Thursday, August 6, 2015

Sayangi Kereta Anda | Bila Minyak Kereta Habis

Hi Korang,

Lama tak citer pasal segmen sayangi kereta anda ni ek. 

Ok ok aku sambung lagi lah..

Ermm satu tajuk yang aku rasa semua orang especially tuan punya kereta biasa alami termasuk jugak aku.

Kebiasaannya orang perempuan selalu ada perangai cam ni, biar je signal minyak kereta tu berkelip sampai umah then suruh suami tercinta bawak pi petrol station dan isi sebab nak jimat duit sendiri dan tanggungjawab laki korang kan! Betul kan, hahh betul la tuh…

Cuba bayangkan kalau tak sempat sampai umah, tengah-tengah jalan signal minyak berkelip non-stop apa perasan korang? Of courselah panic yang amat kan. Dalam hati berfikir sempat ke tidak sampai ke petrol pump yang ade berdekatan ni.


Normally kalau lampu minyak dah menyala panjang atau berkelip-kelip, at least kat dalam reserve tank tu ada sekitar 5 hingga 10 liter dan bergantung pada jenis kereta. Kalau korang kalau tinggal 10 liter boleh lah jalan dalam 90-100km. So kalau korang isi minyak RM10 memang tak nampaklah meter minyak tu naik sebab minyak masuk kat reserve tank dulu.

Kalau boleh, cepat cepat cari gas station...banyak implication sebenarnya dengan membiarkan tangki mikyak kereta kosong kan. Aku ada beberapa orang kawan yang perangai sanggup kereta takde minyak and kering sampai kena tow just because couldn't find the so-called favorite gas station dan akhirnya korang kena bayar lebih lagi kan

Kalau korang betul-betul belek car manual korang which korang tak kan baca pun kan, ada section pasal minyak ni. Selalunya ada section warning kalau korang biarkan tangki minyak kering. Kerata tow pun satu hal..actually tak digalakkan dah naik lampu baru nak isi minyak..seelok2nya tinggal satu takuk patut2 boleh isi dah..pasal membiarkan sampai minyak nak habis baru isi boleh mengakibatkan keroskan 'fuel pump' untuk satu jangkamasa tertentu, harga fuel pump pon bleh tahan jugak. Di mana fuel pump terpaksa kerja lebih kuat untuk pam minyak dan kemungkinan kotoran di dasar minyak pon ikut sekali, so boleh jugak membuat fuel filter kita kotor lagi cepat dan menambahkan lagi masalah car jerking dan misfire, minyak tak cukup sampai atau fuel pump kong langsung keta tak leh start

Ok dah faham kan..

ok pi keje dulu ek

So tak yah nak tunggu sampai berkelip baru sibuk nak cari fuel station ek tak mati der kereta korang kalau guna stesyen minyak bukan favourite korang kan hahahahha


7 comments :

tiga lalat said...

wak kadang2 pilih gak stesen minyak yang ada contest montest gituuu., hehe2

Bitt (double IS) said...

ok baik cik lily!

Diana Rashid said...

OOOoo...saya yang tak tau apa2 pasal kereta ni dapat la jugak sikit ilmu...terima kasih..

Rizziela said...

betul..ramai yg kata mcm tu..

Lepas ni nak insaf... hihiih

Uncle Zuan said...

alhamdulillah, belum pernah ada masalah macam ni. mungkin sebab naik keretapi kot hehehehe

alia farhan Said said...

Gud tips cik lily...

Jemput jengah blog picisan saya

http://aliafarhansaid.blogspot.com

Noor Azriena said...

Tq for the tips..tp skarang tersadai tepi jln gara2 malas berhenti isi minyak...padan muka!!!