Friday, August 7, 2015

Media Screening ‘MILES FROM TOMORROWLAND' Di Petrosains KLCC

Hi Korang,

Sabtu lepas sempat ke media screening ‘MILES FROM TOMORROWLAND' di Petrosains KLCC anjuran DISNEY JUNIOR.


Alah cerita kanak-kanak yang bakal di tayangkan bermula pada 17 Ogos dan di siarkan setiap Isnin 9 pagi.



Memang ramai parents yang datang dengan anak-anak mereka, kira riuh rendahlah lobby Petrosains tuh kan. Tayangan selama 45 minit memang buat anak-anak leka sungguh menonton eh parents pun duk layan gak tau hehehehe

Ni aku bagi snippet siri kartun ni ek


“Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613). Program baharu untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.


Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga. 



sempat singgah masuk ke Petrosains ek

Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland! 

Bagaimana nak sertai peraduan ni, meh baca ni ek

Ibubapa perlu melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini.

Untuk info lanjut, klik ke Disneyjunior.asia

4 comments :

Hanim Hashim said...

jom tengok Milesssss! hehe :D

AyuArjuna BiGoshh said...

x sempat nak jumpa ko kak...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bestnye rugi tak pegi.. adik wat open house..melangutla kat situ..plus khairy demam

Aula Mommy Razim said...

kannn bestnya.. kena la plan baru done buat apa yang di suruh. next tinggal nak pergi jer la. ok mommy gotta find timeee