Monday, January 23, 2017

Koleksi Gelang Tangan ‘Dreams and Aspirations’ Dari Guardian Yang Cantikkk

Hi Korang,

Mungkin tak ramai daripada kita yang mampu nak gelang Pandora bersama charms tuh kan. Yelah memang ada budget tapi why not kita pilih yang bersesuaian dengan budget kita.

Ye tak?

Itulah kan

Ni aku nak kongsi dengan korang gelang tangan cantik dari Guardian ni tau.


Kita mungkin mempunyai pendapat dan kemahuan yang berbeza, tetapi kita semua mempunyai satu perkara yang sama iaitu menyimpan azam untuk berjaya dan mengidamkan masa depan yang cerah. Sempena tahun 2017 ini, tunjukkan azam dan impian anda dengan aneka set gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’ dibawa khas oleh Guardian Malaysia. Dengan menggunakan kristal Swarovski, set gelang tangan ini akan bersinar seperti sinaran cahaya impian anda.


“Ceritakan impian dan cita cita anda menerusi set gelang tangan dan charms ini. Gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’ dari Guardian Malaysia ini adalah khas untuk semua golongan wanita yang mempunyai impian mereka sendiri,” kata Christina Low, Pengarah Pemasaran bagi Guardian Health dan Beauty Sdn Bhd. “Setiap rekaan ini mempunyai maksud yang tersendiri. Guardian Malaysia mahu memberikan kebebasan bagi setiap wanita untuk bercerita tentang inspirasi dan aspirasi mereka menerusi gelang tangan charms ini,” tambahnya.


Terdapat 10 rekaan unik yang membawa tema dan maksud yang tersendiri. Untuk si Riang, batu kristal Swarovski jenis Light Siam digunakan manakala bagi mereka yang mementingkan nilai kekeluargaan, rekaan dilengkapkan dengan swarovski jenis Darling Peridot. Kesemua idea untuk rekaan charms oleh Guardian Malaysia memberi tumpuan kepada aspek kelembutan dan periang untuk si pemakai. Selain dari charms Riang (Carefree) dan Keluarga (Family), anda juga boleh memilih rekaan Penggemar Fesyen (Fashionista), Stailista (Style), Kesihatan (Health), Rumah (Home), Cabaran (Adventure), Persahabatan (Friendship), Bergaya (Trendy) dan Hadiah (Presents).

Dengan hanya RM12.90, setiap pelanggan akan menerima satu charms iaitu Tuah (Lucky) yang berbentuk empat kelopak daun Clover yang membawa maksud tuah untuk pemakai. Untuk melengkapkan gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’, pelanggan perlu membuat belian barangan lain terlebih dahulu (PWP: Purchase With Purchase). Bagi setiap RM30 di Guardian Malaysia, pelanggan boleh mendapat satu (1) set yang datang dengan dua (2) charms dengan harga RM19.90.


Bermula dari sekarang hingga 29 Mac 2017, Guardian Malaysia akan mengeluarkan charms edisi istimewa pada setiap bulan. Sempena Tahun Baru Cina yang akan datang, charms Kemakmuran (Prosperity) - charms comel dalam bentuk bunga ceri yang membawa maksud pembaharuan boleh didapati sepanjang bulan Januari. Pada bulan Februari pula, bersempena hari memperingati kekasih atau Valentine’s Day, charms Cinta Sejati (True Love) akan dikeluarkan khas dan charms Kelembutan (Grace) pula adalah charms istimewa untuk bulan Mac. Setiap charms edisi khas ini cuma berharga RM11.90 dan dikeluarkan dengan kuantiti yang sikit jadi jangan ketinggalan!

Gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’ oleh Guardian Malaysia ini telah menerima sokongan dari Bio-Essence, L’Oreal Paris, Panadol dan Schwarzkopf. Penaja bagi set ini juga termasuklah Ammeltz, BIO-LIFE, Blackmores, Botaneco Garden, Brand’s Cebion, Flavettes, Hada Labo, Kinohimitsu, Kordel’s Laurier, Lennox, LipHop, Nivea, Nivea Men, NH Detoxlim, Redoxon, Surbex dan Sunsilk.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati,

WEBPAGE 

FACEBOOK 

INSTAGRAM 

TWITTER 








3 comments :

sitirohaida said...

lawa jugak eh gelang tu...nak singgah la nanti...

adianiez AIDA said...

menarik ni !

adianiez AIDA said...

jeles nyer !
lom sempat singgah guardian :(