Thursday, June 22, 2017

Lepak di SANGKAYA Sunway Piramid Lepas Buka Puasa

Hi Korang,


Lepas buka puasa hari tuh, tekak rasa cam teringin sangat nak makan manis-manis. Of courselah kalau dapat pekena ais krim memang terbaik plak kan. Kebetulan pulak hari tuh memang feel nak berjalan lepas buka so apa lagi start enjin kereta terus shot ke Sunway Piramid.


Dah sampai terus teringat ada outlet Sangkaya kat sini, tanya reception depan pintu yang ada singa kembang tuh then dia cakap turun ground floor bawah lift je outletnya. Oh pusing je belakang then terus nampak hehehehe

Sebab tak tau nak order apa, so aku ikut suggestion staff kat situ, bukan apa semua nampak sedap walaupun baru je berbuka puasa tadi kan hehehhehe

Kitaorang cuba


Bandung Bliss

Ais krim kelapa perisa bandung sebenarnya,memang rasa bandung sebijik. Hajat hati nak ambil 4 scoop ermm tak larat sebab nak cuba perisa lain pulak. 

Kalau beli 4 scoop Ais Krim Rose Bandung ni, ianya akan di hidangkan didalam tempurung kelapa yang comel pada harga RM12.20. Promosi Blissful Riang Raya ni akan berakhir sehingga 31hb Julai 2017. Hah baik lekas korang pi cuba ek.

Lagi satu aku nak citer kat korang ni, kitaorang cuba gak

Ais Krim Gula Melaka

Ya ampun, korang tau kan rasa gula Melaka tuh cam ne? hah sebijik cam tuh gak rasanya bila korang beli ais krim Gula Melaka di Sangkaya ni. Rasanya cam manis-manis buah gituh walaupun ianya Gula Melaka hehehhe…

Ok kita tambah order lagi tau.

Kitaorang cuba


Malaysian Toast

Hidangan ni merupakan hidangan roti bakar berinti kan butter dan ais krim kaya. Cuba bagi aku biar ais krim kaya tuh banyak sket so baru boleh balance dengan rasa butter tuh sekali. Takdelah mahal mana pun Cuma RM6.90 je


Ais Krim Campur

Sama macam ais batu campur yang kita duk minum kat gerai tepi jalan tuh tapi, aisnya di gantikan dengan ais krim hehehehhe wah lagi marbeles. Kalau makan time cuaca panas mau 2-3 cawan boleh habis ek

sedap oooo ais krim bandung ni

licin semuanye

coconut shake pun sempat dicuba gak hehehee


Apmacam?

Cuci mata korang tak hari ni bila tengok gambar-gambar aku ni, hehehehhee. So apa lagi lepas buka kang terus pi terjah Sangkaya ek.


Ada banyak outlet di sekitar Lembah Klang ni, korang boleh check it out di social media Sangkaya ni tau, jangan lupa...

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

Twitter : 

Hashtag : #nutsaboutcoconuts




Dari 

Cik Lily Putih

3 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

cuci sangat ni matanya..kat jb ni ada tak outlet dia eh..nak cuba gak

Azian Elias said...

siang2 hari akak tengok ni, meliur lah pulak.

mama tisya said...

lama xmkn sangkaya..wah mcm2 skarang siap ada kapit roti ek