Hi Korang,
Felda  D' Saji  Sdn  Bhd  yang  merupakan  anak  syarikat  milik  Koperasi  Permodalan FELDA  dan   FELDA   telah   menganjurkan   Bufet   Ramadan   bermula   pada  tahun 2008    lagi.   Untuk  tahun   2017   bersamaan   dengan   Tahun   Hijrah   1438,  D' Saji menawarkan  beberapa  venue   terkemuka  di Lembah  Klang  untuk  Bufet  Ramadan kepada  pelanggan  berbanding  sebelumnya. 
Hari tuh sempat aku hadiri Majlis Preview Bufet Ramadan  D'Saji Bersama Media tahun ini dilancarkan oleh YB Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad, Pengerusi Kumpulan Felda.   Majlis turut diserikan oleh kehadiran  Y.Bhg. Datuk  Haji  Ab  Ghani Mohd  Ali,  Pemangku  Pengarah Besar FELDA, Ahli-Ahli Lembaga FELDA, Ahli-ahli Lembaga Koperasi Permodalan FELDA, serta pengurusan kanan Kumpulan FELDA, FGV, Jabatan Kerajaan dan Korporat lain. 
cantik setup buffet ramadan di Felda D'Saji ni, sempat snap gambar satu
Untuk  tahun  ini  D' Saji  menawarkan  6  lokasi  berbuka  puasa  harian  yang  boleh ditempah   secara   individu   atau   berkumpulan   dan   dilengkapi   dengan   pelbagai juadah   istimewa   serta   kemudahan   seperti   surau,   persembahan   tradisi,   tempat letak  kereta  dan  imam  untuk  solat  tarawih. 
Venue  tahun  ini  seperti  berikut: 
1.       Dewan  Perdana  Felda,  Jalan  Semarak 
2.        Restoran  Terapung  D' Saji  Titiwangsa,  Tasik  Titiwangsa 
3.        Kajang  Perdana  Avenue,  Kajang 
4.        Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara 
5.       Orchard Villa, Jalan Gombak 
Ermm banyak juga tempat kan untuk kita nikmati hidangan buffet Ramadan Felda D’Saji ni ek.
Manakala  untuk  majlis  Korporat, D'Saji menawarkan  enam  (6)  venue.  Bagi  sesiapa yang inginkan privasi dan mempunyai majlis secara tertutup dengan dilengkapi kemudahan,  venue  tersebut   adalah: 
1.       Dewan  Merak  Kayangan,  Jalan  Gurney 
2.        Dewan  Besar  Tun  Rahah,  Jalan  Bukit  Bintang 
3.        Dewan  Rafflesia,  Tasik  Titiwangsa 
4.        Dewan  Bankuet  Menara  FELDA,  Persiaran  KLCC 
5.        Dewan Gemilang Kelana Jaya 
6.        Ideal Convention Center, Shah Alam 
Pada   tahun    ini, Felda D' Saji  kembali membawakan masakan tradisi dari pelbagai pelusuk negeri yang dipilih mengikut Zon Timur, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Utara. Chef   Ismail  Jaafar,   dari   D' Saji  yang   pakar  dalam   masakan   Melayu juga menyediakan  masakan  secara  terus (Live)  menggunakan  konsep  warung, masakan cara   bakar  berkonsepkan   BBQ,  Aneka   Sup,  Italian  Corner,  Aneka   Bubur  dan banyak  lagi. 
Felda  D' Saji  juga  menyediakan  ruangan  solat  dan  Imam  Tarawih untuk  para  pelanggan di Dewan Perdana Felda.    Hidangan   istimewa  yang  bakal disediakan   oleh   Chef   Ismail  ini  boleh  didapati   di Dewan   Perdana  Felda,  Red Carpet Avenue Strand Mall  serta  di Kajang Perdana Avenue.
Manakala 3 lokasi lagi yang menawarkan menu dan konsep berlainan iaitu makanan daripada timur, barat, mediteranean serta 'Seafood Galore' iaitu di Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Cempaka Lake Villa di Bandar Baru Bangi dan Orchard Villa di Gombak.
Harga untuk buffet Ramadan Felda D’Saji adalah seperti berikut:-
Dewan  Perdana  Felda,  Jalan  Semarak
Dewasa : 78+ seorang
Kanak-kanak : 45+ seorang
Contact person :
Pn. Emilda : 017-2886920
Cik Azizah : 019-2822933
Kajang  Perdana  Avenue,  Kajang
Dewasa : 49+ seorang
Kanak-kanak : 29+ seorang
Contact person :
En. Azan : 014-3388794
Pn. Nadia : 019-2956232
Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara
Dewasa : 39+ seorang
Kanak-kanak : 23+ seorang
Contact Person :
Cik Hidayu : 012-9214691
Pn. Nurul : 0192424775
Restoran  Terapung  D' Saji  Titiwangsa,  Tasik  Titiwangsa 
Dewasa : 79+ seorang
Kanak-kanak : 39+ seorang
Contact :
03-40210098
Orchard Villa, Jalan Gombak
Dewasa : 37+ seorang
Kanak-kanak : 22+ seorang
Contact :
03-40210098
Potongan  istimewa  juga  ditawarkan  kepada  Warga  Emas  iaitu  pelanggan  berusia 60  tahun  serta  golongan  OKU  sepanjang  bulan  Ramadhan.
Untuk  keterangan  lanjut  berkenaan  maklumat  Bufet  Ramadhan  Felda  D' Saji, hubungi  kami di talian  03-26988302  atau  email  ke salesdsaji@felda.net.my.
So tempahlah sekarang ek hehehee
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
 

 
 








