MY HISTORIC MOMENTS

Thursday, June 15, 2017

Resepi Rendang Tok Perak Disediakan Dengan Philips All--In-One Pressure Cooker

Hi Korang,


Tau tak memang bercinta nak masak rendang, lebih-lebih lagi masa bulan puasa ni yelah mencabar minda dan badan jugak. Mana taknya, kena duduk depan kuali tuh mengacau je rendang sampai masak. Normally bila masak rendang cara konvesional ni at least 8 jam baru rendang siap tau. 

Lama kan!!


Itulah aku kalau masak sengsorang memang tak sanggup unleast kalau masak kat rumah makan aku then barulah aku masak sebab boleh gilir-gilir dengan mak aku mengacau rending tuh hehehehhe tak guna punye anak ek hahahaha..

Tapi raya kali ni, aku akan masak Rendang ye sengsorang huahauahuaha sebab sekarang ni aku dah ada alat canggih yang membantu aku iaitu Philips All-In-One Pressure Cooker memang semuanya mudah dan pantas disediakan.

Mesti korang sibuk nak tau kan cam ne caranya masak rendang tak sampai 1 jam dah siap ? ye aku akan kongsi dengan korang lah ni cara-cara menggunakan Philips All-In-One Pressure Cooker ni.


Bahan-bahan untuk memasak Rendang Tok Perak:-

Bahan Perapan: 

2 tsp ground cinnamon 
1 tsp ground black peppercorns 
1 tsp corriander 
1/2 tsp ground fennel 
1/2 tsp ground cumin 

Bahan Untuk Dikisar:

2 red large onions 
3 garlic 
1 inch ginger, remove skin 
3 fresh turmeric root, remove skin 
2 inches galangal 
4 lemongrass 

Bahan-bahan lain:

1 kg beef, cut into 1 1/2 inch cubes 
1/4 cup of oil 
2 star anise 
5 cloves 
5 cardamoms 
1 tbsp chili paste 
2 tsp tamarind paste paste diluted with 1/2 a cup of water 
2 tsp salt 
3 tbsp palm sugar, grated 
2 cups of thick coconut milk 
2 tbsp kerisik 
3 pices of kaffir lime leaves, bruised 
1 turmeric leaf, sliced finely 

Kaedah Penyediaan:-

Perapkan daging dengan bahan perapan.


Biarkan daging yang telah diperap selama 20 minit.

Buka penutup Philips All-In-One Pressure Cooker dan tekan butang 'SAUTE/SEAR HIGH TEMPERATURE' dan tekan butang 'START'.

Masukkan minyak apabila periuk dah panas.

Seterusnya masukkan star anise, cardamon dan cloves

Seterusnya masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau wangi dan bawang menjadi kekuningan perang.

Kemudian masukkan pes cili. *Kepedasan ikut suka, macam aku hari tuh aku masukkan semua sekali sebab tak baca arahan hehehehe

Masukkan daging yang telah diperap.


Kacau rata sehingga sebati dengan bahan ~ lebih kurang 20 saat.

Masukkan garam secukup rasa.

Seterusnya masukkan daun limau.

Untuk rasa lebih seimbang masukkan gula melaka yang telah dihancurkan.

Masukkan asam jawa

Campurkan kerisik didalamnya.

Akhirnya masukkan santan pekat (dalam 2 cawan)


Sebab saya nak masak pantas. Jadi saya telah memilih butang 'PRESSURE COOKER' dan pilih 'MEAT/POULTRY'. Set asa untuk tempoh 30 minit, tekan butang 'START'.

Bila 'KEEP WARM' sudah menyala di bahagian panel, ianya menunjukkan daging rendang sudah masak dan lembut sepenuhnya. Lepaskan tekanan dengan memusing kunci di atas tudung periuk ke arah 'VENT'.


Buka tudung periuk, gaul rata.

Campurkan kerisik didalamnya.

Tekan di butang menu 'SAUTE/SEAT HIGH TEMP' dan tekan 'START' kacau sehingga rendang menjadi kering.


Rendang kita akan kelihatan seperti pecah minyak.

Taburkan dengan daun kunyit yang telah dihiris halus.tapi aku dah termasuk awal plak so tak perlah.


Di sebabkan aku masak Rendang Tok Perak tak plan so tak delah hidangan sampingan macam nasi impit atau pun pulut kuning. So aku makan dengan nasi jelah sudah hehehhe


Philips All-In-One Pressure Cooker ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak hidangan yang memerlukan tekanan tinggi seperti daging, boleh juga masak menu seperti bakar kek, buat stew, dodol, dan banyak lagi. 

Kiranya memang membantu kita lah para surirumah kalau nak masak menu yang makan masa kan, dapat jimat banyak masa dengan buat kerja-kerja rumah yang lainnya

Harga Philips All-In-One Pressure Cooker yang ditawarkan di pasaran adalah RM799 dan anda boleh mendapatkannya di pasaraya besar yang terdekat. 




Dari

Cik Lily Putih
www.ciklilyputih.com

No comments :