Saturday, May 6, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | EASTIN Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum... 

Pada hari Khamis baru-baru ini, Eastin Hotel Kuala Lumpur telah memberi peluang kepada pihak CikLilyPutih untuk merasa hidangan buffet Ramadan bertemakan Warisan Tradisi Kampung D'Utara Ramadan masakan utara (terutamanya masakan Penang, Kedah dan Kelantan) di Swez Brasserie, tingkat 1. 


Penerangan dan dedikasi untuk menyajikan pelbagai jenis masakan utara telah diberikan sendiri oleh ketua Chef Swez Brasserie. Antara menu yang menjadi tarikan utama buffet Ramadan tahun ini ialah Kelapa Bakar, Sup Daging, Nasi Kandar dan Mee Laksa. Tak lupa juga menu kegemaran ramai iaitu Kambing Bakar yang dimasak sekali dengan nasi. 





Selain itu, para tetamu boleh merasa pelbagai menu unik lainnya seperti Malaysian Folder Pizza, Ink Squid Noodles, dan macam-macam lagi. Kenalah mai baru boleh tahu! He he! 

Kesemua hidangan ini boleh dinikmati dengan harga yang tertera di bawah. Booking lah awal untuk menikmati harga diskaun hamper 50% daripada harga asal. Berbaloi-baloi!


Early Bird Special 

Price: RM72 nett per person 
Validity: 29 May – 2 June 2017 

Special Buffet Price & Weekend Special 

Price: RM100nett/adult RM50/child 
Validity: 29 May – 4 June / 10 – 11 June / 17 – 18 June / 22 – 23 June 

Normal Price 

Price: RM142nett/adult RM72/child 

Booking boleh dibuat di sini : http://www.eastin.com/kuala-lumpur/


Info sampingan lainnya: 

Parking flat rate RM5 selepas pukul 6 petang 

Ruang makan yang luas dan selesa. 

Terima kasih kepada blogger Jard kerana sudi menjadi wakil untuk team CikLilyPutih ke buffet ramadhan 2017 di Eastin Hotel Petaling Jaya baru-baru ni.

Korang nak jadi wakil Cik Lily Putih tak?..
Kalau nak bagitau ek...



2 comments :

Luqman Zakaria said...

Semua nampak sedap! rambang mata dahh..byk nau pilihan untuk berbuka puasa.huhu

Unknown said...

Nak!!!