Thursday, July 14, 2016

Raya 2016, Sederhana Saje Janji Meriah

Hi Korang,


Sambungan citer raya lagi ni ek..


As usual siapkan hidangan atas meja sementara tunggu geng-geng lelaki balik solat raya. aku pun terus bersiaplah. Warna tema ktorang tahun ni warna kelabu sekeluarga, alah beli kain masak aku pi Jakarta hari tuh so beli lumpsum semua sekali, so settle. 

Perasan tak aku tak amik gambo full ktorang berdua?


Sebab baju yang mak aku buat besoooooo, tangan labuh sampai kena lipat, kain pun kena lipat. Padahal ikut ukuran yang selalu tuh. Rupanya badan aku dah susut lah, total inch loss lebih kurang 6inch, patutlah bahu jatuh. Kira baguslah penangan makan ubat kurus kunyah #Leptos ni ek.

kunyah 3 bijik sebelum sarapan pagi raya hari tuh

Tulah korang tak caya, walaupun aku tak hardcore nak kurus tapi pengambilan secara regular dapat kurus jugak wei. 


dah kenapa plak laki aku ni ek

Lepas bermaafan terus berjalan raya pi umah nenek aku di Senggeh. Ya ampun ramai suku sakat balik sampai tak boleh nak jalan kan, sudahnya ktorang duk luar sambil makan hidangan raya. Kemudian jalan raya lagi sampai tengahari.

sempat petik buah mangga apple umah nenek sedara ni ek ishkk perangai kan

Balik rumah plak, baru je nak duduk orang dah menderu sampai, maklumlah ayah aku ni anak paling tua so semua pi beraya rumah ktorang dulu lah. Hah terus tuko uniform chef untuk sessi hidang menghidang even adik aku dan Mr Big pun kena jadi pelayan gak anto-anto makanan kan. Bayangkan betapa sibuknya ktorang time tuh. Ermm gambo langsung tak sompek nak amik.


Dah petang cam tu, barulah surut sket orang datang ek.

Aku pun terus amik chance kuar dengan Mr Big dan adik aku pi beraya umah mak long aku plak. Alah mak tinggal tak per coz diorang boleh pi lain hari. 

hah makanlah sket kan

memacam hado hahaha

hah guna monopod senang, semua masuk

Sampai sana diorang pun cam baru kena serang, semua baru nak rehat-rehat makan so ktorang pun duduk sambung makan terus hahaha

memalu memasing amik gambo ek hehehe


control macho lah adik aku tuh kan hahahaha

Tiba umah dah tak de orang dah so barulah kemas rumah balik, panaskan lauk, susun-susun pinggan balik dan prepare untuk crowd esoknya plak.

secawan kopi untuk sarapan

On second day tuh, assistant mak aku balik so kuranglah sket beban memasak kan. Lagipun petang camtuh nak gerak ke Rembau plak umah sebelah Mr Big plak. So aku cuma tolong-tolong potong sayur je untuk laksa hahahahaha pemalas punye pompuan ek.

budak ni senantiasa je hado kan

Sampai Rembau semua adik beradik Mr Big dah ada, so borak-borak lah kejap sebelum tetamu lain sampai, maklumlah 2nd day raya memang open house umah ni so orang senantiasa ada jelah.


Yang kemas meja lain,prepare masak lain, yang melayan tetamu lain memasing ada tanggungjawab sendiri. So kalau ada part yang terkurang so orang tuh yang kena buat kan hahahahha. Kalau tak bahagikan tugas, diorang ni jadi pelosek or keleso, alah orang negeri Sembilan tau lah apa tuh kan.



adik beradik je ni

Sebelum tuh, sempat bergambar satu family bagai ek. Ini pun orang belum sampai lagi ni.


Itulah citer raya ktorang untuk tahun 2016 ni.

Memang simple-simple je tapi meriah dan seronok dapat berkumpul sekeluarga ishkk bukan senang tau. Maklumlah memasingkan diva dan retis busy tahap gaban hahahahha

3 comments :

hainom OKje said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin CL.... Seronok betullah kalau cenggitu, turun berat lagi...mmg sakanlah beraya nampaknya.

Bila Raya, kalau maklah kan, perkara yg ngeri kena serbu haha...boleh jadi panik weyh...

Tp sebenarnya itulah yg bestkan...

Jamil Hashim said...

meriah...

el said...

meriahnyaaaa
wow dah kurus uols
tahniahh