Monday, August 17, 2015

Food Art Workshop Dengan DUMEX Dugro Di Young Chef Academy

Hi Korang,


Rezeki aku kot dapat belajar ‘food art’ di Young Chef Academy di Desa Sri Hartamas ni. Actually workshop ni untuk kanak-kanak tapi cam biasa aku dapat jemputan dari DUMEX Dugro so haruslah tak lepaskan peluang.


Workshop ni sebenarnya di adakan untuk mengembangkan lagi kemahiran anak-anak kita dalam seni kulinari. Dia kira macam buat bento gituh. 



Keperluan nutrisi optimum sangat diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak. Atas kesedaran itu, Dumex Dugro telah melancarkan Kempen "Lebih Lagi Nutrisi Dugro" yang bertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu dan anak-anak mereka berkreativiti dalam menyediakan hidangan yang berkhasiat. Dan ini sekaligus dapat memupuk tabiat pemakanan yang sihat juga!




Of courselah mesti ada chef yang mengajar ktorang iaitu Chef Anis Nabilah. Berpeluang mempelajari "food art" dari Chef Anis Nabilah sememangnya sangat aku nantikan. Seperti yang kita maklum chef selebriti yang comel ini sememangnya popular dalam program masakan di kaca televisyen. Antaranya seperti Icip-Icip di saluran Asian Food Channel's (AFC), Enak Tradisi di RTM 1, Sesedap Rasa di RTM 2 dan banyak lagi program masakan dihoskan oleh beliau.




Apabila kita melibatkan penyediaan makanan bersama kanak-kanak yang suka membantu. Kita akan dapat lihat sendiri anak ini berimaginasi menghasilkan hidangan menarik untuk mereka nikmati di sekolah. Apatah lagi kita menggunakan Bekas Nutrisi Dugro, memudahkan lagi dalam persembahan idea seni makanan dengan cara lebih kreatif.

Ktorang buat food art menggunakan bahan-bahan yang di sediakan dan juga Bekas NUTRISI Dugro yang comey ni. So kena penuhkan sedia compartment dengan pelbagai jenis makanan berkarbohidrat, protein, sayuran dan buah-buahan.

Amani punye

kakak punye

Tengoklah kakak dan Amani punye cantik dan berseni sungguh. Kalau suruh aku, memang hancuslah jawabnya kan.

Kita mahukan anak-anak kita membesar sihat dan bijak...

nannie isa, pinjam kakak jap untuk photoshoot ek hehehehe


Jadi kita perlu menarik minat mereka terhadap pengambilan pemakanan sihat ini melalui persembahan idea seni makanan ini dengan cara lebih kreatif.

Untuk makluman semua ya!!!


Dugro mempelawa ibu-ibu dan anak-anak di Malaysia untuk menikmati makanan dan nutrisi dengan cara baru, bermula dengan :-

1. Roadshow "Dunia Lebih Nutrisi Dengan Dugro" di seluruh negara, yang mana akan berlangsung di lebih 50 lokasi di seluruh Malaysia. Di sepanjang acara pelbagai permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis :)

2. Di roadshow ini juga tedapat promosi eksklusif yang mana kita boleh dapatkan Bekas Nutrisi Dugro secara esklusif dengan setiap pembelian 2 pek 900g Dugro 5 Nutri! Bekas makanan ini memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka untuk dibawa ke sekolah. Dalam bekas makanan itu terdapat petak berasingan, jadi mudahlah kita untuk menghasilkan makana secara kreatif.

3. Bermula 31 Ogos - 11 Oktober 2015, ibu-ibu juga berpeluang menyertai "Peraduan Lebih LAgi Nutrisi", yang mana kita boleh menggabungkan petua-petua Anis Nabilah dengan hasil kreativiti ibu-ibu sendiri ya. Dan hasil seni itu dirakamkan (ambil gambar) seterusnya muat naik ke halaman facebook Dugro (http://facebook.com/DumexDugro) dan berpeluang memenangi hadiah yang hebat!

jom minum susu dugro ek

Untuk keterangan lanjut mengenai Dugro dan Kempen "Lebih Lagi Nutrisi", boleh layari www://dugro.com.my ataupun dengan menghubungu Dumex Careline 1800-38-1038.
   
Selamat Berkreativiti!



2 comments :

Diana Rashid said...

OO..kena beli susu tu 2 pek dapat bekas dia ye?/saya nak beli la..boleh kakak buat bekal pi sekolah..:)

Cik Aann said...

I suke anis nabilah tu..entry ni kena dengan apa yg saya nak gugel hari ni..sebab nak tengok cmn nak hias makanan.. thanx anyway!

Diet Diary: Salmon Panggang bersama Brocolli Goreng