Wednesday, January 11, 2017

Makan Ayam GOLDEN TERIYAKI MEAL Di Kenny Rogers Roasters

Hi Korang,

Bila perayaan tahun baru datang mulalah kita dapat merasa makanan bertema Chinese new year ni. Seronokkan sebab kita manalah reti masak style cina ni so inilah masanya.

Kenny Rogers pun tak ketinggalan jugak tau.

peminat setia ayam grill

Mereka menyajikan promosi ‘Golden Teriyaki Meal’ sempena tahun baru 2017 ni. 

Rasa eksotik ayam Teriyaki Golden Khas diperap dalam sos teriyaki istimewa dengan herba dan rempah-ratus, dan kemudiannya dibakar dengan nenas, bagi mengekalkan rasa yang lazat.

Di hidangkan kepada 2 jenis hidangan yang bernilai dari RM21.80, hidangan yang terdiri daripada : 

Golden Teriyaki Chicken Meal
 (¼ Golden Teriyaki Chicken + 2 side dishes 
+ 1 Red Velvet Lava Muffin)

Golden Teriyaki Soup Meal
(¼ Golden Teriyaki Chicken + 1 Country-style Chicken Soup + 1 side dish + 1 Red Velvet Lava Muffin)


Kalau korang tak nak makan set menu, eh jangan bimbang boleh jugak order ala carte ayam teriyaki ni ek pada harga RM14.80 dan juga hidangan minuman Zesty Orange Blast yang mampu menyegarkan dan menghilangkan dahaga. 


Akhirnya hidangan makanan korang dengan pemanis mulut yang simple iaitu of course lah dengan muffin, kan Kenny Rogers sangat terkenal dengan muffinnya yang sedap so kali ni mereka tampil dengan Muffin premium Red Velvet Lava iaitu red velvet muffin yang di dalamnya ada kuning telur masin. So rasanya lemak-lemak manis masin hehehhehe


Bukan setakat tu sahaja promosi kali ini mereka juga ada sediakan hadiah misteri. Setiap pembelian 2 set hidangan Golden Teriyaki Chicken ini korang akan dapat 2 Ang Pow bertema ayam untuk Tahun Baru Cina kali ini. 


Layari laman web www.krr.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari www.facebook.com/krrmalaysia



* Red Velvet Lava Muffin is not available in East Malaysia
** Promotion is not applicable at KRR Puteri Harbour and KRR Genting Highlands 



2 comments :

MrsEnoxis said...

Kena try Red Velvet Lava muffin ni..siap ada kuning telur masin lagi kat dalam..perghh..terliur..hehe

el said...

wow menarik menu kali ni..harus coba