Tuesday, July 19, 2016

BBQ Dinner Setiap Malam Jumaat di JW Marriot Putrajaya

Hi Korang, 

Last week aku dapat jemputan ke majlis BBQ di Tuscany Italian Restaurant di JW Marriot Putrajaya. Ingatkan ada ade event apa lah kan rupanya ada makan-makan BBQ je. Wow makan siapa yang tak suka kan, so teman yang diheret tak lain dan tak bukan blogger sumijelly sebab dia je yang dekat dengan umah aku dan tengah free time tuh.


Rupanya ada promosi buffet BBQ night di Tuscany Italian Restaurant, Cuma setiap hari jumaat malam je tau.






Cantik jugak restoran Itali ni ek, simple cozy dan rasa selesa nak makan. Korang boleh pilih nak makan kat dalam ke kat luar ek. Memana pun boleh ye… 

Ermm buffet BBQ mesti korang tak berapa nak faham cam ne konsep buffet ni ek.







Memang betul kita boleh pilih je apa jua nak makan tapi in raw, so once kita dah pilih nak makan apa, kita bawak bahan mentah macam daging ke ayam ke sotong ke tempat BBQ nanti ada chef yang akan masakkan untuk korang.




Bukan setakat main course je ada chef masakkan even kalau korang nak makan spagethi or pasta pun ada jugak chef yang akan masakkan untuk korang on the spot. Pilih-pilih then chef masak, then makan sajor hehehehe 

Selain dari main course dan side dish, soup, pizza, salad even dessert pun ada jugak tau.













Sedapkan...

Ni dessert plak ek,









Ermm tergugat iman tak pada mereka yang nak kurus tuh ek hehehehhe

ok layan nyanyi-nyanyi dulu ek...

Kira sementara nak tunggu main course siap di grill bolehlah pekena appetizer yang simple-simple lagi berkhasiat ni kan.








Sebab apa hanya setiap jumaat malam je ek? 

Sebab hari jumaat kan penghabisan hari kita bekerja so seronoklah nak makan tanpa rushing nak balik gosok baju anaklah, teman anak buat keje sekolahlah, nak masak bagai kan. Just chillax makan-makan sekeluarga sambil borak-borak seronok apeee..


Harga Buffet BBQ Dinner ini adalah 

RM110nett untuk dewasa 

RM67nett untuk kanak-kanak 

Harga termasuklah 

• Includes a glass of House Wine or Mocktail 

• Additional Wine/Mocktail Carafes going for RM40nett per carafe (serves up to 4) 

Ok untuk korang yang teringin nak makan daging ala-ala BBQ grill ni boleh datang cuba ke Tuscany Italian Restaurant di JW Marriot ni ek

Putrajaya Marriott Hotel
IOI Resort City
Sepang Utara, 
62502 Malaysia

Phone: +60 3 89498888
Fax: +60 3 89498999
Sales: +60 3 89498888 ext. 1366

Nak ingatkan hanya setiap hari jumaat malam je tau, hari lain tak de. So buat booking siap-siap dulu ek. 

Alah sekali sekala makan daging banyak apa salahnya

2 comments :

Diana Rashid said...

hebat la chef dia..sebab pelanggan pilih je diaorang la guna kepakaran diaorang untuk masak..kan??

luqman zakaria said...

ya ampun..sedapnya..rasa nak makan semua yang ade..haha