MY HISTORIC MOMENTS

Wednesday, May 31, 2017

Julie’s Hari Raya Khas Love Letter’s Edisi Terhad

Hi Korang,

Ramadan kian menjengah lagi dan disambut dengan penuh kesyukuran. Selain beramal dan beribadah, pastinya Ramadan mengundang perasaan yang pelbagai di kalangan masyarakat yang menyambutnya. Persediaan awal dilaksanakan, namun bagaimana pula insan tersayang yang berada jauh di mata?


Dengan meneruskan usaha kempen “Titipkan Luahan Kasih Anda” selama 3 tahun berturutan, tujuan utama kami adalah ingin menggalakkan orang ramai lebih menghargai dan mencurahkan kasih sayang mereka melalui penulisan. 

Dalam majlis pelancaran, Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Biskut Julie’s berkata, “Julie’s berharap amalan kasih sayang di kalangan masyarakat Melayu akan berterusan, dan kami ingin mengambil berkesempatan ini untuk melancarkan kuih belanda Julie’s Love Letters edisi terhad yang boleh dijadikan buah tangan semasa kunjung-mengunjungi”.

Katanya lagi, Julie’s juga berharap dapat memainkan peranan sebagai pengantara untuk menggalakan masyarakat berkongsi perasaan mereka bersama orang tersayang sepanjang bulan yang mulia ini. Dengan itu, Julie’s menyediakan Pek Sampul Raya di dalam setiap tin edisi terhadnya untuk menyeru orang ramai mengarang perasaan yang terpendam. Keunikan Sampul Raya ini adalah ianya mempunyai dua fungsi. Selain boleh dijadikan sampul wang, ianya juga membolehkan si pengirim menulis perasaanya kepada si penerima di ruang kosong yang disediakan. 


Edisi Terhad untuk Raya 

Chia juga berkata, “Julie’s Love Letters tin edisi terhad akan ditukar kepada warna hijau menjelang Hari Raya nanti. Setiap tin Julie’s Love Letters 700g juga mengandungi 3 warna sampul Raya yang membawa maksud simbolik yang tersirat. Pada masa yang sama, anda juga boleh menikmati diskaun 18% ke atas semua pembelian barang-barang di laman web atau aplikasi Zalora. Anda hanya perlu memuat naikkan resit rasmi sebagai bukti pembelian melalui aplikasi “BrandCode” untuk menikmati diskaun tersebut. ”

Percuma Pembalut Istimewa

Budaya kunjung-mengunjungi yang diamalkan semasa musim perayaan boleh diistimewakan lagi dengan pemberian Julie’s Love Letters edisi terhad sebagai buah tangan. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan pembalut istimewa secara percuma di pasaraya tertentu dengan setiap pembelian Julie’s Love Letters 700g. 

“Apa yang unik tentang pembalut istimewa ini ialah ianya mempuyai ruang untuk anda menitip ucapan kasih kepada insan tersayang anda. Oleh itu, ianya sesuai dijadikan hadiah semasa saling ziarah-menziarahi di samping menjadikan sebagai kenang-kenangan,”. ujar Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Biskut Julie’s.

Roadshow di Pasaraya Terutama 

Sempena kempen ini, Julie’s juga akan mengadakan roadshow di pasaraya terpilih. 


Setiap pembelian Julie’s Love Letter 700g semasa roadshow akan mendapat pembalut istimewa secara percuma dan nama penerimanya akan dilukis khas oleh krew Julie’s. Selain daripada itu, pengunjung juga berpeluang mendapat beg kertas edisi Raya dan juga hadiah-hadiah lain yang menarik. 

“Secara tidak langsung, Julie’s ingin mendidik sebuah masyarakat yang berprihatin serta memupuk amalan memberi Julie’s Love Letters sebagai buah tangan semasa kunjung-mengunjungi sempena musim perayaan ini,” kata Encik Benny.

Pendermaan kepada Buku Jalanan Chow Kit

“Selain itu, kami juga berharap dapat mengumpulkan derma untuk membiayai pembelanjaan pendidikan kanak-kanak Buku Jalanan Chow Kit sempena bulan Ramadan ini. Program CSR ini bukan sahaja membantu mereka mendapat akses pendidikan sekolah yang sempurna, tetapi ianya juga memberi harapan serta manfaat kepada kanak-kanak dari Buku Jalanan Chow Kit di jangka panjang. ”

Roving Team

“Roving team Julie’s akan mengelilingi kawasan Lembah Klang di pejabat, bazaar, pasar malam dan stesen LRT yang terpilih untuk menjual pakej Raya Julie’s yang bernilai RM30. Setiap pakej Raya mengandungi setin Julie’s Love Letters 700g edisi terhad, sebungkus biskut Julie’s aneka rasa 285g, sebungkus biskut sandwic mentega kacang 135g, sebungkus biskut mentega Julie’s 200g dan juga sebungkus biskut sandwic keju Julie’s 100g. Di samping itu, RM2 akan didermakan kepada Buku Jalanan Chow Kit dengan setiap pembelian pakej Raya Julie’s untuk menampung pembelajaan pendidikan kanak-kanak mereka.” 


Jemputan Orang Awam Ke Aktiviti Buka Puasa (Iftar)

Pada tahun lepas, Julie’s bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk mengadakan aktiviti iftar yang berjaya mendapat seribu para hadirin. Pada tahun ini pula, Julie’s sekali lagi dengan MBMB akan mengadakan acara berbuka puasa secara beramai- ramai pada 16hb Jun 2017 di Dataran Menara Taming Sari, Melaka. Acara seumpama ini bertujuan mengeratkan lagi silaturahim sesama kaum dan justeru itu, mewujudkan sikap toleransi serta persefahaman kaum.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Haji Idrin bin Haron bersama 150 anak- anak yatim akan menyertai acara yang penuh bermakna ini. Selain menyediakan bungkusan makanan dan minuman untuk semua yang hadir, kami juga akan memberikan Julie’s Love Letters kepada orang ramai. Untuk memeriahkan lagi suasana Ramadan, kami juga menyediakan pelbagai persembahan menarik untuk menghiburkan para- para hadirin pada hari itu. Selain itu, bubur lambuk juga akan disedia dan diagihkan kepada orang umum sempena acara Iftar ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen “Titipkan Luahan Kasih Anda 2017”, sila melayari halaman Facebook Julie’s Biscuits atau lawan web Julie’s di www.julies.com.my.


No comments :