Friday, September 2, 2016

Sushi Sashimi Family Feast Di AGEHAN Japanese Restaurant, Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Hi Korang,


Suka makanan jepun?

Haruslah kan, I really love it.

Hidangan Jepun sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Apatah lagi keunikkan dimakan bersama beras sushi, cuka Jepun dan juga bahan-bahan hidupan laut mentah/separuh masak tapi memang sedap.


Untuk menikmati hidangan Jepun yang enak ini, kita bolehlah mencubanya di Agehan Japanese Restaurant Hotel Grand BlueWave Shah Alam yang telahpun mendapat pengikhtirafan sijil Halal yang telah disahkan oleh pihak JAKIM.

Lebih menarik lagi, kini di Agehan Japanese Restaurant Hotel Grand BlueWave Shah Alam ada menawarkan promosi Sashimi Family Feast yang berharga serendah :-

RM69.00+ untuk dewasa 

RM40.00+ untuk kanak-kanak (4-11 tahun)

Promosi ini ditawarkan pada cuti Umum sahaja, bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 2:30tengahari untuk makan tengah hari dan 6:00 petang sehingga 10:30 malam untuk makan malam. Semua Sushi & Sashimi, akan disediakan khas oleh Chef Muhd ​​Rizza. 

Aku berkesempatan ke sana minggu lepas untuk merasai sendiri buffet sushi ini sendiri.

Antara Sushi dan Sashimi yang ditawarkan adalah seperti:-




















Kepelbagaian Sushi yang ditawarkan antaranya seperti Makimono Sushi, Temaki Sushi, Nigirisushi, Hosomaki Susho, California Maki, Tori Katsu Maki, Soft Crab Maki, Cili Padi Tuna Mayo Maki, Agehan Temaki, Tamago Temaki, Tobikko Temaki, Shake Sushi, Grill Shake Sushi, Maguro Sushi, Chuka Idako Sushi, Unagi Maki dan Avocado Maki.




Manakala hidangan Sashimi seperti Maguro Sashimi, Shake Sashimi, Tako Sashimi, Ika Sashimi, Amaebi Sashimi, Unagi Sashimi, Aji Sashimi (Mackerel), Suzuki Sashimi (Seabass), Sanma Sashimi dan Hotate Sashimi. 

Selain itu turut didatangkan dalam promosi ini kepelbagaian Pencuci Mulut dan Kek bersama minuman seperti teh hijau (panas / sejuk), kopi dan teh dan kordial.

Harga Sushi Sashimi Family Feast iaitu di Agehan Japanese Restaurant ialah

RM 69.00+ (Dewasa)

RM 40.00+ (Kanak-kanak) 4 – 11 tahun

Tarikh/Hari/Day : Cuti Umum sahaja

Masa : 11.30am – 2.30pm (Makan Tengahari)
            6.00pm – 10.30pm (Makan Malam)

Pengurus Hotel : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim

Executive Sous Chef : Chef Firdaus bin Ismail

Japanese Sous Chef : Chef Muhd Rizza bin Azhar

Adalah digalakkan tetamu yang hadir untuk membuat tempahan terlebih dahulu di Restoran Agehan Jepun di talian 03-5511 8811 ext 2623. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST. 

Jom kita ke

Agehan Japanese Restaurant
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

Official website : www.bluewavehotels.com

Jemput makan semuanye....

1 comment :

siti hazreen said...

haisshhh ada macam-macam sushi ye, tapi tulah, tekak ni tak boleh telan huhu