Thursday, January 5, 2017

Family Dinner Di The Social @ Publika

Hi Korang,

Makan-makan memang tak tinggal dengan family kitaorang ni.

Selalu ada je family gathering during weekend just for makan-makan je, sebab mama (mak Mr Big) suka lepak-lepak dengan anak-anak during cuti-cuti nilah.

Citer ni dah lama sebenarnya tapi tetap jugak nak citer hahahaha

Kebetulan masa ni semua orang ada kat area KL, so kitaorang jumpa lepas kerja untuk dinner. Tak de apa special occasion pun.


Sebab tak tau nak pi makan kat mane, si gemuk cadangkan kitaorang jumpa kat The Social Publika ni. Aku pulak nak kena pi beli coffee beans kat Ben’s Groccer so ok aje, abis kerja terus aku kena Publika sebab nak settlekan shopping barang-barang pantry office dulu. Habis je aku shopping, semua orang pun sampai.

Aku ingatkan The Social ni serve western food je ermm rupa-rupanya japanese pun ada, local menu pun ada gak so tak yah nak khuatir sangatlah kalau ingat kena makan daging je ek. 


Tengok ni, betul kan apa aku cakap. Even nasi lemak pun ada jugak

Milo Dinasour pun ada jugak tau

So memasing orderlah apa nak makan, sebab ramai so dapat snap 2-3 keping gambar makanan sebab semua dah lapar dah tak boleh tunggu hehehehe

Nachos (RM26)

Soft Shell Crab (RM24)

Mac and 3 Cheese with Truffle Oil (RM30)

Chicken Diane (RM32)

Sausage and Mash (RM41)

Ini jelah yang dapat di ambil gambar yang lelain dah selamat masuk ke perut, nasib baik dekat dengan aku kalau tak ermm nan hado gambar la kan.


nangis pulak si Aalya ni ek

Makan-makan, sembang-sembang, melayan dua beradik ni Aakif dengan Aalya tup-tup dah pukul 10.30malam, tak per The Social ni tutup lambat yelah rugi oo tutup awal sebab restoran di sekelilingnya tutup lambat gak. 

Kalau nak pi, ni hah tempatnya

The Social, Publika
Lot 31 & 32, level G2, 
Publika, Solaris Dutamas, 
Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur





Rugi ooo tolak rezeki kan hhehehee

Korang dah lunch ke belum ni ek??


1 comment :

ArELeEz said...

sumenya m'giurkn! b'keriang-keriut perut nih. hu3..