Tuesday, September 13, 2016

Botol Edisi Istimewa Water2go Direka Khas Oleh Artis Cheeming Boey Sempena Sambutan Shell 125 Tahun

Hi Korang.

Lama tak pi event Shell ni ek!

Ni ada kesempatan eloklah pi untuk memenuhi jemputan. 

Bersempena dengan ulang tahun ke 125, Shell telah melancarkan siri edisi terhad botol air mineral water2go. 


Apa yang menarik botol air mineral ini secara esklusifnya telah direka khas oleh artis Malaysia iaitu Cheeming Boey.

Untuk pengetahuan korang, setiap rekaan botol menggambarkan sepanjang pencapaian syarikat Shell dari dulu sehingga kini. Sebanyak 5000 karton dikeluarkan dan edisi terhad air mineral water2go ini dijual pada harga RM1.70 setiap satu. Dan ianya boleh didapati di semua stesen Shell terpilih di Semenanjung Malaysia.

Shell sememangnya telah mempelopori industri minyak dan das di negara ini untuk 125 tahun lamanya. Rentetan sepanjang 125 tahun lamanya tidak dinafikan Shell antara syarikat generasi yang sama-sama telah menyumbangkan kemajuan yang besar kepada negara. 

Cheeming Boey (left) and Shairan Huzani Husain (right) at the launch of limited edition Select water2go

Boey telah menghasilkan 6 rekaan menarik mencerminkan perjalanan Shell sepanjang 125 tahun, antaranya seperti:-

i. telaga minyak pertama di negara ini iaitu Grand Old Lady of Miri pada tahun 1910

ii. Permainan Shell Trafik yang dilancarkan pada tahun 1957, yang telah mula diperkenalkan lima dekad limanya tentang pendidikan keselamatan jalan raya

iii. salah satu stesen pengisian pertama di negara ini iaitu di Klang

iv. pelancaran Malaysia Shell V-Power pada tahun 2000

v pelancaran Selamat datang ke Shell pada 2015

vi. penyelidikan dan pemuliharaan Lembah Danum.

Setiap reka bentuk juga menampilkan watak-watak dari siri buku Boey, WHEN I WAS A KID


“To commemorate our 125 th anniversary in Malaysia, we wanted to share our history and achievements with Malaysians. Boey’s art narrates our past achievements in a fun and relatable way, allowing Malaysians to take home a little part of our history. We hope this initiative will improve accessibility to art, and engage our customers on a more personal level. But more importantly, we aim to inspire Malaysians to continuously improve, and always keep that pioneering spirit burning,” kata Shairan Huzani Husain, Pengurus Besar Shell Retail Malaysia / Brunei.



Boey juga telah bekerjasama dengan Shell dalam projek seni yang bertemakan "Meraikan 125 Tahun", dengan melukis dua mural yang menggambarkan warisan budaya Malaysia. Early T.V., merupakan mural pertamanya, bertempat di Kelantan yang menggambarkan 'wayang kulit' (wayang kulit teater), manakala mural kedua adalah Three-Wheeled ‘Car’ di Johor yang menggambarkan sebuah beca di usia tua.

Shell juga telah bekerjasama dengan kedai buku MPH untuk peraduan eksklusif, yang mana setiap pelanggan yang membeli mana-mana hasil karya Boey ini WHEN I WAS A KID di kedai-kedai Shell Select terpilih akan berpeluang memenangi beg tote edisi terhad.


Beg ini adalah direka secara eksklusif dan telah ditandatangan oleh artis Boey ini sendiri. 

Nampak ni?



Sempat jugak mintak tandatangan daripada Boey sendiri tau, siap ada lukis-lukis lagi comeyyy...

Untuk menyertai peraduan ini, apa yang perlu dilakukan adalah - menulis nama dan nombor telefon pembeli di belakang resit pembelian mereka, dan seterusnya masukkannya dalam kotak peraduan yang terletak di kedai Shell. Peraduan ini berlangsung diantara 1 September sehingga 30 November 2016.


Untuk senarai kedai Shell Select yang menawarkan peraduan eksklusif ini, sila layari www.shell.com.my/water2go

Untuk maklumat lanjut mengenai ulang tahun Shell ke-125, bolehlah layari www.shell.com.my/




4 comments :

Noor Atikah Ramli said...

waaaaaaa.. ika suka baca buku boey tu . yg no 4 tak berkesempatan lagi nak beli T_T

comelnyaaa lahai botol air tu ^^

siti hazreen said...

oh dia ni ke si penulis buku when i was a kid? comel2 je lukisan dia

Unknown said...

semlam balik dari kampung singgah la shell beli air ni..anak saya buang kemana entah la..semalam kitaorang eksiden terus hantar kereta kat bengkel...tunggu ambik kereta nanti la baru nak cari dalam kereta.Tak sempat nak belek pun gambar apa

Mermaid said...

Hai Kak Lily. Lama x menyinggah sini. T_T Buzy le
Ika ada nampak buku Boey dekat Shell Sg Dua highway!
comelnye lukisan

http://www.unlimitedbeautysecret.com/