Tuesday, August 25, 2015

Ini Rupanya TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Hi Korang,

Cian kat aku ni ek..

TBS pun tak pernah pi lagi, la dah memang tak de tujuan so buat apa nak penat-penat diri jejalan ke sana kann. At least kalau ada shopping mall hahahahahahha jahanam pun budak tau..

Inilah pertama kali aku jejak kaki ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) tau.

tengok happy sungguh kan orang darah manis ni ek

Sebab nak balik JB hari tuh naik bas so ke sinilah jawabnya kan. So tiket dah beli online siap-siap, Mr Big just drop aku kat lobby TBS ni dengan food blogger Hazman tu sebab kebetulan dia pun nak balik ke Sepang. Lepas tu redeem tiket bas tuh, ktorang pun tawaflah satu TBS ni.

First impression, wow macam airport dah wei!

screen beso untuk tengok bas mana yang nak bertolak dan sampai ke TBS kan

Ada area untuk departure dan ada tempat untuk arrival. Siap ada monitor besar untuk tunjukkan waktu perjalanan bas keluar masuk di TBS ni. So kat sini kita boleh refer nak turun platform berapa, jam berapa dan memacam lagi lah.

petunjuk yang beso, senang nak tengok kan

Ktorang pun tawaf lagi untuk tengok apa lagi yang ada kan.

tempat duduk orang awam yang selesa dan banyak pulak tuh

balai polis penting oo kena ada ni

kedai runcit 

yang 24 jam pun hado

tempat tunggu teksi ada kat level 1

locker simpan beg pun hado, so tak delah bawak kehulu ke hilir kan

Actually memacam lagi ada kat TBS ni cuma aku tak kesempatan nak check it out.

lobi nak turun tempat nak naik bas

tiket beli online sajor, senang je kan

tuh dia bas dah datang

Okok bas nak sampai ni, so gerak dulu ek. Bas dah sampai. Sangat puntual tau. Tiket bas cakap kul 5.00 petang kan memang sampai on time. 10 minit driver bas loading beg-beg semua dan terus jalan tau.

Hah itu je... 

So bolehlah di jadikan panduan untuk korang yang first time nak naik bas di TBS ni ek




3 comments :

tiga lalat said...

tiap2 minggu (almost) wak datang tbs yee.,

harap je mcm airport, cik kak dah check toilet ? harhar2

Hanim Hashim said...

TBS memey dah lawa sekarang ni kak Lily. Ermmm rindu nak naik bas ekspres hehe

adianiez AIDA said...

aida ni bukan setakat tbs, melaka sentral tu pun da lama giler tak gi :)
takde keperluan kan :) ha ha ha...