Thursday, June 15, 2017

Masalah Mengenai Kereta Dan Motor Dengan JPJ

Hi Korang,


Aku ada banyak sungguh soalan-soalan berkaitan dengan JPJ dalam entry Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan –step by step tuh


So aku kongsikan beberapa soalan bersama jawapannya sekali untuk panduan korang mengenai permasalahan JPJ ni ek.


1. Macam mana nak tukar nama geran kalau tiada lesen motor
Jawapan : yang penting lesen motor tuh, mesti kena buat kalau nak tukar geran ye

2. Assalamualaikum..nak tanya pasal classic car/kereta 25 tahun ke atas, ada ke diskaun roadtax? 
Jawapan : Walaikumsalam. road tax tetap sama ikut CC kereta tersebut tak kira baru ataupun classic. Kalau CC rendah so sket je bayaran roadtaxnya.

3. Saya pun nak tanya,cam ne nak tukar nama kereta,sekiranya owner asal tak boleh nk contact? geran keretanya dah ada tapi owner asal tidak dapat dikesan? 
Jawapan : boleh refer kat JPJ tapi rasanya kena cari jugak owner lama tuh. Takut jadi apa-apa kan

4. Nak tumpang tanya motorsikal dah mati roadtax 6 bulan boleh ke tukar nama pada pemilik baru. 
Jawapan : hidupkan roadtax dan insurance dulu then baru boleh tukar nama kepada pemilik yang baru. Bawa geran motor ke JPJ untuk diaorang check nombor chasis dan nombor enjin semua. 

5. Kalau owner di luar negara, kena dapatkan surat pengesahan kan? Ada format tak untuk surat pengesahan tu 
Jawapan : boleh email kepada owner lama untuk buat surat pengesahan, format simple je yang penting ada nama pemilik lama, no kenderaan, NRIC

6. Saya nak tukar nma tapi dah lost contact dengan owner lama tapi detail owner ic copy semua saya ada. Macam mane erk? 
Jawapan : kene pi ke JPJ dulu untuk dapatkan pengesahan takut nanti awak di tuduh mengambil data pemilik lama tanpa kebenaran


Ok kalau korang pun ada permasalahan mengenai JPJ dan masalah kereta, insyallah aku boleh tolong carikan maklumat. Actually memang kena banyak membaca tapi kekadang terms-terms yang di perkatakan tuh kita tak berapa paham kan. 



Dari 

Cik Lily Putih


1 comment :

el said...

wow good info CL