Wednesday, June 14, 2017

Buka Puasa Bersama Guardian Malaysia, Dettol Dan Penghuni Cilik 2 Rumah Kebajikan.

Hi Korang, 


Citer pasal buka puasa lagi. 

Kali ni aku dapat berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves. Selangor, dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur atas jemputan Guardian Malaysia dan Dettol.


Majlis di adakan di pusat latihan Guardian, Bandar Kinrara, nasib baik dekat dengan office so tak delah tergopoh gapah nak pi kan, abis kerja terus je kesana. 

Atas semangat prihatin dan saling memberi di bulan Ramadan, Guardian Malaysia telah melancarkan sebuah kempen amal untuk mengumpul dana untuk dua buah rumah kebajikan kanak-kanak. 

Melalui kempen tersebut. satu usaha sama dengan Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd, Guardian Malaysia akan mendermakan RM1 untuk setiap jualan bernilai RM30 produk Dettol di mana-mana cawangannya kepada dua buah rumah kebajikan - Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves. Selangor, dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.


"Dengan sokongan pelanggan, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM20,000 daripada Kempen Beli & Derma ini, agar setiap rumah dapat menerima RM10,000, yang mana dana tersebut boleh digunakan untuk persediaan Aidilfitri atau membayar yuran sekolah dan keperluan-keperluan lain," kata Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia. 

Berucap di majlis iftar istimewa bersama-sama 100 kanak-kanak dan penjaga­ penjaga mereka, Christina berkata: "Ramadan adalah bulan yang mulia dimana umat Islam dilatih untuk bersabar dan bertolak-ansur melalui ibadah puasa. Ia juga adalah masa untuk bermaafan, dan melakukan amal kebajikan dan membantu golongan yang memerlukan adalah amat digalakkan." 

"Atas semangat Ramadan, rakan-rakan kami di Guardian Malaysia amat berbesar hati apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Reckitt Benckiser untuk mengumpul dana untuk dua rumah kebajikan yang menjaga hampir 100 kanak-kanak." 

"Kepada pelanggan Muslim kami, kempen amal ini membolehkan mereka berkongsi dan memberi kepada mereka yang memerlukan ketika membeli­ belah barangan keperluan perayaan dan keperluan harian, seperti produk penjagaan kebersihan," tambah beliau. 

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser, Malaysia dan Singapura, Ms Tiffany Tang berucap di majlis yang sama berkata: "Melalui kerjasama ini, kami dapat mendekati berjuta pelanggan Guardian yang membeli-belah di cawangan Guardian di seluruh negara, mahupun secara dalam talian. Kami juga bersetuju dengan Christina di mana ramai pelanggan bakal mengalu-alukan peluang untuk beramal ketika membeli-belah untuk persiapan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi."






Selain daripada mengumpul dana, Guardian Malaysia turut membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah dimana setiap seorang telah diberikan RM100 untuk berbelanja, manakala Dettol mengadakan satu sesi interaktif tentang penjagaan kebersihan diri.

Untuk melengkapkan 'outing' mereka, kedua-dua rakan kongsi itu telah mengadakan iftar istimewa di pusat latihan Guardian di Bandar Kinrara.

"Kempen Beli dan Derma" berlangsung sepanjang bulan Jun di cawangan­ cawangan Guardian di seluruh negara. Di akhir majlis tersebut, setiap kanak-kanak turut membawa pulang satu beg barangan Dettol bernilai RM50.


Simple je kitaorang berbuka kan, makan makanan sunnah. Heheeh bukan ini je ada lah menu lain lah tapi yang penting simple but marbeles...



Dari 

Cik Lily Putih


2 comments :

dya bunga said...

ingtkan buka yg tu je..hehe

Ainim Suju said...

Semoga beroleh keberkatan dan pahala ya