Friday, June 2, 2017

Rangkaian Krim Mandian Antibakteria AIKEN, Harum Baunya

Hi Korang,

Rasai dwi pengalaman sensasi mandian yang membersih serta berbau harum selepas setiap mandian.

Penjagaan badan yang baik melibatkan rutin mandian yang kerap dimana penggunaan mandian antibakteria memastikan anda dilindungi daripada kuman yang tidak dapat dilihat sepanjang siang dan malam. Kini anda tidak perlu lagi “berbau ubat” untuk tampil bersih dan bebas kuman.


AIKEN adalah produk penjagaan diri antibakteria yang telah dipercayai berkesan selama tiga dekad yang lalu dan telah melancarkan Rangkaian Produk Mandian Antibakteria pada tahun 2013. Sejak pengenalan itu, AIKEN memberikan pengalaman mandian antibakteria yang selesa dan menenangkan, dipadankan dengan haruman yang memberi rasa kesegaran untuk seluruh ahli keluarga. Rangkaian Mandian AIKEN membasmi 99.9% kuman berbahaya untuk perlindungan 24 jam dalam setiap mandian dan sesuai untuk kegunaan sesisi keluarga.

Empat (4) variasi Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN diperkenalkan: Pertama seumpanya untuk mandian antibakteria. Ia kaya dengan gabungan bahan – bahan semula jadi bagi melembap kulit dan menyegarkan serta menjadikannya selamat bagi kegunaan harian. Ternyata para ibu lebih mengetahui pilihan semula jadi yang terbaik untuk seisi keluarga!

Rasai pengalaman keajaiban oriental Yuzu & Mint, Bamboo Charcoal yang menulen, pelembapan kulit dengan Avocado & Argan Oil serta mencerahkan tona kulit dengan Sakura Leaf & Licorice Root.



Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise

Diperkaya dengan ramuan semula jadi Limau Yuzu dan Daun Pudina (Mint), Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise membantu memulihkan dan memberi tenaga serta mencerahkan kulit dengan manfaat Vitamin C dari sitrus Limau Jepun Yuzu. Menurut tradisi terdahulu, amalan turun temurun menggosok hirisan Limau Yuzu pada kulit mampu mencerahkan kulit. Seiring dengan ramuan Daun Pudina (Mint) yang mendinginkan, Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise adalah pilihan tepat untuk kegunaan harian selepas seharian di bawah pancaran matahari.. 


Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Purify

Diperkaya dengan arang buluh (Bamboo Charcoal) semula jadi yang membantu membersihkan kulit jauh ke dalam dengan menyerap kekotoran dan meninggalkan kulit lebih bersih dan segar. Arang Buluh (Bamboo Charcoal) telah terkenal dengan kebolehannya menyingkirkan bahan toksin jauh ke dalam kulit daripada kekotoran, toksin dan radikal bebas. Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Purify menyerap kekotoran sedalamnya bagi memberikan kesegaran sepanjang hari. 


Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Moisturize

Diperkaya dengan dua ramuan terbaik pelembap semula jadi: Avokado dan Minyak Argan merupakan kombinasi terbaik bagi mengembalikan kehilangan lembapan dari kulit. Buah Avokado dikenali sebagai ramuan yang memiliki kandungan lemak sihat yang tinggi dalam pulpa yang dipadankan rapat dengan minyak semula jadi dalam kulit. Minyak Argan pula kaya dengan vitamin E yang bertindak sebagai agen penyerap untuk memberi rangsangan kulit secara semula jadi. Oleh itu, kombinasi kedua bahan semula jadi ini merupakan ultra- pelembap bagi memberikan sentuhan bak baldu pada kulit tanpa kesan berminyak .


Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Brightening

Gabungan Daun Sakura dan Pokok Akar Manis (Liquorice Root) mencerahkan secara semula jadi tanpa menghakis kulit. Ekstrak Daun Sakura mengandungi asid caffeic dan antioksidan yang mengukuhkan keupayaan badan untuk menghindari kerosakan oksidatif pada kulit. Gabungan ini diperkukuhkan lagi dengan Pokok Akar Manis (Liquorice Root) untuk membantu mencegah hyperpigmentasi. Anda dapat merasakan kesan spa yang membantu mencerahkan kulit daripada Daun Sakura dan Pokok Akar Manis (Liquorice Root).

Yang klasik tidak akan ditinggal zaman. AIKEN masih menyediakan Rangkaian Mandian Antibakteria yang memberi perlindungan seharian kepada anda :

Krim Mandian Antibakteria AIKEN Extra Protection: Buih – buih berkrim yang diperkaya dengan ekstrak antibakteria semula jadi seperti Rosemary, Bergamot dan Ginseng, memberi perlindungan sepenuhnya daripada sebum berlebihan dan kekotoran.

Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Care: Diperkaya dengan Minyak Pokok Teh dan Taim (Thyme), ia mencegah pembentukan bakteria penyebab jerawat serta meninggalkan kulit dengan haruman menyenangkan.

Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Revitalise: Produk ini mengandungi Lemon Mirtel, Pokok Kayu Putih (Eucalyptus) dan Pudina (Peppermint). Kombinasi tiga bahan ini mampu membersih kulit jauh ke dalam daripada sebum berlebihan dan kekotoran; dan membantu menghapuskan bau badan yang kurang menyenangkan.

Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Nourish: Ia sesuai bagi yang mahu mengekalkan kelincinan, kelembutan dan kecantikan kulit dengan krim mandian yang diformulasikan bebas sabun dengan pH seimbang bersama buah Pohon Ros (Rosehip) dan Kenanga (Ylang Ylang).

Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN boleh didapati dalam dua (2) saiz, pam botol bersaiz 900gm dijual pada harga RM 18.20 setiap satu manakala pek botol isian semula 850gm dijual pada harga RM 12.30 setiap satu.

Rangkaian produk BAHARU dan boleh didapati dalam pam botol 900gm (RM18.20 setiap satu

Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise

Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Purify

Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Nourishing

Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Brightening

Boleh didapati dalam (2) saiz (900gm and 850gm beserta pek isian semula) – RM18.20 dan RM12.30 setiap satu

Krim Mandian Antibakteria AIKEN - Crème Extra Protection

Krim Mandian Antibakteria AIKEN - Gel Protect & Care

Krim Mandian Antibakteria AIKEN - Crème Protect & Revitalise

Krim Mandian Antibakteria AIKEN - Crème Protect & Nourish

Rangkaian Krim Mandian AIKEN boleh didapati di semua cawangan peruncit utama, pasaraya besar dan farmasi utama.

Aku guna : Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Brightening sedapnya bau, memang melekat lama kat badan. Kulit pun tak delah rasa mengering sangat.


2 comments :

atiehilmi.com said...

anak2 ni kulit dorang sensitif tau.. hanya boleh pakai talkum aiken jek.. lenlain tak bleh.. hee~ tapi nanti boleh try mandian plak..

Unknown said...

hai sis...kalau untuk anak2 yg umur 2 thn aiken mna 1 ye sesuai tuk mandian tu 😂