Wednesday, July 13, 2016

Raya 2016 - Hari Mantai

Hi Korang,

Ermm raya tahun ni


Sesimple yang boleh je pun tak de nak beria sesangat lah sebab raya ketiga aku dah keje hauhauhauahuahaua.. nangis tepi bucu katil sebab Mr Big terpaksa keja so secara automatically aku pun kene balik so keja jelah.


Hari Mantai

Ermm orang sebelah Negeri Sembilan dan sempadan Melaka ni panggil hari pengabis ramadan tuh hari mantai, ntah kenapa don't ask me kang tak pasal-pasal aku kena bantai plak hahahaha. Biasalah lepas sahur tuh tak tidur pun terus siap-siap pi pasar. Walaupun daging dah tempah dalam 12kg termasuk dengan organ dalaman tapi bahan-bahan lain kena pi beli gak lah. 


So berduyun-duyun orang kat pasar Jasin tuh, shopping barang masak last minit. 

tak larat nak pegang letak tepi je sementara tunggu Mr Big datang jemput, siap beli dapur batu extra tau mak aku ni sebab yang lama dah pecah

ayam tua salai, masak lemak cili api sodap ooo

Padahal boleh je pi beli awal-awal tapi tak feel raya lah, nak gak rasa kekecohan kat pasar kan. Orang berteriak beli ayam, beratur beli santan, beli sayur secara bundle kan hahahaha

Sementara nak tunggu bank bukak sebab nak tukar kad atm mak aku, ktorang singgah Mydin plak. Tak pernah-pernah seumur hidup tolong bukakkan pintu Mydin ek, first customer tuh bukan nak beli apa pun saja singgah. End up ktorang pi beli lampu lip lap sebab nak gantung kat depan umah hahaha tak ke saje buang duit ek. 

Singgah bank dalam 40 minit lepas tuh balik umah, ek boleh ramai plak orang kat bank ni ek, nasib baik Mr Big ada so dialah yang siapkan segala mak neka form so mak aku just sign ek. Untunglah ada menantu keje bank kan, semuanya dia settlekan

Sampai rumah kul 1.00pm.

Wei dah tengahari tak masak lagi ermm memang haru oooo huahauhauahua



Di sebabkan manpower kurang tahun coz memasing adik beradik mak aku beraya di rumah memasing dulu so tukang masaknya tinggal aku dengan mak aku lah. Alhamdulillah sebab mak aku bahan-bahan mentah cam bawang, garlic, halia, kunyit, serai, semua dia dah siap blender so balik tuh campurkan apa patut dah tumis je. Mak aku memang cam ni perangai dia, prepared for everything, even cawan, pinggan mangkuk untuk tetamu datang pun dia dah siap basuh dan susun cantik-cantik. senang katanya tak yang nak cari-cari nanti. 

assistant aku petang tuh, hah sama gak tolong masak rendang

Memang betullah hari pengabisan ramadan memang merupakan puasa paling panjang sekali, yelah dengan penatnya duduk depan api, basuh daging, nampak Mr Big siapkan air batu bagai kan.. argghhh hausnya..

Abis je masak, terus terbaring kat pintu dapur ni gak sebab nak luruskan pinggang, ishk orang jarang buat keje berat cam ni so cepatlah penatkan. 


Lega siap masak sepenuhnya, tup-tup lepas maghrib tuh balik plak diorang ni reramai arr dapatlah rehat sekejap so diorang ni sambung buat keje.

Malam tuh tidur cepat akibat keletihan yang amat sesangat kan hahahaha diorang ni boleh pi layan EURO 2016 plak lagi tuh.. ishkk tak penat ke hah

Ini baru citer hari mantai belum citer first and second day raya lagi ek.. so tunggu tau...


5 comments :

Mommy Cici said...

first time dengar nama Hari Mantai ni. ;D

Faarihin Talip said...

Manpower kurang takper. Yang penting semangat raya tu sentiasa ada.

Singgah sini. Selamat Hari Raya Tuan Rumah dan famili. =)

Siti Rohaida Yusof said...

sungguhpun mil orang melaka,tapi xde pulak sambut mantai ni...nak jugak rasa macam mana kan...eh..jasin..dah dekat tu ngn merlimau...

hainom OKje said...

Betul betul....soping last minit baru dtg feel Raya kan CL...

Wah satu kuali merendang daging nampaknya tu. Dah siap senangkan CL boleh rehat pulak hihi

Anonymous said...

awak org mane yek...saya pn dok sempadan n9, melaka...nyalas