MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, January 3, 2017

Selamat Tinggal 2016, Selamat Datang 2017

Hi Korang,

Rasa lama betul tak menulis ek, malas yang teramat sangat lah.

Alah korang boleh check out Instagram aku kan, ye hari-hari aku update je apa yang jadi kat situ. Bukan blog ni leceh tapi hujung tahun ni tak de masa sangat nak bukak laptop hehehehee (dasar pemalas punya orang)

So nak cerita apa pasal 2016?


Ermm terlalu banyak duka di awal tahun 2016, baru 29 hari masuk tahun baru dah kena accident dengan ambulance pulak tuh, ermm patah kaki tak de kereta kan nasib baik ada kancil arwah atuk aku tuh. Dengan kancil tuhlah aku pi keje, pi event, pi beli barang dapur, even balik kampung pun tau. Bagus lagi kereta tuh. 

Ayah pulak masuk hospital sebab terantuk kat singki bilik air, effectnya kat kepala ada darah beku yang sampai dia langsung tak boleh melihat sebab urat saraf tuh bengkak. Ko bayangkan cam perasaan aku masa tuh, speechless sungguh. 3-4 hari kitorang sekeluarga berkampung di Hospital Melaka tuh. Lepas dari kejadian tuh, every week aku balik kampung disebabkan tiada siapa nak bawak ayah pi check up kan. Kekadang tuh, dari umah Kajang pukul 6pagi sampai kampung pukul 7pagi then sampai Hospital Melaka pukul 8pagi, abis checkup hantar ayah balik terus masuk office kul 2pm. Itu rutin selama 2 bulan, bila di sahkan tak de apa-apa cuma katarak mata je barulah lega sket, eventho ayah dah boleh nampak sket-sket tapi nanti aka nada operation mata untuk dia bersihkan selaput mata tuh, so bolehlah ayah melihat semula ek.

In terms of kerja, tak de adhoc task pun yang aku kena transfer ke site memana but untuk tahun 2016 ni aku busy dengan tender, collect tender, meeting tender, buat tender, submit tender, tender interview dan memacam lagi. Seronok dapat belajar benda baru selain daripada bidang aku kan.

Blogging, macam nak pengsan

Advertorial melambak masuk walaupun amount kecil-kecil tapi banyak itu je yang boleh aku cakap sebab aku ni tak memilih dan tak reti demand macam blogger lain ye, even blogger newbies pun dah pandai demand jugak tak sekarang ni. Aku dapat tahu pun malu jugak, sebab blog biasa-biasa je entry copy paste tapi mintak payment ribu-riban. Biar slow and steady ek, tak yah gopoh gapah nak naik cepat. Bila cepat korang naik, maka cepatlah korang turun. 

Itu je untuk tahun 2016. Kata nak tulis sket je tapi kemain panjang bebelannya ek.


2017?


Tak de lah harapan agar maju dan terus maju kehadapan, ewah cam ayat-ayat tokoh korporat plak kan. Aku tak mintak apa pun sangat cuma di panjangkan usia untuk aku berbakti lagi kepada suami, kedua ibu-bapa dan keluarga. Hopefully adalah rezeki kitaorang untuk dapat anaklah kan. Rasa cam lama bercinta sampai dah boring nak jalan berdua hahahahha.. Dimurahkan rezeki dalam kerja, blogging dan kehidupan seharian ek oh ye dan dapat dekat selalu dengan Allah. Eh penting ni tau..

Tak yah nak pasang azam sangatlah, kalau korang tak serius nak lakukan ek just follow the flow je udahler.. hidup senang hati tenang….

Ok ok nanti sambung lagi ek...

1 comment :

Mas Zull said...

assalamualaiku CLP...selamat tahun baru...semoga apa jua yg dicitakan akan berjaya dlm tahun 2017 ini...:)