Friday, July 15, 2016

Rumah Terbuka JOHARA Disambut Meriah

Hi Korang,

Isnin lepas dapat jemputan ke open house JOHARA ni. Alah DJ-DJ siaran pagi kat Radio ERA tuh, Johan, Hanif dan Ray. Hah yang tu ler..

Tapi apakan daya, mak keje noks so tak dapeklah poie walaupun Cheras tuh dekat benau dengan office mak ni ek. 

So aku share jelah gegambar untuk tatapan korang jelah..


Seperti tahun-tahun lalu, JoHaRa Pagi ERA tidak pernah jemu untuk menceriakan pagi anda! Isnin lepas, mereka telah menganjurkan siaran luar Rumah Terbuka JoHaRa sama seperti tahun –tahun lalu.


Sesi bergambar penyampai ERA fm, para artis dan anak-anak yatim

Pada hari tersebut, JoHaRa telah meraikan 40 tetamu istimewa dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka. Rumah Terbuka JoHaRa yang dianjurkan secara sederhana ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim bersama para artis, tetamu istimewa dan juga pihak media dalam meraikan Aidilfitri.




Bertempat di Suka Sucre Cafe, acara turut dimeriahkan lagi dengan barisan artis tempatan yang semestinya akan menceriakan suasana , antaranya Siti Nurdiana, Forteen, Syamel AF, Sufi AF , Wani Kyrie, Achey, dan ramai lagi!




Menurut Pengurusan Kanan Kandungan ERA fm, Nazri Noran, “Setiap tahun stesen kami cuba mencari kelainan dengan mengadakan aktiviti yang rapat di jiwa pendengar. Syawal tahun ini, kami memilih untuk menganjurkan Rumah Terbuka JoHaRa bersama anak-anak istimewa yang seharusnya kita raikan. Harapan kami, agar acara sebegini dapat diteruskan supaya ikatan silaturahim keluarga ERA fm bersama para artis, masyarakat setempat menjadi lebih rapat".

Gambar kenangan bersama pekerja restaurant

Pengemudi JoHaRa, Johan, Haniff dan Ray pastinya membuatkan tetamu yang hadir tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka yang lucu!

1 comment :

UMMINANI said...

meriahnya, selamat hari raya Cik Lily