MY HISTORIC MOMENTS

Saturday, July 2, 2016

Ais Krim KING'S Potong Kelapa, Lemak-Lemak Manissss

Hi Korang,



Tiada apa yang dapat menandingi kenikmatan dan rasa segar dari sebatang aiskrim walaupun pada cuaca panas. Dengan menikmati King's Potong, kita dapat mengimbau kembali saat kegembiraan di mana kita duduk dan berbual bersama keluarga di samping mendengar gelak ketawa dari mereka sambil menikmati aiskrim potong di petang hari. Walaupun kini kita diberi pelbagai pilihan pencuci mulut, ada kalanya kita juga teringin menikmati semula sebatang aiskrim 'Potong' kerana ianya mampu membawa balik kenangan manis kepada kita.



Dalam usaha berterusan untuk memenuhi cita rasa Asia, King's Potong sentiasa mempergiatkan usahanya untuk mencari perisa-perisa kegemaran tempatan yang boleh membangkitkan selera agar semua rakyat Malaysia dapat menikmati perisa 

'Potong' kegemaran mereka. Menerusi penyelidikan yang telah dilakukan oleh King's, maka munculah aiskrim yang berperisa kelapa - iaitu daripada air kelapa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan dari situ King's telah mengeluarkan aiskrim yang berperisa kelapa sebenar.


Diperbuat daripada 100% santan kelapa Thai bersama cebisan isinya, King's Potong Kelapa ini ibarat buah kelapa asli yang begitu segar sekali kerana santan kelapa ini diimport sepenuhnya dari Thailand serta menggunakan bahan yang paling segar. Rasa krimnya yang lembut dan enak sememangnya dapat menarik hati semua penggemar kelapa di luar sana. 

"Kini dengan keadaan cuaca yang begitu terik di Malaysia, kami yakin bahawa King's Potong Kelapa baru ini akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai kerana ia bukan sahaja menyegarkan, malahan dapat bantu menurunkan suhu badan kita," kata Encik Michael Loh, Pengurus Besar F&N Creameries (M) Sdn Bhd.


Pek pelbagai King's Potong (6x60ml) akan dijual pada harga RM 9.30 sekotak dan RM1.60 (60ml) sebatang (terrnasuk GST), dan ia boleh didapati di semua pasaraya­ pasaraya utama mulai 1 Mei ini.

No comments :