Tuesday, August 18, 2015

Volkwagen Malaysia & Alia Bastamam untuk acara Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015

Hi Korang,

Eventho tak dapat pi KL Fashion Week tahun ni sebab outstation tapi tetap gak nak update pasal event yang best awesome ni kan..


Volkswagen Malaysia berhubung dengan para peminat fesyen menerusi kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam pada acara Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015 (KLFW RTW 2015).

Kerjasama ini menandakan penyertaan Volkswagen ke dalam dunia fesyen. Ia nyata serasi dengan DNA jenama tersebut yang memang terkenal menerusi reka bentuk yang tidak ditelan zaman dan memiliki prestasi terbaik. “Sejak bertahun-tahun lamanya, KLFW RTW telah terbukti menjadi satu platform yang hebat untuk menyerlahkan kreativiti dan kepintaran. Kami amat teruja untuk menjadi Penaja Kereta Rasmi pada tahun ini. Bagi meraikan debut tersebut, kami mempamerkan sebahagian daripada reka bentuk ikonik kami seperti Beetle, Golf R dan CC," kata Pengarah Pemasaran Volkswagen Group Malaysia, Martina Berg. 


Bukan itu sahaja, para peminat Beetle yang ikonik itu turut berpeluang melihat prebiu awal model Beetle Club berwarna oren (Habanero Orange) yang dipamerkan di pintu masuk Pavilion Kuala Lumpur sepanjang acara KL Fashion Week berlangsung. 

Mengulas mengenai kolaborasi dengan Alia Bastamam, Berg berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa Alia merupakan salah seorang pereka fesyen tempatan yang paling terkenal. Komitmen beliau terhadap rekaan yang tidak ditelan zaman dan kemas sangat sesuai dengan falsafah kami. Kami cukup teruja untuk memperkenalkan rekaan musim Bunga/Panas 2016 secara eksklusif di pentas peragaan Volkswagen Fashion Night with Alia Bastamam."

“Saya rasa sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan satu jenama ikonik yang cukup saya kagumi. Memang hebat rasanya apabila kami berkongsi banyak persamaan yang mengujakan," kata Alia. 

Dalam musim-musim sebelum ini, koleksi Alia lebih terarah kepada rekaan busana malam yang menggabungkan elemen glamor bersama fabrikasi yang kaya, labuci, renda dan hiasan-hiasan jahitan tangan. Untuk musim Bunga/Panas 2016 pula, Alia tidak lagi menggunakan konsep mewah, tetapi tampil dengan rekaan lebih ringkas. Alia kembali dengan rekaan ringan yang memberi inspirasi kepada beliau untuk memulakan labelnya apabila tampil bersama koleksi Resort pada tahun 2011. 

“Segar dan penuh harapan adalah apa yang saya mahu pada koleksi ini. Saya ingin mengembalikan kemudahan dan keselesaan kepada para pelangan kerana itulah yang membawa saya ke dalam industri ini pada asalnya – untuk mereka dan menghasilkan rekaan yang saya sendiri mahu memakainya," kata Alia.
 

Palet warna yang lebih ringan terserlah pada mood koleksi musim Bunga/Panas 2016 di mana aspek ‘ringan dan terang’ menjadi kata kuncinya. Untuk fabrik dan hiasan yang mewah, Alia menjadikannya sebagai koleksi Alia B. Koleksi Alia Bastamam dilihat lebih menarik kepada semua golongan wanita. Fabrik berlisu menjadi poin penting pada rekaan terbaharu Alia Bastamam – ia bermain dengan tona-tona pastel mentega dan ungu lembut. Siluet longgar dan perincian memberikan rekaan yang memiliki sedikit unsur bohemian ini tampak lebih bebas. 

Koleksi musim Bunga/Panas 2016 merupakan koleksi ke-16 dan ke-17 Alia dalam masa lima tahun. Bagi meraikan lima tahun ini, kini ditampilkan koleksi yang dekat di hati Volkswagen; memberikan gelombang positif yang sebelum ini dikaburi oleh elemen ultra-glamor. 

Semua kasut untuk acara ini direka khas oleh Lewre Bespoke.

1 comment :

falling angel said...

Sexynyaaa kereta tuhhh.. ;-) Nice entry..