Tuesday, August 11, 2015

Trafik Blog Merudum, Bahaya Ni

Hi Korang,

Lately ni aku perhatikan je Google Analytics aku ni kan. 

Naik turun naik turun ishkk sebab apalah jadi cam ni ek. Ko rasa!! aku tak risau ke, of courselah risau wei. Walaupun blog simple-simple ni tapi aku sayang tau hueahuhauahuahauhau..

ini trafik light la bukan trafik blog

Ermm meh kita kaji sket punca trafik blog merudum ek!

1. Jarang update
Lately ni memang aku super duper busy manjang. Hidup sebagai seorang traveller, weekend wife sangat memenatkan oooo. Most of the time, masa kat atas jalan raya, dalam kapal terbang, dalam airport kan huahauhauhua. Nak buat cam ne keje dah namanya.

2. Banyak kesalahan atau eror di google webmaster tools
Mungkin aku rasa banyak eror, macam Structured data (missing author,missing update), HTML Improvements (Duplicate meta descriptions, Duplicate title tags), Crawl errors (Page not found/error 404), Security Issues (Malware di browser). Aku manelah belajar menda ni semua, so kena start google semua ni.

3. Meletakkan Kata Kunci 'KEYWORD' Yang Tidak Bersesuaian
Menuliskan kata kunci yang berulang ulang dan meletakkan dalam posting tanpa di imbangi kosa kata yang relevan,Hal ini akan di anggap oleh spam oleh google,risiko terburuk adalah artikel anda akan de-index (tidak terindex oleh google). Maybe kot masa buat advertorial kan, kita kena letak keyword menarik untuk SEO ni. Itu yang aku rasa salah kot.

4. Banyak Komen SPAM
Jangan bangga dengan banyaknya komentar pada blog korang, yang menautkan link sembarangan, Ini salah satu faktor penyebab menurunnya jumlah pengunjung,sekali lagi google sangat tidak menyukai spam,so buatlah moderation kat dalam komen blog korang. Ok ok double check on this.

5. Blog Kurang Promosi
Faktor lain adalah promosi blog korang,baik secara online dan offline. Ini memang betul, aku langsung tak pernah nak promosi atau post link kat memana FB page groups dan itu aku rasa punca trafik blog merudum tuh. Kekadang reply komen pun tidak. Bukan apa, masa tak de wei... huahuahauhau

trafik blog merudum tak tentu hala

Hah amik ko 5 kajian yang dapat aku simpulkan daripada kes trafik blog merudum ni. So lepas ni kena kuatkan semangat untuk rajin, rajin dan lebih rajin mengupdate dan datang komen kat blog orang lain. 

Korang pun ada kena macam aku ni gak tak? lebih-lebih lagi lepas raya ni kan. argghh semuanya berattt..

Info & Photos: credit to google.com

5 comments :

Rawlins GLAM said...

Ya Allah

Kita pun sama..
Rupanya nie di antara penyebab ye Kak Lily
Thanks sharing tips in

AyuArjuna BiGoshh said...

berguna info ni kak

tq for sharing this

Diana Rashid said...

mungkin saya pun antara puncanya..saya jarang dah singgah sebab tak sempat bw..hahhah..perasan kejap!

ietams said...

oooooo macam tu rupanya

Aula Mommy Razim said...

gulp... saya budak baru belajar. terima kasih sebab berkongsi eik. memang la tak tau la ni baru nak belajar. lepas ni nak rajin reply comment yo!!!