MY HISTORIC MOMENTS

Friday, July 29, 2016

Makan Di CAMPUR CAMPUR KITCHEN Cyberjaya

Hi Korang,


Citer pasal makan sedap memang inilah tempatnya. 


So hari ni aku nak citer kat korang pasal ada satu tempat baru di Dpulze Shopping Centre kat Cyberjaya. Alah dekat bebenau dengan umah aku kan, bila ade kesempatan diorang ni buat food review aku pun join lah sekali ek hehehehhe


Meh aku terangkan mengenai Campur Campur Kitchen ni ek

Restoran ini menghidangkan hidangan ala Indonesia, Chinese dan Thailand. Hah amik ko, semuanya ada di sini. Simple je deco restoran ni, sesedap mata memandang so tak delah pening bila tunggu makanan sampai, yang special tuh dapur masakan diorang ni di dalam kontena di bahagian belakang tapi boleh nampak dari depan restoran, ermm unik di situ. 




Cantik kan, simple je

Nampak ni,


Ada 2 signature drinks iaitu Lemonade Blue dan Ice Green Mint yang dihidangkan di dalam bekas mentol yang unik. Aku memula seram gak nak minum yelah mana tau kena elektrik kan huahauhauhaua kelakarkan. Harga untuk air mentol ni RM8.90


Selain daripada air mentol ada jugak signature drinks diaorang yang lelain iaitu Coffee in Hong Kong Style, RM4.90 dan Tea in Thai Style pun sama harganya RM4.90 yang dihidangkan di dalam kole style dulu-dulu. Umah arwah nenek aku je ada kole special ni ek

Jom kite tengok hidangan makanan plak ek

Yang appetizer dulu ek

French Toast with Honey RM6.90

Chicken Boxing RM12.90 

Egg Salad Thai Style RM10.90

Chicken Wing with 3 Rasa RM12.90

Curry Fish Ball RM8.90

Kemudian ktorang sempat merasai hidangan ala-ala main course plak,

Indo Mee Goreng with Seafood (RM8.90)


Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf (RM11.90)

Campur Belacan Chicken Fried Rice (RM11.90)

Disebabkan banyak sangat pilihan nasi gorengnya, so aku lumpsum je nama-nama ek hehehehhe

Fried Rice in Yong Xhau Style (RM8.90), 
Fried Rice with Chicken and Salted Fish (RM9.90), 
Thai Tom Yum Fried Rice with Rempah Chicken (RM11.90), 
Indo Nasi Goreng with Rempah Chicken (RM11.90), 
Campur Belacan Chicken Fried Rice (RM11.90)
Kam Heong Chicken Fried Rice (RM11.90), 
Golden Hong Kong Seafood Fried Rice (16.90), 
Thai Pineapple Seafood Fried Rice (RM16.90) 


Indo Friend Rice with Flying Fish (RM16.90)

Ayam Bakar Rice Set (RM14.90) 

Petai Scrimp Rice Set (RM14.90)

Buttermilk Chicken Rice Set (RM14.90)

Giler pening nak makan yang mana satu dulu ek, semuanya sedap-sedap belaka dan lagi plak makan beramai-ramai bersama kengkawan so lagilah bertambah sedap. Nikmatnya dirasai sesungguhnya.

mereka yang happy dapat makan

Bagi aku, harga amat berpatutan dengan hidangan yang disediakan. Tak delah mahal mana pun jika di bandingkan kalau makan di fancy restaurant kan. 

Jom kita terjah ke:

Campur Campur Kitchen 

Lot UG 18, 
Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya

Facebook: www.facebook.com/campurcampurkitchen

Selamat makan semuanye....

1 comment :

Siti Rohaida Yusof said...

minum dalam mentol tu...huiii...ngeri jugak