Wednesday, August 12, 2015

REVIEW | SKINSOUL Ultra Soft Facial Towelettes / Clinical Wipes

Hi Korang,

Panjang pulak nama makeup remover wipes ni kan.

Keluaran daripada jenama SKINSOUL, keluaran antarabangsa yang mula berkembang di Malaysia.


Kita ni orang pompuan kalau bab makeup memang no. 1 kan, champion! Nak warna gelap, nak mancungkan hidung, nak pipi cam telur bebagai lagi kan tapi bersihkan makeup? Terrer ke korang ek.

Setakat basuh muka dengan air dan pencuci muka tu ok lagi, tapi tahap kebersihan tuh korang sure ke, yelah kotoran celah-celah hidung ke, kat pori-pori jerawat tu ke, kita tak nampak kan. Kang kuar pulak jerawat banyak kan muka yang comey lote tuh.


Aku dapat cuba product daripada Skin Soul iaitu Ultra Soft Facial Towelettes / Clinical Wipes yang merupakan makeup remover dalam bentuk wipes or tisu lembap. Ianya 100% Paraben-Free dan tidak ada campuran chemical langsung kerana mereka menggunakan daun Ashitaba sebagai bahan utama yang merupakan pengawet semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit muka.

SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes yang diformulasikan dari Swiss Glacier Water dengan 4.3.3 iaitu :
[4] Essential Oils

[3] Antioxidants

[3] Hdrating & Soothing Ingredients

bukak dulu covernya

hah tarik satu per satu, jangan tamak

hah nampak suci murni je, ko tunggu jap lagi ek

Antara kebaikan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes:

1.Tidak mengandungi bahan sintetik seperti pewangi, pewarna dan bahan kimia merbahaya, Paraben dan lanolin!

2.Boleh menghilangkan makeup termasuklah yang kalis air dengan mudah disamping menyegarkan kulit anda

3.Mengandungi antioxidant

4.Melembap dan melembutkan kulit anda

5.Tidak meninggalkan “makeup residues” yang boleh menutup liang pori anda

6.Sesuai untuk semua jenis kulit

Ok ok jom cuba ek!

ikut suka korang nak start dari mana, aku start daripada T-Zone sebab situ banyak minyak bertakung kan

Tapi janganlah sental kuat sangat, kang makin besar pulak pori-pori liang roma muka tu kan.

nampak muka ada senyum gituh...

nampak tak kedakian yang terserlah

Memang muka nampak bersih dan bila rasa kat pipi wah kemain lembut je. Terpancar nur kebersihannya huahaua, eh betul la tak tipu pun.

Pada korang yang berminat untuk mendapatkan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes, boleh kunjungi cawangan SkinSoul berhampiran dengan harga RM53.00 / 60 helaian sepeket...

Bagi aku itu penjimatan hebat tuh!


Jangan lupa tebus code #SSLILY dengan pembelian RM100 dalam single receipt dan berpeluang untuk mendapat travel set worth RM100 for free!

Jom singgah ke:-

SkinSoul Boutique 
Level LG077 
Mid Valley Shopping Mall

Website

Facebook



2 comments :

Mahamahu said...

Macam mana nak buat gambar gerak2 tu menarik simple jer tapi efektive

Unknown said...

dah jatuh cinta dengan wipes ni sebab best...betul tak kak?