Tuesday, May 23, 2017

Hujung Minggu di VIP HOTEL, Segamat

Hi Korang,


Last 3 weeks punye citer hehehhehe

Segamat ermm satu bandar kecil di dalam negeri Johor ni. Ramai orang hanya kenal Batu Pahat, Kluang, Muar tapi tidak Segamat ye. Kecian Segamat macam di anak tirikan pulak aku rasa hehehhehe. Actually aku memang teringin nak ke mari sebab disinilah aku dibesarkan dan mendapat pendidikan awal. 

Bapak aku kan polis so kitaorang memang kena travel dan Segamat ni tempat kedua aku membesar selepas Muar. So bila melungsuri jalan-jalan di bandar Segamat tuh memang teringat kisah lama lah hehhe

Bila dapat jemputan dan Alice dan Mr Thomas terus aku excited nak pi yelah back to roots trip katanya. Pagi sabtu kitaorang gerak sebelum pukul 7.00 pagi ni sebab nak elakkan jem di highway lagipun tak tau jalan sebenarnya, nasib baik ada WAZE kira penyelamat di situh. 

Kami turun daripada highway Tangkak dan ikut jalan lama selama 1 jam cam tuh.


Seronok tengok pemandangan kampung, kebun kelapa sawit, even kitorang lalu di jalan masuk ke Hutan Lipur Gunung Ledang tau, jalan- jalan punya jalan sampai jugak kitaorang di VIP HOTEL, Segamat ni. 


Memang ye ko, hotel ni merupakan hotel paling tinggi di Segamat so dari jauh dah nampak yelah bangunan sendiri.


Sampai-sampai je kitaorang di sambut oleh Mr Thomas sendiri tau, yelah sepatutnya sampai pukul 8.00pagi tapi leka driving tuh yang jadi lambat hehehehe sampai-sampai sarapan dulu sambil berborak-borak dengan Mr Thomas dan Alice. Terus panjang lebar aku dapat tau pasal sejarah VIP HOTEL ni. Lepas sarapan tuh terus naik ke bilik. 

Aku tunjukkan sket-sket je gambar yang sempat di snap masa trip ni







Ok kan simple je VIP hotel ni tapi selesa dan harganya berpatutan. 

Sepanjang tengahari sampai ke petang tuh, kami di bawa berjalan-jalan si sekitar bandar Segamat ni. Yelah tourist katanya, banyak tempat makan sedap-sedap yang kitaorang tuju. Ok itu aku citer nanti ek hehehe

Malam tu kitaorang ada makan-makan di The Chef sempena promosi buffet Ramadhan di VIP HOTEL ni. Ya allah menunya sedap-sedap belaka sampai nak bangun naik ke bilik pun cam berat je perut hahahaha. Itu kang aku cerita nanti gak ek hehehe


Malam tuh tidur dengan nyenyak dan amannya tanpa ganguan hahaha

Sarapan pagi ni VIP Hotel, memang sangat-sangat menyenyangkan sekali. Pepagi kitaorang dah bangun untuk sarapan. Bukan apa sebab sibuk nak duduk tepi pool je kan hehehhee.








Pilihan sarapan memang banyak sampai tak tau nak makan apa, sambil layan youtube sambil sarapan haruslah sedap kan.

Facilities terdapat di VIP HOTEL, Segamat ni. 


Walaupun hotel ni bertaraf 3 bintang je tapi kemudahannya macam 5 stars tau. 

Gimnasium





Walaupun gymnya memanjang kecil tapi fully equipped tau. Aku sempat lepak sejam dalam gym ni berjalan di atas treadmill, tapi lari pun sebab kaki tak berapa kuat. Cucuk je wayar kat phone hah terus bersenam tak hinggat dunia hehehhe 

Swimming pool


Seriously ada swimming pool ye, seronok lepas sarapan boleh terjun berenang. Boleh tahan dalam jugak swimming poolnya tapi aku mandi bahagian yang tak dalam lah sebab aku ni penakut kalau mandi sengsorang, Mr Big boleh duk bantai tengok aku mandi je hahahhaha.



By the way, VIP Hotel pun ada buat swimming class jugak tau untuk public especially untuk anak-anak, so yang mana duk dekat area Segamat ni bolehlah hantar anak belajar berenang kat sini ek.

Kitaorang check out lepas kul 2 petang cam tuh, lagipun nak balik rumah mak time tuh so takdelah rushing sangat. Pusing-pusing bandar Segamat lagi sekali untuk memori terakhir dan terus balik 

Terima kasih kepada team VIP Hotel kerana sudi menjemput kitaorang je hotel yang comel ni. Insyallah kalau umur panjang aku akan ke sini lagi 

Korang pun boleh jugak bercuti ke sini ek, alah sesaje tukar angin hujung minggu kan

Vip Hotel
1 mile , Jalan Buloh Kasap,
85000 Segamat District, Johor, Malaysia.
P : +607-9312101
E : reservation@viphotel.com.my


Nanti korang cuba tau...


3 comments :

MrsEnoxis said...

Siap ada gym tu..berhadapan pool lak tu..memang terbaik la..lama x pergi segamat..dulu belajar dekat sana..rindu pulak zaman2 itu..hehehe

Siti Rohaida Yusof said...

uih..lengkap kemudahan semua kat sini eh...bestnya..

Nadia Johari said...

syoknya tengok..