudah untuk menangani masalah kesihatan – tahap kolesterol yang tinggi.


Pengasas dan Perunding Pakar Diet, The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam juga membentang tentang kelebihan barli, oat, benih chia dan beras perang. Beliau juga berkongsi empat resepi mudah yang boleh bertindak sebagai pilihan lebih sihat buat mereka yang terpaksa mengambil diet terhad akibat masalah kalori. 

“Serat memang penting, tetapi kita selalu terlepas pandang ia sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Gaya hidup sekarang yang sangat tertumpu kepada makanan yang sudah diproses dan kekurangan senaman menjadi antara punca utama masalah kesihatan di Malaysia. Sebagai pakar nutrisi, kami mencadangkan diet yang seimbang dan rendah lemak. Dalam konteks Malaysia yang mana sehingga 94% orang dewasa tidak mendapatkan serat harian sebagaimana sepatutnya, mengambil makanan kaya serat mungkin boleh menjadi satu permulaan yang baik,” kata Indra. 

Indra menjelaskan beberapa hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan char koay teow mengandungi kalori yang tinggi serta rendah serat. Jadi, beliau mencadangkan orang ramai supaya mencari jalan yang kreatif untuk pengambilan kalori lebih sihat. 

“Kebanyakan makanan kegemaran kita mempunyai kalori yang tinggi. Anda masih boleh menikmatinya seminggu sekali. Tetapi hidangan yang rendah kalori dan padat dengan serat mempunyai impak lebih positif kepada kesihatan secara keseluruhannya. Memandangkan serbuk bran sangat menyihatkan, kita tidak patut menambah gula ke dalamnya. Pendekatan yang lebih sihat adalah dengan menambah buah-buahan segar, yogurt, susu rendah lemak, koko atau jus buah-buahan yang kurang gula. Cari resepi yang sesuai dan lebih menyelerakan, menjimatkan masa dan bajet anda,” nasihatnya.


Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM) mempunyai dua objektif. Pertama, menawarkan perkhidmatan rawatan. Jadi, penghidap strok boleh kembali menikmati kehidupan yang normal. Kedua, meningkatkan kesedaran bahawa strok adalah penyakit yang boleh dielakkan. NASAM mempunyai lebih daripada 5,000 ahli dan 600 daripadanya menghadiri rawatan terapi setiap hari di sembilan buah pusat NASAM.


Guardian akan menyumbang Guardian Mixed Grains & Oats 30+ bernilai sebanyak RM10,000 kepada 600 orang ahli aktif NASAM sebagai satu bentuk sokongan bagi membantu mengawal tahap kolesterol mereka. 

Guardian Mixed Grains & Oats 30+ boleh didapati di semua cawangan Guardian dan e-store di https://online.guardian.com.my. Harga runcit Guardian Mixed Grains & Oats 30+ (500g)  adalah RM49.90.


Maklumat mengenai Kandungan Mixed Grains & Oats 30+ 

Kelebihan-kelebihan Barli[14]

Barli kaya dengan serat boleh larut, dikenali sebagai beta glucan yang boleh ditemui pada lapisan luarnya. Beta glucan membantu menurunkan tahap kolesterol dengan mengikat asid-asid hempedu dan mengeluarkannya daripada badan menerusi najis. Asid-asid hempedu dihasilkan oleh hati daripada kolesterol. Apabila ia dikumuh bersama serat barli, hati perlu menggantikan semula asid-asid hempedu tadi dan akan menggunakan lebih banyak kolesterol. Ini akan dapat mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah[15].

Kandungan serat barli, potassium, folate, vitamin B6 dan sifatnya yang rendah kolesterol – semua ini menyokong jantung yang sihat. Barli ialah sumber serat terbaik yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah. 

Vitamin B6 dan folate yang ada di dalam barli menghalang pembentukan kompaun dikenali sebagai homocysteine. Apabila jumlah homocysteine terkumpul di dalam badan, ia boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan masalah jantung.


Kelebihan-kelebihan Oat[16]

Beta-glucan juga boleh ditemui di dalam oat. Berdasarkan kepada kajian, beta-glucan mampu memberi kesan positif kepada diabetes. Penghidap diabetes Type 2 yang diberi serat oat yang tinggi, hidangan oat atau makanan yang kaya dengan oat bran mengalami penurunan gula dalam darah berbanding mereka yang diberi nasi putih atau roti. 

Mulakan hari anda dengan makanan yang boleh menstabilkan tahap gula dalam darah seperti oat. Ia mampu membantu anda untuk mengawal tahap gula dalam darah sepanjang hari. Oat dan bijian penuh yang lain diperkaya dengan magnesium, satu mineral yang memainkan peranan penting untuk lebih 300 enzim, termasuklah enzim di dalam rembesan insulin. 

Kelebihan-kelebihan Benih Chia[17]

Dilihat dari segi beratnya, benih Chia adalah 40% serat. Ini menjadikannya sebagai salah satu sumber serat terbaik di dunia. 

Memandangkan ia dalam bentuk serat sepenuhnya, benih chia boleh menyerap sehingga 10-12 kali air, bertukar menjadi seperti gel dan mengembang di dalam perut anda. Ini akan meningkatkan rasa kenyang, memperlahankan penyerapan makanan dan mengurangkan selera anda untuk mengambil lebih banyak kalori. 

Serat ini juga menjadi makanan kepada bakteria baik di dalam usus kecil, sekali gus dapat meningkatkan tahap kesihatan anda. Benih chia memiliki kualiti protein yang tinggi. Jauh lebih tinggi berbanding mana-mana tumbuhan. Protein ialah nutrien penting untuk menurunkan berat badan. Ia mampu mengurangkan selera makan dan menghalang obesiti. 

Kelebihan-kelebihan Beras Perang[18]

Proses untuk menghasilkan beras perang adalah dengan mengeluarkan lapisan paling luar tanpa merosakkan nutrisi di dalamnya. 

Kandungan magnesium yang tinggi di dalam beras perang bagus untuk jantung anda. Magnesium merupakan satu mineral penting untuk mengawal tekanan darah dan mengimbangi sodium di dalam badan. Beras perang juga kaya dengan phytonutrient plant lignans yang membantu mencegah pelbagai penyakit termasuklah sakit jantung.


[1] One in three adult Malaysians have hypertension, NST Online < http://www.nst.com.my/news/2016/06/150074/one-three-adult-malaysians-have-hypertension> 

[2] 3.5 Million Malaysians Diabetic, Alarming Situation – Hilmi, Bernama.Com < http://www.bernama.com/bernama/v8/bu/newsbusiness.php?id=1233087

[3] About 100,000 Malaysians suffer from cancer each year, The Star Online  

[4] One in three adult Malaysians have hypertension, NST Online  

[5] Helping Malaysians be healthier, The Star Online < http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/12/helping-malaysians-be-healthier-both-carrots-and-sticks-are-needed-to-empower-and-incentivise-malays/> 

[6] The Power of Oat Beta Glucan, Heart UK < https://heartuk.org.uk/images/uploads/healthylivingpdfs/HUK_factsheet_F09_OatBetaGlucanF.pdf> 

[7] The Power of Oat Beta Glucan, Heart UK < https://heartuk.org.uk/images/uploads/healthylivingpdfs/HUK_factsheet_F09_OatBetaGlucanF.pdf> 

[8] High Blood Cholesterol: What You Need to Know, National Heart, Lung, And Blood Institute, < http://www.nhlbi.nih.gov/health/resources/heart/heart-cholesterol-hbc-what-html> 

[9] *FSQD, MOH. Guide to Nutrition Labelling & Claims (as at Dec 2010). 


[11] High-Fiber Diets and Weight Loss, WebMD < http://www.webmd.com/diet/fiber-weight-control

[12] Dietary fiber: Essential for a healthy diet, Mayo Clinic < http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/fiber/art-20043983> 

[13] High Blood Pressure, Afib and Your Risk of Stroke, American Heart Association, < http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/More/MyHeartandStrokeNews/High-Blood-Pressure-Afib-and-Your-Risk-of-Stroke_UCM_443852_Article.jsp#.V2Iv4OZ97OQ>

[14] Barley: Health Benefits, Facts, Research, MNT < http://www.medicalnewstoday.com/articles/295268.php> 

[15] Barley, The World’s Healthiest Foods, < http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=127>. 

[16] Oats, The World’s Healthiest foods, < http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=54#healthbenefits>. 

[17] 11 Proven Health Benefits of Chia Seeds, Authority Nutrition, < https://authoritynutrition.com/11-proven-health-benefits-of-chia-seeds/

[18] Brown Rice:Health Benefits & Nutrition Facts, livescience < http://www.livescience.com/50461-brown-rice-health-benefits-nutrition-facts.html>

1 comment :

Eray Majid said...

wah menarik oat ni. kalau makan time sahur, mesti kenyang.