MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, May 30, 2017

Buffet Ramadan 2017 | Felda D’Saji - Dewan Perdana Felda, Restoran Terapung Titiwangsa, Kajang Perdana Avenue, Red Carpet Avenue dan Orchard Villa

Hi Korang,


Felda D' Saji Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik Koperasi Permodalan FELDA dan FELDA telah menganjurkan Bufet Ramadan bermula pada tahun 2008 lagi. Untuk tahun 2017 bersamaan dengan Tahun Hijrah 1438, D' Saji menawarkan beberapa venue terkemuka di Lembah Klang untuk Bufet Ramadan kepada pelanggan berbanding sebelumnya. 


Hari tuh sempat aku hadiri Majlis Preview Bufet Ramadan D'Saji Bersama Media tahun ini dilancarkan oleh YB Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad, Pengerusi Kumpulan Felda. Majlis turut diserikan oleh kehadiran Y.Bhg. Datuk Haji Ab Ghani Mohd Ali, Pemangku Pengarah Besar FELDA, Ahli-Ahli Lembaga FELDA, Ahli-ahli Lembaga Koperasi Permodalan FELDA, serta pengurusan kanan Kumpulan FELDA, FGV, Jabatan Kerajaan dan Korporat lain. 

cantik setup buffet ramadan di Felda D'Saji ni, sempat snap gambar satu

Untuk tahun ini D' Saji menawarkan 6 lokasi berbuka puasa harian yang boleh ditempah secara individu atau berkumpulan dan dilengkapi dengan pelbagai juadah istimewa serta kemudahan seperti surau, persembahan tradisi, tempat letak kereta dan imam untuk solat tarawih. 

Venue tahun ini seperti berikut: 

1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak 

2. Restoran Terapung D' Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa 

3. Kajang Perdana Avenue, Kajang 

4. Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara 

5. Orchard Villa, Jalan Gombak 

Ermm banyak juga tempat kan untuk kita nikmati hidangan buffet Ramadan Felda D’Saji ni ek.


Manakala untuk majlis Korporat, D'Saji menawarkan enam (6) venue. Bagi sesiapa yang inginkan privasi dan mempunyai majlis secara tertutup dengan dilengkapi kemudahan, venue tersebut adalah: 

1. Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney 

2. Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang 

3. Dewan Rafflesia, Tasik Titiwangsa 

4. Dewan Bankuet Menara FELDA, Persiaran KLCC 

5. Dewan Gemilang Kelana Jaya 

6. Ideal Convention Center, Shah Alam 







Pada tahun ini, Felda D' Saji kembali membawakan masakan tradisi dari pelbagai pelusuk negeri yang dipilih mengikut Zon Timur, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Utara. Chef Ismail Jaafar, dari D' Saji yang pakar dalam masakan Melayu juga menyediakan masakan secara terus (Live) menggunakan konsep warung, masakan cara bakar berkonsepkan BBQ, Aneka Sup, Italian Corner, Aneka Bubur dan banyak lagi. 









Felda D' Saji juga menyediakan ruangan solat dan Imam Tarawih untuk para pelanggan di Dewan Perdana Felda. Hidangan istimewa yang bakal disediakan oleh Chef Ismail ini boleh didapati di Dewan Perdana Felda, Red Carpet Avenue Strand Mall serta di Kajang Perdana Avenue.

Pelbagai pilihan pencuci mulut 

Manakala 3 lokasi lagi yang menawarkan menu dan konsep berlainan iaitu makanan daripada timur, barat, mediteranean serta 'Seafood Galore' iaitu di Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Cempaka Lake Villa di Bandar Baru Bangi dan Orchard Villa di Gombak.

Harga untuk buffet Ramadan Felda D’Saji adalah seperti berikut:-

Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak

Dewasa : 78+ seorang
Kanak-kanak : 45+ seorang

Contact person :

Pn. Emilda : 017-2886920
Cik Azizah : 019-2822933

Kajang Perdana Avenue, Kajang

Dewasa : 49+ seorang
Kanak-kanak : 29+ seorang

Contact person :

En. Azan : 014-3388794
Pn. Nadia : 019-2956232

Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara

Dewasa : 39+ seorang
Kanak-kanak : 23+ seorang

Contact Person :

Cik Hidayu : 012-9214691
Pn. Nurul : 0192424775

Restoran Terapung D' Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa 

Dewasa : 79+ seorang
Kanak-kanak : 39+ seorang

Contact :
03-40210098

Orchard Villa, Jalan Gombak

Dewasa : 37+ seorang
Kanak-kanak : 22+ seorang

Contact :
03-40210098

Potongan istimewa juga ditawarkan kepada Warga Emas iaitu pelanggan berusia 60 tahun serta golongan OKU sepanjang bulan Ramadhan.

Untuk keterangan lanjut berkenaan maklumat Bufet Ramadhan Felda D' Saji, hubungi kami di talian 03-26988302 atau email ke salesdsaji@felda.net.my.


So tempahlah sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


No comments :