Friday, June 2, 2017

Butik Elrah Exclusive dan Rania Couture di The Curve, Cantik Baju Raya Kat Sini

Hi Korang,


Ahad lepas tak de apa nak buat so kitaorang plan jalan-jalan sambil buka kat luar. Tak tau mana arah nak tuju so jom The Curve, kan kat situ kedai makan banyak. Bolehlah cuci mata sket. 


Rupanya kat Centre Court The Curve ni ada booth-booth yang menjual baju raya, wah ini betul-betul cuci mata ni kalau tak kena gaya cuci poket terus hehehee


Kitaorang singgah di Butik Elrah Exclusive dan Rania Couture sebelah hujung ni. Lah bebudak blogger lain pun ada sekali rupanya ermm ni mesti kes bosan duk rumah kan tu yang berjalan sampai ke sini hehehhe. Bila dah ada geng tuh lagilah seronok shopping.

ini koleksi FattahAmin, nanti ada lagi koleksi bersama artis lain jugak tau

Bagi korang yang tak tau, ELRAH EXCLUSIVE satu jenama pakaian yang tidak asing lagi buat peminat-peminat baju melayu, jubah, kurung moden dan kurta bercitarasa tinggi. Dengan adanya kolabrasi bersama artis-artis terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang dan ramai lagi menjadikan jenama ini satu fenomena yang cukup luar biasa. Kira macam baju jenama artis gituh lah korang pakai kan.

Aku sempat ambil beberapa gambar jenis-jenis kurta yang ada di sini. 






Bagi aku rekaan kurta ni simple tapi nampak esklusif dan nampak sado gituh, fabriknya lembut dan selesa di pandai, di datangkan dalam pelbagai warna dan saiz so tak perlu bimbang takut pilihan hati korang tak de ek 


Kemain lagi trademarknya kan, so orang pun boleh kenal yang mana satuh keluaran Elrah Exclusive ni ek

Ini adalah antara contoh rekaan-rekaan lain dari Elrah Exclusive. Begitu banyak pilihan rekaan dan warna. Untuk kurta serta jubah samada berkolar ataupun tidak dan sebagainya.

Wei khai, sado tak baju kuning ni? ermm sado sado bang

cam ne plak nak bukak butang ni ek

ok pilih-pilih siapa paling sado dan macho ni ek

Itu baru baju untuk kaum adam, untuk kaum hawa pulak cam ne?

Eh ada jugaklah di Butik Elrah Exclusive dan Rania Couture ni.So dont worrylah adanya.

Ini merupakan koleksi Abaya dari Rania Couture yang aku di beritahu untuk setiap rekaan abaya yang dijual hanya didatangkan lebih kurang 2 helai sahaja, kira memang betul-betul esklusif lah kan

simple je tak esklusif designnya, emas tuh

ermm lagi meriah corak emasnya

Ini adalah di antara rekaan abaya yang dijual disini dari jenis bersulam di bahagian depan dan lengan. Sememangnya abaya akan didatangkan dengan warna hitam (ada juga warna lain namun ianya tetap menjadikan hitam antara warna asas) dan yang menjadi kelainannya ialah rekaan, potongan dan juga hiasan pada abaya itu sendiri.


Juraian bunga dengan jahitan benang emas bersama hiasan batu-batu manik. Esklusifnya batu yang digunakan berwarna hitam. Pemakai abaya ini ternyata akan tampil lebih elegan dan sofistikated.




Aku sempat cuba Abaya maroon ni, senang nak pakai sebab butang di depan. Sekali pandang macam ala-ala cardigan labuh gituh. Simple je rekaannya, haruslah aku sambar sebelum orang lain hehehe

Setiap pembelian abaya akan didatangkan juga dengan shawl yang sememangnya telah dipadankan bersama dari segi fabrik dan rekaan. Jika korang ingin kelainan dari segi pemilihan warna abaya yang kebanyakan hitam. 

kemain lagi model-model abaya Rania Couture ni ek hehehe

Biarpun hanya jual di booth, namun kitaorang tetap boleh memilih selesa dan mencuba menggayakannya. Ini adalah antara rekaan yang terdapat di booth Rania Couture. Memang berbaloi untuk mereka yang mencari abaya di sini kerana terdapat begitu banyak pilihan rekaan dan dijual pada harga yang berpatutan.

Dan korang jangan lupa tau singgah di booth Elrah Exclusif dan Rania Couture Concourse Main Area The Curve Damansara. Datang dan jumpa sendiri pemilik booth yang sangat peramah iaitu Cik Putri dan geng-geng Elrah seperti Jai, Shah dan Dira. Begitu juga dengan Encik Halim Cellicious dan Cik Myra Lodin wakil dari Rania Couture. Pembukaan booth di sini sehingga 3 Syawal 2017 tau!


Ada tawaran menarik bagi mereka yang membeli pada hari Jumaat (penghulu segala hari) jam 1 sehingga 3 tengahari, pembelian baju Elrah Exclusive akan menerima rebat potongan sebanyak RM10 untuk setiap resit. Manakala potongan sebanyak RM30 untuk setiap resit bagi mereka yang membeli abaya dari Rania Couture.

Bagi pelajar dan mereka yang berkhidmat di sektor awam (goverment servant) boleh mendapatkan potongan sebanyak 10%, tetapi perlulah menunjukkan ID dan mengisi borang khas yang disediakan. Tawaran ini SAH hanya di booth The Curve Damansara.

Untuk pembelian 3 pasang, akan diberikan RM20 voucher secara PERCUMA dan hanya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya di booth Elrah Exclusive dan Rania Couture The Curve sehingga 3 Syawal 2017.


Oh ya! Bagi pelajar yang ingin menyertai Program "Jom Elrah" bolehla email kepada jomelrah2017@gmail.com untuk mendapat keterangan lanjut. Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi juga Encik K di talian 013-5040728.

Sebelum aku terlupa, untuk tahun ini ada perkhidmatan COD tanpa caj penghantaran buat pembeli yang tak sempat ke booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. Korang boleh membuat pesanan pembelian dengan menghubungi nombor talian seperti di atas iaitu 013-5040728. Tetapi tawaran ini hanyalah untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja iaitu Damansara, bangsar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.

Untuk lebih info boleh layari IG : @elrahdamansara

6 comments :

Ana Suhana said...

Jubah elrah memang best dan sedap di pakai. Last year geng lelaki pakai sedondon elrah punya baju.

ietams said...

meletop kebabom la cikLilY raya ni

mamapp said...

Wow dah shopping raya. Serious Kurta Tu mmg cantik la. Avatar pun cantik juga

Hasliynda Umairah said...

mesti ancem mcm fattah nie..
kalau pakai hihi

Rabiahtul Adawiyah said...

Cantik2 jubah

Ainniah Zulkefli said...

lawa. design simple tapi nampak kemas & teliti. 😍😍😍