Monday, May 22, 2017

Berseronok di Beaconhouse Family Day 2017

Hi Korang,

Memang aku ni belum ada anak lagi tapi banyak je kesempatan bagi kitaorang je ekspo kanak-kanak ni. Baru-baru ni aku mendapat jemputan ke salah sebuah sekolah swasta di kawasan Kelana Jaya ini iaitu Beaconhouse Sri Inai International School sempena sambutan Family Day 2017 mereka.


Sekolah swasta ini cukup berpengaruh dengan pelajarnya hampir 300,000 bukan hanya warganegara Malaysia bahkan ada daripadanya dari Thailand, Filipina, Oman dan United Arab Emirates.

Ermm pepagi lagi kitaorang dah sampai ke mari, dah banyak kereta rupanya.

tempat beli kupon ticket

Penuh dah kawasan sekolah dengan kanak-kanak dan ibu bapa sekali tau yelah Family Day tuh kan best kira acara bersama keluarga. 

Aku cerita sedikit info mengenai Beaconhouse Sri Inai International School ni ek

Di Malaysia, Beaconhouse telah menawarkan pendidikan seawal peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat pasca siswazah. Sehinggi kini Beaconhouse telah memiliki dan mengendalikan 12 buah sekolah (Pre-sekolah, Sekolah Kebangsaan (Persendirian) dan Antarabangsa di Lembah Klang. Apa yang lebih menarik didalam Program Beaconhouse turut menawarkan program IGSCE.


Acara Karnival dan Hari Keluarga Beaconhouse 2017 merupakan acara tahunan yang telah dirasmikan oleh Syed Jahanzeb Shah (Beaconhouse Group Regional Director) Program 'charity ' ini diteruskan lagi tahun ini memandangkan pada tahun lepas, Hari Keluarga Beaconhouse 2016 berjaya mengumpul dana sehingga RM37,000.00 dan telah menderma keseluruhan jumlah kutipan kepada House of Joy, sebuah rumah untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di Puchong

lets shopping

Dana yang diperolehi adalah daripada jualan kupon karnival kepada keluarga dan rakan-rakan kanak-kanak. Sebanyak 3500 kupon dijual pada harga RM30.00 setiap satu. Jumlah yang dikumpulkan melalui penjualan kupon seterusnya akan ditolak dari kos yang dikeluarkan dan jumlah akhir seterusnya akan didermakan kepada rumah atau organisasi yang dipilih.

Untuk tahun ini, Beaconhouse akan menderma dana yang diperolehi kepada dua badan iaitu Rumah Epharta dan Rumah Chrestus. Aktiviti murni ini merupakan antara salah satu tanggungjawab sosial yang mana mendidik generasi muda bersama keluarga mereka dan pihak sekolah sendiri untuk bersama-sama bekerjasama untuk membantu mereka yang memerlukan. Selain itu aktiviti karnival juga dapat mendidik anak-anak Beaconhouse untuk lebih kreatif dan kritis menghasilkan pelbagai aktiviti luar darjah seperti permainan, jualan dan sebagainya.

Antara aktiviti yang sempat kami sertai sepanjang berada di karnival seperti:-







Pelbagai permainan yang disediakan hasil idea anak-anak dan guru di Beaconhouse.

Bukan sahaja pelajar bahkan penjaga/ibubapa turut menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan di sini. Antaranya seperti Golf Punting, Clown Feeding, Face Painting dan banyak lagi.






Terdapat jualan makanan dan minuman buat mereka yang ingin mengisi perut. Pelbagai makanan kita boleh dapatkan dan cuba di sini.

Untuk keterangan lanjut mengenai sekolah dan informasi aktiviti mereka akan datang dan sedang berlangsung boleh layari https://www.facebook.com/pg/bsiismalaysia/posts/

1 comment :

mamapp said...

beaconhouse.. ingatkan kedai makan tadi hehe.
happening lah event ni