Thursday, May 25, 2017

WHISKAS® Memperluas Jangkauan Untuk Menggalakkan Tanggungjawab Terhadap Pemilikan Haiwan Peliharaan Dalam Kalangan Kanak-kanak

Hi Korang,

Kucingggg!!!

Siapa yang tak suker kan, sebab tu aku membela mambang hitam kat umah tuh. Sudah semestinya DakUban lah kucing hitam kesayangan aku tuh kan. 

Sebenarnya ada binatang peliharaan kat rumah ni memang sesuai bagi merelease tension kita kepada persekitaran kita. Eh bukanlah tempat untuk di pukul lah, tapi jadi teman kita di kala sunyi atau pun stress. 

Mars Petcare hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menjangkau lebih daripada 45,000 kanak-kanak dari 65 buah sekolah rendah pada tahun ini untuk menggalakkan Tanggungjawab Pemilikan Haiwan Peliharaan (RPO) melalui program sekolahnya, yang dipanggil Jom Sayangi Haiwan Kita.

Principal Teachers and Representatives from Mars Petcare with students of SK Seafield 3 at the Responsible Pet Ownership program

Bermula pada tahun 2015 dan diterajui oleh WHISKAS® di Malaysia, inisiatif global ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga haiwan peliharaan terutamanya kucing, dalam kalangan pelajar sekolah berumur di antara 10 dan 12 tahun. Program yang bermula dengan hanya 15 buah sekolah di sekitar Lembah Klang kini telah menjangkau sehingga Pulau Pinang, Perak dan Johor selepas negeri-negeri ini dimasukkan ke dalam senarai tahun ini. Setelah tamat sesi pada akhir bulan Mei 2017, usaha ini akan berjaya mencapai lebih daripada 66,000 kanak-kanak sekolah dalam tempoh tiga tahun.

Ong Chiek Ming_Mars Petcare Country Director for Malaysia Singapore and Philippines

“Adalah penting untuk kita menanamkan rasa tanggungjawab dan pemikiran yang tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan peliharaan mereka sendiri. Inisiatif Jom Sayangi Haiwan Kita membantu memberi maklumat yang tepat tentang cara penjagaan kucing peliharaan. Memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul. Pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik apabila bercakap tentang pemilikan haiwan peliharaan,” ujar Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director – Malaysia, Singapura dan Filipina.

Jom Sayangi Haiwan Kita presenter Nurul Najwa Adzme explaining more about cat characteristics to students

Dikendalikan oleh jurulatih, sesi interaktif selama satu jam itu memberi peluang kepada kanak- kanak sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri kucing serta fakta-fakta menarik tentangnya. Ia juga menyediakan maklumat tentang memberi makanan yang sesuai dan tepat kepada kucing dan bagaimana untuk memastikan kucing peliharaan mereka berada dalam keadaan yang sihat. 

Antara fakta menarik yang dikongsi bersama kanak-kanak sekolah ini termasuklah misai kucing yang dikatakan boleh mengesan haba serta halangan dalam gelap dan kesan-kesan makanan terhadap kesihatan kucing peliharaan mereka secara keseluruhan.

SK Seafield 3 Principal Puan Nik Suhaida bt Razak presenting Mars Petcare Country Director for Malaysia Singapore and Philippines Ong Chiek Ming with a token of appreciation and flanked by other representatives

Kedua-dua pemilik dan haiwan peliharaan mereka boleh menikmati hubungan yang bermanfaat dengan rasa tanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan. Haiwan peliharaan didapati mampu menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat apabila dijaga dengan baik. Memiliki haiwan peliharaan bukan sahaja mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan, malah ia juga menggalakkan si kecil untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang lain apabila mereka dewasa kelak. Dengan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan sifat tanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan, ia akan mewujudkan dunia yang lebih penyayang kepada haiwan-haiwan.

Untuk maklumat lanjut tentang RPO di sekolah oleh Mars Petcare, layari www.mars.com/global/doing-our-part/community-outreach/petcare.