MY HISTORIC MOMENTS

Monday, September 5, 2016

Pes Ikan Bakar Terangkat, Haruslah Terangkat Rasanya

Hi Korang,


Ermm bila citer pasal ikan bakar dah confirm- confirm memang membuka selera kita waktu sekarang ni kan. 

Sesetengah orang panggil pes ikan bakar dan ada juga yang memanggil perencah ikan bakar tapi yang penting kedua-duanya sama.


Pernah makan di gerai Ikan Bakar Terangkat di Kajang?

La tak pernah ye, its ok.

Kalau dekat dengan tempat korang, of courselah korang lagi advance daripada aku dah pi cuba kan hehehe. Aku ni pun baru je terjumpa gerai ikan bakar terangkat ni. Semua ni gara-gara social media lah kan, asal malas nak masak je aku yang akan kena google kat mana nak makan sebab Mr Big memang tak kuasa nak fikir, dia tau makan je. 

So kitorang singgah pi makan hari tuh.

Not bad wokeh

Terasa pes ikan bakarnya


Menurut kata owner gerai ikan bakar terangkat ni, diaorang tak de guna artificial flavor dan juga food preservative di dalam pes ikan bakar ni. Kesemuanya di buat homemade dan menggunakan bahan-bahan asli masakan macam cili, bawang, halia, serai dan sebagainya.


Aku pun sempatlah hari tuh masak ikan bakar menggunakan pes diaorang ni.

Sedaplah sama macam makan kat kedai hari tuh. Lemak ada, manis ada, pedas ada rasa rempahnya semua cukup. Yang best tu siap ada sos pencicah cili kicap tu tau, itu yang lama terangkat kan.


Selain daripada letak kat ikan boleh jugak di jadikan pes untuk bahan masakan yang lelain jugak tau, aku cuba buat nasi goreng guna pes ikan bakar terangkat ni sedap gak wei.

Ok korang kalau nak cuba boleh contact :-

Ikan Bakar Terangkat

Lot 3083 Jalan Ayer Itam, 
Kampung Sungai Merab Luar 
(Berhadapan Tujusama Hardware)
43000 Kajang, Malaysia

Contact person : Ms Fiza 012-466 2869

Untuk dapatkan pes ikan bakar terangkat ni tau. 

Selamat menjamu selera semuanya




1 comment :

mama tisya said...

mmg terangkat tgk menu2 ni di tgh mlm haha