Wednesday, July 20, 2016

HP ‘Reinvention of Today’

Hi Korang,


Hari tuh sebelum hari aku sempat ke event technology anjuran HP ni di Aloft Hotel KL Sentral.


Dah lama tak pi event tech ni so cam blur-blur sket lah kan, tapi tak per sekali sekala tukar angin apa salahnya. Dapat jugak kenal teknologi baru..


HP PPS Sales Sdn. Bhd. hari ini melancarkan produk komputer dan percetakan terbarunya yang dicipta khusus untuk mengubah pengalaman pengguna. Barisan produk-produk terbaru ini direka dan dibina dengan matlamat untuk memberi pengalaman yang memukau. Produk-produk tersebut akan menangani keperluan perkomputeran dan percetakan pengguna hari ini dan membantu mereka mengatasi kesibukan kerja harian serta menikmati kehidupan pada masa yang sama. 

“Di HP, misi kami adalah untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik kepada orang ramai, di mana sahaja. Kami amat memahami keperluan pengguna kami dan kami sentiasa berusaha ke arah matlamat untuk mewujudkan faktor baru bagi membantu memenuhi keperluan pengguna untuk mendapatkan akses bila-bila masa di mana sahaja”, kata Kym Lim, Pengarah Urusan HP PPS Sales Sdn Bhd, Malaysia.


“Kami mencipta semula pengalaman pengkomputeran dan percetakan melalui produk ‘One Life’ rekaan kami yang memberi tumpuan kepada reka bentuk, produktiviti, keselamatan dan hiburan,” jelas beliau. 

Perbezaan di antara kerja dan kehidupan harian kini kabur, di mana tiada lagi kelainan antara kedua-duanya. Ini boleh di panggil “One Life” atau “Satu Kehidupan Menyeluruh”. Tempat kerja tidak lagi mempunyai had tetapi tanggungjawab kerjaya berterusan di mana sahaja dengan adanya sambungan internet dan gaya kerja melibatkan lebih banyak usaha sama. Tenaga kerja hari ini yang muda dan celik IT, terutamanya Generasi Y yang semakin meningkat, bergantung kepada teknologi untuk memenuhi keperluan kerjaya dan peribadi mereka. 

Lim menambah bahawa pengguna hari ini tidak hanya mahu peranti yang mereka gunakan bergaya dan menarik tetapi juga dapat memberi mereka kebebasan untuk meluahkan aspirasi mereka. 

“Di HP, kami sentiasa berusaha membina produk yang inovatif untuk ‘One Life’, jadi pelanggan kami dapat menikmati pengalaman perkomputeran sama ada untuk bekerja ataupun hiburan,” beliau berkata.


Pada majlis pelancaran, Pengarah Perniagaan Kategori Cetak, HP PPS Sales Sdn Bhd, Wong Yuen Lai; dan Pengarah Perniagaan Kategori PC, HP PPS Sales Sdn Bhd, Frankie Chan, berkongsi mengenai fungsi hebat barisan produk komputer dan percetakan HP yang terbaru dan bagaimana kedua-dua produk komersial pengguna ini memenuhi permintaan ‘One Life’.


Barisan produk perkomputeran dan percetakan terbaru ini terdiri daripada komputer riba yang nipis dan ringan, kepada stesen kerja semua dalam satu hinggalah ke inovasi percetakan generasi seterusnya. 

Produk PC yang terbaru telah diperkenalkan di majlis pelancaran adalah -


Komputer Riba Spectre 13 HP

Spectre HP ini menetapkan satu standard baru sebagai komputer riba ternipis di dunia dengan ciri-ciri berkuasa tinggi seperti paparan tepi HD yang memaparkan prosessor Corning® Gorilla®, Intel® CoreTM, stereo oleh Bang & Olufsen dengan teknologi audio HP, jangka hayat bateri yang panjang dan reka bentuknya yang nipis dan seksi. 

Spectre HP Diagonal 13.3” boleh didapati bermula Julai ini dengan harga permulaan pada RM 5,999 bagi perisian prosessor Intel® CoreTM i5, dan RM6,900 bagi perisian prossesor Intel®CoreTMi7.


Komputer Riba ENVY 15 HP

Envy 15 adalah peranti serba boleh yang mentakrifkan cabaran teknologi sekaligus memahami keperluan dan prestasi peranti mudah alih. Ia menawarkan reka bentuk logam yang anggun beserta kuasa dan prestasi yang bagus. Ia juga memaparkan kaca ;flush’ tepi untuk menonton sendiri pengalaman indah. Ia menyokong caj cepat HP, dimana pengguna boleh mengecas bateri sehingga 90% dalam hanya 90 minit apabila peranti dimatikan. 

Komputer Riba Envy HP Diagonal 15.6” boleh didapati bermula Julai ini dengan harga permulaan pada RM3,699 dengan perisian prosessor Intel® CoreTM i5.


Komputer Riba Elitebook Folio G1 HP

Folio G1 yang terbaru ini memberikan golongan milenial reka bentuk komputer riba yang premium buat pengguna dengan prestasi gred komersial yang diperlukan untuk kerja rutin. Dengan ciri-ciri premium yang dipertingkatkan untuk tujuan kerjasama, komputer riba Folio G1 yang terbaru ini adalah pilihan untuk mereka yang menghargai pengalaman sempurna dari segi keteguhan perniagaan kritikal, keselamatan dan pengurusan. 

Komputer Riba Elitebook Folio G1 Diagonal 12.5” boleh didapati bermula Julai ini dengan harga permulaan pada RM 6,199 dengan perisian prosessor Intel® CoreTM m7.

Turut diperkenalkan di pelancaran tersebut adalah pencetak baru HP –


Mesin pencetak HP OfficeJetPro 8730 All-in-One

Mesin pencetak terbaru HP, OfficeJetPro 8730 All-in-One terus mengungguli carta teratas di kalangan inkjets berjumlah tinggi. Percetakan berhalaman yang mempunyai imbasan dua muka dengan sekali cetak dan tempat letak kertas yang mampu menampung 50 keping kertas. Selain elemen prestasi teknikal yang tinggi OfficeJetPro 8730 juga turut memaksimumkan cetakan anda dengan penjimatan HP Print Forward Design, penyelesaian terbaik buat perniagaan kecil dan bengkel. 

Mesin Pencetak HP OfficeJetPro 8730 All-in-One boleh didapati bermula Julai ini dengan harga permulaan pada RM1,379.


Mesin Pencetak HP PageWidePro 577dw Multifunction 

Mesin pencetak PageWidePro 577dw terbaru ini menawarkan nilai hebat kepada perniagaan, kos rendah pemilikan dan kepantasan dalam kelasnya yang tersendiri. Kelajuan cetakan, kualiti yang hebat dan kos operasi yang minimum adalah tiga kunci utama yang menyatakan HP’s PageWidePro 558dw, kunci pembelian utama bagi perniagaan kecil dan sederhana yang ingin mengekalkan kos operasi secara minimum. 

Mesin Pencetak HP PageWidePro 577dw Multifunction boleh didapati bermula Julai ini dengan harga permulaan pada RM3,199.


Mesin Pencetak HP PageWide Enterprise Color Multifunction 586

Mesin pencetak HP’s PageWide Enterprise Color Multifunction ini terus menerajui dunia percetakan komersial berkuasa tinggi dengan perlindungan kukuh untuk peranti, data dan dokumen dalam keselamatan yang paling tinggi. Berfungsi untuk kehidupan pejabat yang sentiasa sibuk dengan kepantasan dan kos pemilikan yang rendah, PageWide Enterprise Color tidak ragu lagi mempunyai kelasnya yang tersendiri dalam perusahaan percetakan. 

Boleh didapati bermula Julai, Mesin Pencetak HP PageWide Enterprise Color Multifunction M586dn ditetapkan pada RM7,049; M586f ditetapkan pada RM7,629; dan M586z ditetapkan pada RM8,159. 

Produk pengkomputeran dan percetakan terbaru daripada HP kini mula dijual di semua kedai jualan HP yang terpilih diseluruh negara dan juga HP Online Store di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi HP Malaysia di www.hp.com.my, atau hubungi 1800-88-4889.


Mengenai HP

HP mewujudkan kemungkinan baru bagi teknologi untuk memberi impak bermakna terhadap semua orang , perniagaan, kerajaan dan juga masyarakat. Dengan portfolio teknologi terluas yang terdiri dari inovasi percetakan, sistem peribadi, perisian, perkhidmatan infrastruktur IT, HP memberi solusi buat kekangan paling kompleks pelanggan-pelanggan diserata dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai HP (NYSE: HPQ) boleh layari http://www.hp.com.




No comments :