MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, June 13, 2017

Buka Puasa Bersama Shopee Dalam Kempen Cahaya Raya

Hi Korang, 


Bulan puasa ni memang asyik dalam jemputan buka puasa jelah daripada client. Salah satunya adalah Shopee portal shopping online yang terkemuka di Malaysia ni.


Kitaorang berbuka puasa di TPC, KL je.

comey dak Hajah Lily

dengan ketua wanita umno cawangan Shah Alam, ayu Rafikah

Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan berjaya melangkaui kutipan anggaran tahunan Nilai Dagangan Kasar (GMV) berjumlah lebih USD3 bilion di rantau ini dalam tempoh separuh tahun pertama 2017. Terbaharu, Shopee Malaysia telah mencatatkan lebih 3 juta muat turun, menjadikan Shopee salah satu platform e-dagang terpesat perkembangannya.


"Shopee amat komited untuk membantu usahawan tempatan berjaya dalam bidang m-dagang tanpa sebarang kos. Komitmen ini terbukti dengan rekod anggaran tahunan GMV melebihi USD3 bilion di rantau ini. Dalam perkembangan tempatan pula, Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee telah menunjukkan prestasi di luar jangkaan. Usahawan kami berjaya mengutip jualan memberangsangkan apabila semakin ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian dalam talian," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pertumbuhan pesat Shopee turut disumbang oleh usaha sama erat dengan pelbagai jenama terkemuka seperti Nestle, Unilever, L'Oreal, Oppo dan Huawei. Walaupun Shopee merupakan pemain industri termuda dalam industri e-dagang, Shopee telah merekodkan lebih 100 juta senarai produk di rantau ini. Di Malaysia, Shopee telah berkembang sebagai sebuah organisasi kukuh yang mempunyai lebih 200 orang kakitangan. 

"Lanjutan daripada Kempen Cahaya Raya bersama Shopee, kami berbangga mengumumkan bahawa selebriti Anzalna Nasir dan Mira Filzah telah memilih Shopee sebagai rakan e-dagang bagi melancarkan koleksi Raya eksklusif mereka," tambah Ho. 

Ok jom aku tunjuk apa yang menjadi santapan kitaorang para media berbuka puasa pada hari tuh ek.




kemain memasing ek

dengan ex-manager yang jaga account aku masa kat Nuffnang dulu, Yuen Yee

Hah makan dululah baru event lelain start ek hehehhehe


Anzalna Nasir dan Mira Filzah Melancarkan Koleksi Raya Eksklusif di Platform Shopee 




Anzalna Nasir, Duta Produk Koleksi Raya 2017 YouMe&Hunny telah melancarkan Kedai Rasminya dengan membariskan 12 rekaan istimewa yang menggabungkan elemen feminin dan berani. "Pada masa kini, elemen e-dagang adalah penting bagi mana-mana jenama fesyen. Saya teruja untuk menampilkan Koleksi Raya 2017 YouMe&Hunny di platform Shopee yang membolehkan saya memasarkan koleksi ini kepada lebih 3 juta pengguna. Shopee juga tidak mengenakan sebarang caj komisyen, oleh itu, saya boleh memberikan nilai penjimatan terbaik untuk peminat saya," kata Anzalna. 



Pelakon Mira Filzah yang juga merupakan usahawan berjaya di sebalik jenama popular MF Shawls turut gembira untuk melancarkan Koleksi Raya yang amat dinanti-nantikan di platform Shopee. "Sewaktu saya merancang untuk melancarkan koleksi Raya ini, saya ingin bekerjasama dengan platform e-dagang yang boleh memberikan nilai tambah kepada peminat saya. Dengan Shopee, peminat MF Shawls boleh menikmati tawaran penghantaran percuma seluruh negara untuk produk yang dibeli dari Kedai Rasmi saya. Tambahan pula, saya suka pendekatan Shopee dalam mengembangkan jenama Muslimah merentas rantau ini dan saya teruja dapat menyertai inisiatif ini," kata Mira. 

lkuti Kedai Rasmi Anzalna Nasir dan Mira Filzah di aplikasi Shopee atau layari www.shopee.eom.my/anzalnanasir/ dan www.shopee.eom.my/mirafilzahofficial.

Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee akan diteruskan hingga 30 Jun 2017. Selain daripada pelbagai potongan harga dan promosi bersempena Hari Raya, pelanggan juga boleh menikmati Jaminan Harga Terendah Shopee dan penghantaran percuma untuk aneka jenis produk. Untuk maklumat lanjut, layari cahayaraya.shopee.com.my.

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkaitan Shopee atau untuk memulakan pengalaman atas talian anda, layari www.shopee.com.my

Dari 

Cik Lily Putih

No comments :