Thursday, December 1, 2011

Sila Bawa Recycle Bag Ketika Bershopping Di Penang

Hi Korang,

Rasanya dah seminggu lebih aku kat Penang ni. Walaupun busy dengan keje tak tentu hala but still aku sempat jugak merewang2 ke shopping complex yang ada kat Penang ni. 


So tadi sempat jugak lah aku singgah ke Queensbay Mall. Aku rasa mall yang terpanjang dalam Penang ini. Kira macam Mid Valley gitu lah. Yang best tu Queensbay Mall ni tepi laut tuh. Then ada tempat plak untuk orang lepak2 amik angin. Kira cam park gitu lah. Ada orang main lelayang, amik gambo, berendek, makan2 dan memacam lagi. Seronok gak aku tengok but malas nak jejalan kat park tu lah, may be next time.

So beterapi lah aku sambil cuci2 mata tengok barang2 yang ada kat dalam mall ni, alah tak beli pun window shopping je. Ada murah ada mahal, same je cam kat KL. Baik shopping kat KL kan, leh pau Mr Big kan.


Tup tup aku terpandang signage kat atas ni. Alah no plastik bag je. Biasalah tu, every sabtu je kan. Then aku tengok sekali. Rupanya everyday. So maknanya setiap hari tak de plastik bag. Uishkk hebat nie. KL pun belum start implement cam ni lagi ek. 

Ermm baru je plan nak beli baju sehelai dua kan. Bila dah nampak signage tuh, terus terbantut niat suci murni aku ni. Jawabnya lain kali lah aku menghabiskan duit kat mall ni ye. 


So pada korang2 yang bercuti ke Penang tuh, please aware pasal 'no plastic bag day' ni. Bukan kat jusco je  malah semua shopping complex, hypermarket, supermarket dalam Penang dah amalkan menda ni tau. Manalah tau nak shopping banyak kan, tup2 terlupa nak bawak recycle bag, hah masak ko nak menjinjing kiri kanan kan.

Ingat tu tau!



17 comments :

Anonymous said...

wah dah ada shoppng complex baru ye...kalau dulu dulu harapkan KOMTAR je

faizul said...

Walaupun sekadar satu hari saja, at least kita dah mulakan kempen yang bagus sebegini. Mungkin di masa akan datang kita boleh buat terus shopping tanpa beg plastik. :)

Unknown said...

Rasanya No Plastic Bag Everyday ni dah lama jugak kat Penang. I like. Tapi ye lah kat sini start slow2 dulu kot hehheh. I have one set of Envirosax bags, 3 pcs of RuMe bags..and ada la beg2 lain lagi..bila nampak corak cantik2 Envirosax rasa macam nak beli je..tapi defeats the purpose of 'reusable'! LOL :)

Ma'am IEDA said...

Dats y everytime balik Penang saya slalu stanby at least two shopping begs. Yang foldable yg bleh masuk dalam handbeg, and 1 lg yg jenis cam shopping beg tesco. The implementation is good, but still diorang dok tarah bukit nak buat kondo. 'Green' yang terbesar dah 'semakin hilang'... Sadis...

Mrs Z said...

A'ah..kat penang mmg hari2 no plastik bag... :)
jgn kata shopping cmplex, ada sesetengah kedai runcit pun xde plastik bag tau... berdasarkan pengalaman duk penang sblum ni.. sbb kedai runcit belakang rumah dulu support kempen ni..

a.h.a.t said...

kalau shopping bahagian pakaian xperlu risau.biasanya dorang bagi paper bag menggantikan plastic bag.cuma bahagian lain tula xde disediakan kena bawak sendiri.cuma berkongsi je :)

Unknown said...

tu la..umah syu kat penang..study kat KL..ble balik penang je klau kuar shopping msti kena bwk plastik bag..tp kdg2 lupa jgk..huhu..

Eliss said...

hari tu turun penang, x sempat pulak nak shopping.

hazman aka species1980 said...

whoaa.... dah lama gak diorang start tu...sejak AWAL TAHUN lagi....

Nia said...

perghh,..strict betul kat penang yek!

hen party said...

Sometimes I use those foldable "recyclable" bags sold by grocery stores/etc for 99 cents, but more often I carry around a bunch of plastic take-out bags from Fresh Choice Mexican restaurant stuffed into a cotton mesh bag (from Whole Foods).

Outdoor Furniture said...

It can be the great thinking regarding the environment neat and clean.it is very necessary to make the today's life.

Unknown said...

bojalan yo kojo kau

Myvitrd said...

Bawa beg guni cik lily..he2

Alyza Fisol said...

sye dh terkena dh aritu, beriya dah sopin2..skali kena bli plastic bag la...sbb diaorg implement bnda ni..

anyway, kalo kat kl buat camni pn ok gak kan...

aku ekynn said...

don worik! aku sentiasa ready tepi beg

Unknown said...

wah kalau camtu kenalah siapkan beg shopping bila gi ke sana nanti..tapi entah bilalah nak sampai lagi kannn