Wednesday, May 3, 2017

BOSCH Auto Women's Workshop, Belajar Teknik Jaga Kereta Dengan Mudah

Hi Korang,


Korang yang pompuan tuh, kalau ada masalah kereta rosak tak boleh start kat parking, korang buat ape?

1. Mengadu dengan suami tercinta

2. Mintak tolong dengan orang sekeliling yang ada kat situ

3. Bukak hod depan dan check apa yang patut

Which is aku tak rasa yang korang akan buat kan sebab korang langsung tak de knowledge apa-apa pun pasal kereta ni kan hehehehhe

Aku memang dah agak dahhh

Kita orang perempuan ni mesti akan panik bila kereta tak boleh start, so meh aku citer pasal event yang Bosch anjurkan baru-baru ni.

Bosch menganjurkan ‘Bengkel Auto Wanita’ pertama #BoschEmpowersWomen bagi memperluaskan pengetahuan dan kemahiran automotif para wanita


Selaras dengan kempen keselamatan kenderaan ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (AA) bekerjasama dengan Riding Pink dalam perkhidmatan pengangkutan perkongsian khas para wanita pertama di Malaysia, dengan mengadakan ‘Bengkel Auto Wanita Bosch’ pada 26 April 2017.

Menurut Pengasas Riding Pink, Denise Tan, “Kebanyakan wanita tidak biasa dengan penyelenggaraan asas kereta berbanding dengan kaum lelaki, kerana kaum lelaki lebih berpengetahuan dalam asas kenderaan dan dengan menganjurkan bengkel ini, para wanita boleh menambah ilmu pengetahuan asas kenderaan. Justeru, adalah penting untuk kita meluaskan pandangan dan berkongsi pengalaman bersama kaum wanita mengenai pentingnya mengetahui kaedah penyelenggaraan kereta dengan betul seterusnya berusaha ke arah penjagaan automotif yang lebih baik untuk semua”

Encik Pang Yoon Kong, Pengurus Negara untuk Bosch Automotive Aftermarket Malaysia berkata, “Sebagai pembekal penyelesaian automotif holistik, kami di Bosch faham akan masalah yang dihadapi oleh pemandu-pemandu tanpa mengira jantina. Bengkel ini merupakan permulaan yang baik bagi pemandu untuk memahami apa yang berlaku di bawah hud kenderaan mereka. Ini selaras menyokong inisiatif Riding Pink dalam memperkasakan wanita dalam membuat keputusan penting terutamanya ketika memandu”

Sepanjang bengkel diadakan, terdapat 40 orang peserta di mana separuh daripadanya ialah pemandu Riding Pink yang berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai rutin penyelenggaraan kenderaan asas. Ini termasuklah pemeriksaan aras minyak enjin, aras bendalir brek, kitar hayat bateri dan keadaan bilah pengelap cermin. Bosch turut mempamerkan portfolio komprehensif, merangkumi produk automotif berkualiti bagi pasaran selepas jualan, termasuklah pengelap cermin, bateri dan minyak pelincir.

Cik Elina Ariffin, pemandu pertama Riding Pink, berkongsi pengalamannya semasa memandu dan ketika menghadapi kerosakan kenderaannya. “Agak mencemaskan bila sesetengah pemandu tidak tahu di mana letaknya kelengkapan asas kereta seperti bicu kereta dan tayar gantian. Peranan saya hari ini ialah untuk membantu membimbing para pemandu seperti saya bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejadian yang tidak diingini. Usaha yang dijalankan oleh Bosch dan Riding Pink adalah suatu yang mengagumkan kerana kita sedang membina komuniti yang mengutamakan keselamatan kenderaan di Malaysia,” katanya. 

Kesimpulannya, Cik Denise Tan berkata : “Riding Pink diwujudkan untuk membantu kaum wanita, terutamanya suri rumah, untuk mencari pendapatan sampingan melalui penyediaan pengangkutan alternatif yang selamat bagi penumpang wanita. Riding Pink adalah untuk wanita, dari wanita. Bengkel ini diadakan tepat pada masanya untuk bekerjasama ke arah objektif yang sama iaitu untuk meningkatkan kesedaran di kalangan wanita dengan memperkasakan mereka dengan pengetahuan.”

Habis je sessi forum tuh, kitaorang para media ni di bawa ke bengkel Bosch untuk di ajar teknik-teknik mudah bagi mengesan permasalahan apabila kereta tak boleh hidup. Hah banyak jugak info yang dapat aku pelajari tau, cara nak check bateri kereta, nak hidupkan kereta menggunakan teknik jump start, cara tukar tayar pancit dan pelbagai lagi.

apsal lah serabai nau aku tengok muka aku tuh hahahaha

letak jumper kena ikut positif atau negatif ye jangan main letak tau

belajar kenal minyak hitam yang mana sesuai untuk kereta baru atau lama

Ayu, ko reti ke idokk tukar wiper tuh 


Bagi aku ini teknik asas ni sangat penting bagi semua wanita yang mempunyai kereta tau. So tak delah masalah lagi bila perkara sebegini berlaku.

Very informative dan effective BOSCH Auto Women's Workshop ni lah

Produk Bosch AA boleh didapati di Lazada, bengkel-bengkel auto dan kedai-kedai aksesori kereta utama. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Bosch Automotive Aftermarket, serta cara-cara mengenai penyelenggaraan kereta, sila layari www.startwithbosch.com/my


1 comment :

Warisan Petani said...

Program yang bagus untuk kaum wanita.
Orang lelaki pun patut ikuti bengkel macam ni.